Lebih 13k perkongsian di laman Facebook, seorang wanita kongsi video seorang warga emas yang menjual buah di sebuah stesen minyak setiap hari. Perkongsian tersebut undang sebak netizen dan rata-ratanya memuji tindakan wanita ini yang viral mengenai pakcik ini agar lebih ramai yang membantu.
Terbaru, anak kepada pakcik ini tampil memberi penjelasan bahawa ayahnya memang suka berniaga walaupun mereka adik beradik sudah memberi wang belanja kepadanya
Video berdurasi 3 minit ini memaparkan suami kepada wanita ini membantu pakcik tersebut dengan membeli semua jualannya. Malah dia turut memberi sumbangan duit kepadanya sehingga pakcik tersebut sebak dan menangis. Video tersebut mendapat lebih 13k perkongsian dan ada yang tertanya-tanya mengenai keluarga pakcik ini.Di ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Nurul Amiera Zaini dipercayai anak kepada pakcik tersebut tampil memberi penjelasan bahawa dia masih ada menjaga ayahnya namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dia tidak dapat pulang ke Melaka.
Terima kasih sebab telah beli kesemua buah yang ayah saya jual . Actually pak cik ni adalah ayah saya. Kami adik beradik jauh. Saya di KL dan adik saya di penang jadi sejak PKP ni dah lama tak balik Melaka. Last jumpa tahun lepas masa kerajaan umum boleh rentas negeri. Dah berapa bulan tak jumpa ayah saya tapi saya selalu video call, telefon dan whatsapp tanya khabar.
Tambahnya lagi, ayahnya berkeras ingin bekerja kerana bosan duduk di rumah walaupun kesihatannya tidak mengizinkan. Nurul Amierah turut menjelaskan bahawa dia ada memberi duit belanja namun terpaksa mengikut kehendak ayahnya yang ingin mengisi masa lapang.
Walau bagaimanaun, dia akan bawa ayahnya ke Kuala Lumpur dan akan menasihati ayahnya agar lebih fokus kepada ibadat sahaja memandangkan dia sudah beberapa kali ditegur kononnya membiarkan ayah berniaga dalam usia begini.
Kami anak-anak sentiasa ambil berat pasal ayah dan selalu nasihat supaya jangan kerja tapi kehendak dia sebab dari muda dah biasa kerja dan tak tahu duduk diam. Apa pun terima kasih atas doa kalian semua utk kesihatan ayah saya dan saya doa agar kalian semua dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat. Amin.
Dalam pada itu, dia sempat berterima kasih kepada wanita yang bantu ayahnya sehingga ayahnya gembira. Malah dia juga sangat berterima kasih atas semua doa dan komen-komen positif yang diberikan oleh orang ramai.
Saya syukur sebab semua dalam komen, komen positif dan doa kesihatan ayah saya. Alhamdulillah rezeki ayah saya dan dengan kongsi video ni akan ada rezeki untuk peniaga lain. Saya tak fikir negatif tetapi sebaliknya saya terkejut dan terharu ssebab ada hamba Allah yang tolong doa kesihatan dan rezeki ayah saya melimpah.
Sumber : Nurul Amierah Zaini, Alina Farahin
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
huhu kesian... bukan nak kata memang peniaga2 tepi jalan tu iols tengok kesian sangat sebab dorang jual bukan ada pelanggan time pkp ni... termenung je dari pagi hingga ke petang... sape2 yang nampak tolong lah beli yer... iols pun hari2 membeli jugak...
harga deorang mahal ke yahudi ke tidak tu jangan la berkira instead fikirkan ianya sebagai sedekah sebab tak kaya pun peniaga2 macamni meniaga...
Post time 21-2-2021 06:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Natijah daripada semua benda nak viral
Semua benda nak dikongsi
Buat je lah diam
Aritu viral tolong org kat tempat sampah
Rupanya ambik dadah
Yg ni pulak kesian kat anak2 dapat tempias
Adoii la pelayar internet
Ntahlah klo atuk ni ske berniaga , kesian plak la bakal dipaksa pergi kl dok dgn anak. KL bukan tempat utk semua , terutama warga emas yg dh biasa dok kat kg.
Post time 21-2-2021 08:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 21-2-2021 08:45 AM
bodohnya la Alina Farahin ni yg gigih nak viral kan bende2 mcm ni...kemaruk like sangat acik2 kepam ni semua.
ko dh invade privacy org lain la bangang
patutnya family bdk ni saman je balik si Alina bangang ni sbb dh ceroboh privacy org lain.
Post time 21-2-2021 08:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
chandrahusin replied at 21-2-2021 06:05 AM
Natijah daripada semua benda nak viral
Semua benda nak dikongsi
Buat je lah diam
ms kes cikki tu selongkar sampah,takdenya aku nak kesian... x paham aku dgn acik2 kepam ni sume bende nk cepat jatuh kesian.
sbb org waras takkan sesekali cari makan dr situ...its Tong Sampah besar kut....jijik la kan.....paling teruk pun diorg akan cari la any masjid or surau terdekat or minta tlg dr ketua kampung.
last2 terbongkar cite la dia mmg x waras...taik dadah rupanya
instinct iols selalu benar ya
Bila gigih sangat nak viral dengan harapan dapat like tampa tahu hal sebenar macam tulah jadinya. Ramai je orang tua macam tu bukan mereka tak berduit tapi sebab mereka dah biasa berkerja. Niaga kecik2 macam tu ada jugak yang nak dibuat isi masa lapang. Kurang rasa sunyi sebab dapat jumpa ramai orang tiap hari sedikit sebanyak menghiburkan hatinya. Bukan semua orang tua jenis bila dah pencen suka duduk baring kat rumah je.
Post time 21-2-2021 09:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ramai ja yg suka berniaga..tk suka dok diam.
Ramai ja..
Jgn la p gatai amik video , up gmbr org sewenang wenangnya..tk pasai anak2 kena kutuk anak2 difitnah.
Fitnah lebih teruk dr membunuh..
Kalau nk tolong..p jmpa dgn org yg nk ditolong..sembang elok2.
Dah tau ujung pangkal semua..baru war-warkan utk sumbangan..
Cth
Pakcik rumah dpn..umur dah 80+++..tinggal sorg2 , rmh kayu lama..mcm nak roboh, tgk kesian
Tiap hari menyangkui bersih laman, tanah..tanah luas..tp kuatnya ..
Saya nk bersih kan laman yg tk besaq mana pun letih
Sembang dgn jiran..rupanya pakcik ni byk tanah..tanah dia semua tepi jln utama..
Anak2 dia ada ja dok dekat....dia happy mcmtu.
Tp ptg ank dia mai amik tidoq rmh depa..pg hntr pakcik ni balik rmh.
Bila hntr nak p sekolah selalu nmpak pakcik ni balik ke rumah dia.
Post time 21-2-2021 09:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cara cakap tolong jagakan pacik ni untuk dia seolah2 pacik ni dah takde keluarga langsung.
Patutnya cakap la kalau boleh nak ajak pacik ni tinggal sekali dgn dia
Post time 21-2-2021 09:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang kg aku ni..eh eh....
Dia niaga kt petron masjid tanah ni.. kalau dia cakap duk lubuk china jauh gak la dia bawak motor ari2 ulg alik.. ada la dlm 20min.. sbb tu dengar dia cakap loghat negeri.. org masjid tanah mmg x ckp bhs melaka sbb sempadan n9... hihi..
Alaa cian atuk ni...xdpt da nk niaga ronda2 pekan lagi