CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2726|Reply: 3

Ini dia Resepi Basbousa Paling Sedap

[Copy link]
Post time 19-2-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Basbousa adalah sejenis kek suji tanpa telur dari Mesir. Manisan ini boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kesari.
Selain susu segar, anda boleh cuba gunakan susu cair tin untuk lebih manis. Bakar biar garing sedikit.
Basbousa
Bahan-bahan:
Bahan untuk sirap gula (pemilik resepi buat suku daripada sukatan sirap gula di bawah):
  • Gula (1 cawan)
  • Air (1 cawan)
  • 1 sudu teh esen perasa ros/oren/nenas
  • Perahan jus lemon (2 sudu teh)
Bahan untuk kek:
  • Suji (2 cawan)
  • Gula halus (1 cawan)
  • Kelapa parut (1/4 cawan)
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
  • Sirap gula di atas (3 sudu makan)
  • Susu segar (1 cawan)
  • Mentega cair (1/4 cawan) – boleh guna minyak sapi
  • Esen vanila (1 sudu teh)



Cara-cara penyediaan:
  • Didihkan gula bersama air sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan masukkan esen perasa dan jus lemon. Kacau rata dan ketepikan.
  • Dalam besen besar, campurkan kesemua bahan kering. Buat lubang di tengah dan masukkan mentega cair, susu segar dan sirap gula. Kacau rata.
  • Biarkan selama 5 minit. Adunan menjadi pekat. Masukkan ke dalam loyang yang disapu mentega. Perap selama sejam. Tutup dengan kain lembap.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Bakar kek tadi selama 15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan kek sejuk sebelum dipotong.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Kesavan Supramaniam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols penah buat ni. Ikut resepi dari org arab. Sedap sbb ada suji..kene makan sikit2 wpon buat versi kurang manis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya lemak2


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 11:39 AM | Show all posts
pernah mkn..xleh terima, maniss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055144 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list