CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2697|Reply: 12

Mengapa Banyak Mutasi Berlaku Walaupun Setahun Memerangi Covid-19

  [Copy link]
Post time 19-2-2021 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 19-2-2021 07:28 PM

Mengapa Banyak Mutasi Berlaku Walaupun Setahun Memerangi Covid-19



Varian terbaru SARS-CoV-2 atau Covid-19 telah memasuki sempadan beberapa negara seperti di New Zealand, Singapura dan Malaysia. Bandar Auckland di New Zealand kini diisytiharkan lockdown tahap 3 kerana terdapat beberapa pesakit dijangkiti Covid-19 baka B.1.1.7 yang lebih mudah merebak.

Walaupun banyak mutasi Covid-19 telah dikenal pasti sejak ia muncul tetapi pada pertengahan Disember 2020 timbul banyak varian dengan tingkah laku yang sangat berbeza. Mengapa semakin banyak mutasi berbahaya virus ini muncul walaupun kita telah mengenali dan memeranginya lebih daripada setahun?

Terdapat beberapa sebab mengapa ia berlaku. Salah satunya disebabkan kes yang semakin meningkat di seluruh dunia. Setiap kes itu memberi ruang kepada virus ini untuk bermutasi. Semakin ramai orang dijangkiti maka lebih banyak varian baru yang akan muncul.

Tekanan untuk bermutasi
Kod genetik SARS-CoV-2 ini adalah rentetan dari sekitar 30,000 asas RNA (ribonucleic acid). Apabila virus ini memasuki sel kita, ia akan menghasilkan ribuan salinannya sendiri tetapi proses penyalinan ini tidak sempurna.

Kesilapan yang berlaku atau mutasi berlaku kira-kira setiap dua minggu sekali dalam mana-mana rantaian jangkitan. Biasanya, setiap mutasi hanya melibatkan satu asas RNA dan tidak menampakkan perbezaan ketara.


Namun, ada juga yang akan berubah bentuk fizikal virus itu sekali gus memberi kesan bagaimana varian baru itu bertindak. Kita beruntung kerana mengetahui mengenai pelbagai varian ini hasil usaha kaji selidik pelbagai negara dan mereka sanggup berkongsi pengetahuan secara terbuka.

Antara varian Covid-19 yang muncul baru-baru ini adalah seperti B.1.1.7 (pertama kali dikenal pasti di UK), B.1.351 (Afrika Selatan), dan P.1 (Brazil). Semua varian ini terhasil daripada sejumlah besar mutasi yang telah mengubah fizikal virus itu.

Sebahagian perubahan ini berlaku di bahagian luar virus itu seperti pada duri protein yang digunakan untuk menjangkiti sel dalam tubuh manusia. Perubahan baru ini juga boleh menjejaskan kemampuan sistem kekebalan tubuh kita untuk mengesan versi baru virus ini.

Punca terbesar kemunculan pelbagai varian baru yang lebih bahaya adalah disebabkan peningkatan kes di peringkat global pada suku terakhir tahun 2020. Dari Januari sehingga September 2020, sebanyak 35 juta kes yang direkodkan di seluruh dunia.

Namun, dua bulan seterusnya melihat jumlah kes menjadi dua kali ganda berbanding sembilan bulan sebelumnya. Tidak mustahil jika jumlah ini akan menjadi dua kali ganda tidak lama lagi.

Mengelak peningkatan tahap imuniti

Sebab kedua mengapa muncul pelbagai varian baru adalah kerana Covid-19 telah bertindak balas terhadap sistem imunisasi dalam populasi dunia. Sistem kekebalan tubuh kita telah memainkan peranan penting dalam membantu mutasi manakah yang akan bertahan dan merebak.

Sistem imuniasasi tubuh manusia sentiasa berusaha untuk mengenal pasti dan membunuh virus. Sebelum sistem imunisasi berjaya mengenal pasti dan membunuh virus Covid-19 dalam tubuh seseorang itu, ketika inilah ia dapat berjangkit kepada orang lain yang baru di mana sistem imunisasi mereka juga tidak mengenali virus ini.

Walaupun mutasi berlaku secara rawak tetapi ia boleh menjadi mutasi yang lebih bahaya. Jika varian ini terlepas dari tubuh kita lalu menjangkiti orang lain, ia merupakan virus terpilih yang mungkin menjadi lebih tahan kepada sistem imunisasi badan.

Mutasi yang terdapat pada ciri-ciri varian B.1.1.7, B.1.351 dan P.1 terbukti tersebar dengan lebih mudah dan cepat (terutamanya B.1.1.7). Bukti awal menunjukkan berlakunya perbezaan dalam tindak balas sistem imunisasi.

Sistem imunisasi juga memainkan peranan besar dalam penghasilan varian B.1.351 dan P.1. Ia wujud di kawasan yang mengalami jangkitan berskala besar ketika gelombang pertama di mana populasi di kawasan itu menunjukkan peningkatan imuniti yang lebih tinggi.


Perkuburan mangsa Covid-19 di Brazil
P.1 dikenal pasti di Brazil di mana sehingga 70% penduduk dijangkiti semasa gelombang pertama. B.1.3.5.1 pula di wilayah Timur Cape di Afrika Selatan yang turut terjejas teruk. Varian-varian ini mungkin dapat menjangkiti lebih ramai orang berbanding virus asal yang hanya boleh menjangkiti orang baru.

Ini adalah sebab mengapa sistem imuniasasi semula jadi tidak dapat menangkis serangan varian-varian baru dan ia hanya dapat dilakukan melalui vaksinasi sahaja.

Sistem imunisasi lemah
Apa yang mengejutkan, varian B.1.1.7 dan P.1 berbeza sebanyak 25 mutasi dari turutan SARS-CoV-2 yang diketahui. Ini sangat luar biasa memandangkan kebanyakan turutan virus berjangkit lain hanya beberapa mutasi antara satu sama lain.


Peningkatan pesat mutasi dilihat berlaku pada pembawa yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah. Biasanya, kita memerlukan satu atau dua minggu untuk sembuh tetapi sebilangan kecil yang lain mengambil masa berbulan-bulan lamanya.

Kekebalan tubuh yang lemah dan memakan masa lama ini memberi ruang kepada Covid-19 untuk berkembang dan bermutasi. Jangkitan seperti ini memberikan peluang kepada virus itu untuk “berlatih” dan seterusnya menyesuaikan diri.

Adakah akan muncul lebih banyak varian baru?
Selagi virus itu masih ada, ia akan terus bermutasi. Dengan perlindungan vaksin dan imuniti semula jadi pada sebilangan besar orang, Covid-19 menerima tekanan yang lebih tinggi untuk berevolusi menembusi sistem kekebalan tubuh kita.


Sebenarnya, kadar mutasi Covid-19 ini adalah separuh lebih rendah dari virus selsema lain dan lebih perlahan daripada HIV. Namun, bukan kadar yang menjadi ukuran tetapi bagaimanakah mutasi mengubah sesuatu virus itu.

Virus Covid-19 kini hanya memerlukan beberapa mutasi sahaja untuk menjadi lebih kuat dan menyesuaikan dirinya dengan manusia. Apabila ia sudah menyesuaikan diri, kemunculan varian baru akan semakin berkurang.

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada dan mencegah semua varian terkini adalah dengan menurunkan jumlah kes melalui langkah-langkah kawalan dan vaksinasi yang berterusan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 03:50 AM | Show all posts
Cara terbaik untuk melindungi diri daripada dan mencegah semua varian terkini adalah dengan menurunkan jumlah kes melalui langkah-langkah kawalan dan vaksinasi yang berterusan.



Jenuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 03:54 AM | Show all posts



Penyelidik desak suntikan dos kedua Pfizer ditangguhkanFebruari 18, 2021 @ 10:08am

Gambar hiasan. - Foto EPA



PARIS: Kumpulan penyelidik menggesa kerajaan menangguhkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer Inc (Pfizer) kerana mendakwa dos pertama dengan kadar keberkesanan 92.6 peratus sudah memadai.

Dua penyelidik, Danuta Skowronski dan Gaston De Serres, semalam mendedahkan dapatan itu berdasarkan dokumen Pfizer yang diserahkan kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS).

Menurut mereka, dapatan itu turut menyamai saranan keberkesanan dos pertama bagi vaksin Moderna mRNA-1273 iaitu sehingga 92.1 peratus.
Mereka berkata demikian dalam surat diterbitkan Jurnal Perubatan New England, yang boleh dilihat di pautan https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMc2036242.


Mereka turut mengingatkan bahawa wujud ketidakpastian mengenai berapa lama seseorang akan dilindungi selepas suntikan dos pertama, namun suntikan dos kedua selepas sebulan tidak akan memberi manfaat besar dalam jangka pendek.

"Melihat kepada kekurangan vaksin sekarang, penangguhan suntikan kedua menjadi isu keselamatan negara.
"Sekiranya ini diabaikan, mungkin ribuan lagi akan dijangkiti atau maut akibat COVID-19 ketika musim sejuk melampau di AS sekarang," katanya.

Pfizer, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, berkata rejimen dos alternatif vaksinnya belum dapat dinilai dan keputusan itu bergantung kepada pihak kesihatan.

"Kami di Pfizer percaya sangat penting untuk pihak berkuasa kesihatan melakukan pengawasan terhadap jadual pemberian dos alternatif.
"Ini bagi memastikan vaksin yang diberikan menyediakan perlindungan yang maksimum kepada orang awam," katanya. - AGENSI


https://www.bharian.com.my/dunia ... pfizer-ditangguhkan





Dos pertama Pfizer catat keberkesanan 85 peratus selepas 2-4 mingguFebruari 19, 2021 @ 2:07pm

Vaksin Pfizer mencatatkan keberkesanan sehingga 95 peratus dalam tempoh seminggu selepas suntikan dos kedua. - Foto AGENSI



BAITULMAQDIS: Dos pertama vaksin Pfizer mencatatkan keberkesanan sehingga 85 peratus terhadap jangkitan coronavirus di antara dua hingga empat minggu selepas inokulasi, menurut satu kajian yang diterbitkan di jurnal perubatan Lancet.
Tinjauan itu dilakukan terhadap pekerja kesihatan di hospital terbesar di Israel yang melancarkan kempen vaksinasinya secara meluas pada 19 Disember.

Kajian Israel mendapati vaksin Pfizer mencatatkan keberkesanan sehingga 95 peratus dalam tempoh seminggu selepas suntikan dos kedua, manakala laporan Lancet memberi tumpuan kepada lebih 9,000 kakitangan perubatan di Hospital Sheba, berdekatan Tel Aviv.

Kira-kira 7,000 daripada kakitangan itu menerima dos pertama, dengan baki daripada mereka tidak menjalani inokulasi.
Daripada kelompok itu, 170 orang disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan dilaksanakan terhadap individu yang mempunyai simptom atau kontak rapat kepada pembawa virus berkenaan.

Daripada jumlah itu, 52 peratus daripada mereka didapati belum divaksinasi.
Berdasarkan perbandingan bagi dua kumpulan ini, kajian Sheba mendapati vaksin itu berkesan sehingga 47 peratus di antara hari pertama dan 14 hari selepas inokulasi, ia meningkat kepada 85 peratus bagi jangka masa 15 hingga 28 hari.

"Apa yang kami lihat, kadar keberkesanannya sangat tinggi di antara dua ke empat minggu selepas vaksinasi," kata pengarang bersama kajian itu, Gili Regev-Yochay kepada pemberita.

Menurutnya, walaupun kajian menunjukkan keberkesanan vaksin berkenaan, kumpulan saintis masih melakukan penyelidikan sama ada individu yang sudah divaksinasi sepenuhnya boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain.

"Ini antara persoalan besar yang sedang kami selidik dan saya berharap kita akan memperoleh khabar gembira mengenainya tidak lama lagi," katanya.

Setakat ini, Israel sudah membekalkan vaksin Pfizer/BioNTech kepada 4.23 juta penduduk atau 47 peratus daripada 9 juta populasi keseluruhannya.

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 2.85 juta penduduk dilaporkan sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19. - AFP






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-2-2021 03:54 AM
Penyelidik desak suntikan dos kedua Pfizer ditangguhkanFebruari 18, 2021 @ 10:08am

Gambar h ...

Aik bkn hr tu kata 52% je ke utk first dose?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:55 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 26-2-2021 12:59 AM

bill gates ada keluarkan whitepaper pasal kaedah testing dalam mengendali risiko penularan virus masa depan terbaru yg secara teori boleh cover sekitar 20% populasi setiap minggu.

akan ada team ultraman global jugak yg akan terus bergerak pada peringkat awal penularan virus di mana-mana saja di bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 25-2-2021 11:25 PM
Aik bkn hr tu kata 52% je ke utk first dose?

Tahu x pe...@ipes2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2021 04:54 AM | Show all posts

adoi
varaint negara tu dah sampai ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 8-3-2021 04:54 AM
adoi
varaint negara tu dah sampai ya

those two infected were foreign nationals yg sampai from Dubai and may cause increase and as well reductions, according DG. KKM will inform public accordingly so its still under control.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 07:36 AM | Show all posts
ipes2 replied at 8-3-2021 03:54 AM
adoi
varaint negara tu dah sampai ya

Full news...



Varian Nigeria SARS-CoV-2 dikesan di Malaysia   Oleh Fahmy A Rosli -             Mac 5, 2021 @ 1:48pm            fahmy.azril@bh.com.my




- Foto ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti varian Nigeria SARS-CoV-2 yang turut dikenali sebagai B1.525 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kedua-dua kes dikenal pasti di bawa dua warga asing yang tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau menjelaskan, individu berkenaan didapati positif COVID-19 melalui ujian calitan RT-PCR.

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka.
Disyorkan Untuk Anda









"Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian itu.

"Ini termasuk mutasi 'spike protein' E484K, Q677H, F888L dan rangkaian 'protein deletions' serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.
"Mutasi 'spike protein' E484K juga mendapat perhatian kerana ia dilaporkan dapat menghindari sistem imun," katanya di Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan varian dikenali sebagai B1.525 pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) pada Disember lalu.
Beliau berkata, varian sama juga pertama kali dikesan di Nigeria pada tempoh sama.

"Sejak itu, sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n=121), diikuti oleh UK (n=73) dan Nigeria (n=56).

"Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tidak balas imun," katanya.
GISAID adalah pengkalan data genom virus COVID-19.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM melalui IMR dan  Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525.

Katanya, masyarakat akan dimaklumkan mengenai perkara itu dari semasa ke semasa.

"Walaupun program vaksinasi sedang dilaksanakan, tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompok masih belum tercapai.

"Orang ramai dinasihati sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa," katanya.

  




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 12:36 PM | Show all posts
ipes2 replied at 8-3-2021 03:54 AM
adoi
varaint negara tu dah sampai ya

Varian mutasi Planet of the Apes plak...


9 beruk, kera disuntik vaksin koronavirus


https://www.hmetro.com.my/global ... -vaksin-koronavirus

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 6:01 AM

AFP


DUA gorila, Leslie (kiri) dan Imani yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19.  FOTO AFP

Los Angeles: Sembilan beruk dan kera di Amerika Syarikat menjadi kumpulan haiwan pertama disuntik vaksin Covid-19.

AFP melaporkan pegawai Zoo San Diego, California berkata, empat orang utan dan lima cimpanzi, bonobo masing-masing diberikan dua suntikan vaksin yang dibuat khusus untuk haiwan oleh syarikat farmaseutikal veterinar.

Eksperimen itu dibuat selepas lapan gorila di zoo berkenaan disahkan dijangkiti Covid-19 daripada kakitangan pada Januari.

"Selepas lapan gorila jatuh sakit pada Januari lalu, Zoo San Diego menerima vaksin eksperimen Covid-19 untuk disuntik kepada kumpulan haiwan itu," tulis syarikat farmaseutikal, Zoetis di Twitter.

Pegawai Kesihatan dan Pemuliharaan Hidupan Liar, Zoo San Diego, Nadine Lamberski berkata, penggunaan vaksin eksperimen pada haiwan di zoo adalah perkara luar biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 09:46 AM | Show all posts
ipes2 replied at 8-3-2021 03:54 AM
adoi
varaint negara tu dah sampai ya



Varian COVID-19 UK lebih berbahaya - Kajian
Astro Awani
Mac 11, 2021 08:25 MYT

LONDON: Varian COVID-19 di United Kingdom (UK) yang dikesan di 47 negeri di Amerika Syarikat dikaitkan dengan kematian yang jauh lebih tinggi.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ itu mengesahkan lagi bukti yang menunjukkan bahawa varian dikenali sebagai B.1.1.7 atau VOC-202012/01 itu sangat mudah merebak, malah mungkin lebih berbahaya.

Pengkaji mendapati individu dijangkiti varian tersebut berdepan di antara 32 dan 104 peratus kecenderungan untuk meninggal dunia berbanding individu dijangkiti varian terdahulu, lapor Newsweek.

Dalam populasi yang kebanyakannya belum divaksinasi, risiko kematian akibat varian tersebut masih rendah.
Namun penyelidik memaklumkan kadar kematian kini semakin meningkat dari 2.5 hingga 4.1 bagi setiap 1,000 kes yang dikesan.

"Tetapi doktor dan pegawai kesihatan awam harus sedar bahawa kadar kematian yang lebih tinggi mungkin berlaku walaupun langkah perubatan tidak berubah.

"Kebarangkalian risiko kematian dengan jangkitan VOC-202012/01 adalah tinggi.
"erancangan kapasiti penjagaan kesihatan dan polisi kawalan nasional dan antarabangsa turut terkesan oleh penemuan ini," menurut laporan kajian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:50 AM | Show all posts
adila39 replied at 8-3-2021 06:27 AM
those two infected were foreign nationals yg sampai from Dubai and may cause increase and as well  ...

i see
tapi rasanya akan byk variants lain nnt
kerana sikap viruses ni mmg gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 11-4-2021 05:50 AM
i see
tapi rasanya akan byk variants lain nnt
kerana sikap viruses ni mmg gitu

Obviously, recently ada dah ...xdpt dielakkan dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20667 Replies : 417
Gambaran Tahiyat Akhir
KurexGambaran Tahiyat Akhir
Views : 19087 Replies : 61
Jennifer Lopez kembali dengan 'This is me...now'
maklukpenggodaJennifer Lopez kembali dengan 'This
Views : 22414 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22119 Replies : 128
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25736 Replies : 8
Orang sindir saya bekas banduan tapi saya tidak tersinggung
mojarean_XOrang sindir saya bekas banduan tapi say
Views : 20332 Replies : 20
(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
akr(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
Views : 26201 Replies : 350
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 11935 Replies : 19
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 10467 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084949 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list