CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: SIDE EFFECTS UTK COVID 19 VACCINES AstraZeneca, Moderna & Pfiz

  [Copy link]
Post time 25-2-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-2-2021 06:13 AM
ok, so will need alot of intergovernmental agreements
wont be easy

yup, as well must have a mutual agreement with other countries.. so ada phasenya... but its a good progress.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 06:29 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 25-2-2021 05:30 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:17 PM | Show all posts
ipes2 replied at 24-2-2021 05:12 AM
i see
i am clearer
thank you

Gementar jadi orang kedua dicucuk vaksin selepas PM' [METROTV]
MyMetro Mutakhir

Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my

Putrajaya: "Saya sukarela menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini untuk melindungi diri saya dan keluarga," kata pemandu ambulans Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Clement Marai Francis.

Clement, 36, berkata dia akan memastikan semua ahli keluarga dan rakannya mengambil tindakan sama dengan menerima suntikan vaksin itu.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak gementar, namun ada merasainya apabila giliran orang kedua dicucuk vaksin selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dos kedua suntikan nanti akan sama tarikh dengan Perdana Menteri iaitu 17 Mac nanti, selepas 21 hari dos pertama hari ini.

"Tadi, saya diberi lima hingga 30 minit untuk berehat selepas dicucuk dan setakat ini tidak ada rasa apa-apa," katanya.

Beliau yang sudah lapan tahun berkhidmat sebagai pemandu ambulans menjelaskan lebih yakin selepas disuntik vaksin.

Ini kerana, katanya, sebagai pemandu ambulans dia kerap berdepan tugas menghantar kes positif Covid-19.

"Saya bersyukur dapat lindungi diri sendiri. Tidak rasa takut lagi bersama dengan keluarga apabila balik kerja," katanya yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.


CLEMENT Marai Francis menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini. FOTO Bernama

Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan PKD Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin, 44, pula menjelaskan tidak mengalami kesan sampingan selepas disuntik vaksin.

Dia yang sudah berkhidmat selama 20 tahun menaruh harapan semoga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula secara rasmi, hari ini, berjalan lancar.

"Harap semua bekerjasama ambil suntikan vaksin, Lindung Diri Lindung Semua.

"Insya-Allah kita cuma berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT," katanya.

Jururawat Klinik Kesihatan (KK) Presint 9, Putrajaya, Sheilla Mellissa Sikin, 31, pula lega apabila segalanya berjalan lancar.

"Perasaan dicucuk? Semua OK," katanya yang berasal Tamparuli, Sabah.

Pegawai Perubatan KK Presint 9, Putrajaya, Dr Tan Yee Ling, 30, pula berbangga terpilih dalam kumpulan sulung bersama pemimpin negara menerima suntikan vaksin.

"Saya rasa sihat sahaja setakat ini. Tiada kesan sampingan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:23 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 25-2-2021 07:25 PM
keypochino replied at 22-2-2021 09:18 AM
sy mmg takut jarum, x kira la injet apa pun..

Kakak saya dah daftar hari ini utk vaksin
Tunggu kak de doc dpt suntikan vaksin fasa 1 as frontliner
SIL x dpt daftar...line slow...ramai.kot...congested

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
UK data stated they having a spectacular impact on stopping serious illness. Tak sabar nak kena vaccine Yang tak nak tu bodoh haktuih!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:04 PM | Show all posts
More than 800,000 have registered for Covid-19 vaccine
By New Straits Times - February 25, 2021 @ 6:29pm


KUALA LUMPUR: More than 800,000 people have registered for the Covid-19 vaccine.

"As of 5pm today, the vaccination registration count stands at 863,449," the Health Ministry said.

Registration for the Covid-19 vaccination through the MySejahtera application is one of the five methods provided by the government for the purpose.

The public can also register via the website 'www.vaksincovid.gov.my', or for offline registration, they may contact the hotline which will be announced soon; head to the nearest public or private healthcare facility; or through assistance programmes for residents in rural and inland areas.

The national immunisation programme will be implemented in three phases, with the first phase starting today until April 2021 involving frontliners, phase two from April to August is for senior citizens aged 65 and above, high-risk groups and people with disabilities while phase three is from May 2021 to February 2022, for those aged 18 and above.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2021 07:47 AM | Show all posts




Penerima dua dos vaksin Pfizer tunjuk antibodi tingg
Februari 25, 2021




LONDON: Kumpulan penyelidik memaklumkan penerima vaksin COVID-19 Pfizer di England yang sudah menerima dua dos suntikan menunjukkan tindak balas antibodi yang kuat, sekali gus memberi keyakinan amat tinggi terhadap keberkesanan vaksin itu.
Kajian Imperial College London menunjukkan 87.9 peratus individu berusia lebih 80 tahun diuji positif antibodi selepas menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech.
Jumlah itu meningkat kepada 95.5 peratus bagi penerima vaksin berusia di bawah 60 tahun, dan 100 peratus bagi mereka yang berusia di bawah 30 tahun.
Tahap antibodi adalah sebahagian daripada imuniti, di samping vaksin itu juga dikesan turut menghasilkan perlindungan sel T yang kuat.

"Walaupun terdapat penurunan kadar positif dengan pertambahan usia, kita mendapat maklum balas yang bagus untuk dua dos vaksin bagi semua lapisan umur," kata Pengerusi Fakulti Epidemiologi dan Perubatan Kesihatan Awam Imperial College London, Paul Elliott, kepada wartawan.
Kajian itu turut menunjukkan 95 peratus penerima vaksin berusia di bawah 30 tahun didapati positif antibodi 21 hari selepas dos pertama, namun kadar itu menurun dalam kalangan penerima lebih berusia.
Selain itu, 34.7 peratus daripada penerima vaksin berusia 80 tahun ke atas menunjukkan tindak balas antibodi daripada satu dos vaksin Pfizer.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi Britain (JCVI) sebelum ini mendapati perlindungan yang tinggi daripada satu dos vaksin Pfizer, walaupun kadar antibodi adalah rendah.
Kajian pemantauan di rumah bagi antibodi COVID-19 oleh Imperial College London itu membabitkan 154,000 peserta, dengan memantau tahap antibodi daripada jangkitan semula jadi serta dalam kalangan penerima vaksin, antara 26 Januari hingga 8 Februari lalu.
Kajian sama turut meneliti keyakinan terhadap vaksin berkenaan, yang mendapati 92 peratus menerima atau merancang untuk menerima tawaran vaksin, namun kadar itu menurun kepada 72.5 peratus dalam kalangan individu kulit hitam. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:43 PM | Show all posts
BIL ... adik dah daftar vaksin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 06:06 PM | Show all posts
ipes2 replied at 23-2-2021 02:55 AM
good info cik seri
dan ye, no real issues sebenarnya

Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis berkata, suntikan vaksin bagi membendung penularan Covid-19 yang diterimanya pada Januari lalu tidak menyebabkan beliau berasa sakit.




Kredit foto: GETTY




Istana Buckingham sebelum ini mengesahkan bahawa beliau yang berumur 94 tahun itu menerima suntikan tersebut bersama suaminya, Putera Phllips, 99, pada bulan lalu.

"Ia (suntikan itu) amat pantas. Saya mempunyai sejumlah surat daripada orang ramai yang berasa terkejut mengenai betapa mudahnya untuk mendapat vaksin tersebut. Suntikan itu tidak sakit atau mencederakan," kata Ratu Elizabeth II.

"Sekali anda telah disuntik dengan vaksin, anda akan berasa dilindungi yang saya berpendapat ia adalah amat penting.

"Sukar buat mereka yang tidak disuntik dengan vaksin tetapi mereka perlu memikirkan tentang orang lain berbanding diri sendiri," ujarnya ketika memberitahu beberapa pegawai kesihatan menerusi satu persidangan video.








Lebih 18 juta orang di seluruh Britain kini telah disuntik dengan vaksin Covid-19 yang dianggap penting bagi menghalang penularan pandemik tersebut yang telah menyebabkan lebih 112,000 orang maut di United Kingdom (UK).


Ratu Elizabeth II memuji program vaksinasi yang dilakukan dalam tempoh pantas.


Anak beliau yang sulung dan pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles, 72, telah dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu.


Putera Charles bagaimanapun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama isterinya, Camilla, 73.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
done semalam, baru sempat tapi rasanya mlg nama dah ada pun



@ipes2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 07:20 PM | Show all posts
ipes2 replied at 23-2-2021 03:02 AM
sy tak baca penuh
tapi summary nye, boleh travel dah?
ye ke?

Imuniti kelompok : Rentas negeri mungkin dibenarkan

https://www.utusan.com.my/berita ... mungkin-dibenarkan/

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
26 Februari 2021, 7:12 pm


NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Rentas negeri dijangka dibenarkan sekiranya imuniti kelompok mencapai sasaran 70 hingga 80 peratus bergantung kepada kajian semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya ada berbincang perkara terbabit tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan.

Katanya, ia seperti kelonggaran membabitkan pasport vaksin sama ada boleh rentas negeri atau pun negara malah bukan hanya Malaysia sedang melihatnya tetapi negara lain turut membincangkannya.

“Kita juga melihat mereka yang sudah menerima vaksin sama ada perlu dikuarantin ataupun tidak namun Kementerian Kesihatan memerlukan banyak data untuk dikaji yang memerlukan tempoh enam hingga sembilan bulan.

“Sekiranya Malaysia sudah mencapai imuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus jumlah rakyat Malaysia, rentas negeri mungkin akan dipertimbangkan namun perbincangan sedang berjalan malah data perlu dikaji,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sesi Libat Urus Bersama Ketua Pengarah Kesihatan Bersama Media Siri 4/2021 : Perlaksanaan Program Imunisasi Covid-19 secara maya, hari ini.

Ditanya mengenai tanda Malaysia sudah mencapai imuniti berkelompok, Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya akan melihat jumlah mereka yang telah diberi vaksin kerana jumlah rakyat Malaysia adalah seramai 32 juta orang.

“Kita akan tengok pada jumlah itu malah kajian juga akan dijalankan selepas vaksinasi dan kajian lapangan juga akan dilakukan bagi mengkaji antibody dan keberkesana vaksinasi.

“Selain itu, penilaian keberkesanan program ini juga sedang dilakukan dan banyak data yang perlu dikumpulkan bagi mendapatkan hasil yang jelas,” katanya. _UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:00 AM | Show all posts
@mimz nanti share pengalaman divaksin
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:03 AM | Show all posts
SIL dah daftar utk vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 08:59 AM | Show all posts
ipes2 replied at 24-2-2021 05:10 AM
long term side effects kita belum tahu lagi tetapi short and intermediate effects ni researchers d ...



PUTRAJAYA: Hanya empat dalam sejuta orang yang diberi vaksin Covid-19 akan mengalami kesan sampingan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah petang ini.

Namun hingga kini, Noor Hisham berkata beliau belum mendengar mereka yang telah divaksin mengadu mengenai kesan sampingan.
“Dan ini adalah perkembangan positif,” katanya dalam dialog malam ini ketika mengongsikan pengalamannya menerima suntikan inokulasi.

Tambah Noor Hisham, walaupun kes seperti itu adalah terpencil, kementerian telah menyediakan ruang khas untuk mereka yang mengalami alahan terhadap vaksin tersebut.

Katanya, individu terbabit akan dipantau selama 15 hingga 20 minit.
Beliau berharap lebih ramai lagi yang akan tampil untuk mendaftar vaksinasi melalui MySejahtera.”

Noor Hisham berkata, mereka yang menderita HIV akan diberi vaksin jika mereka tidak mempunyai “masalah kesihatan”.
Peraturan sama turut terpakai untuk pesakit barah, katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong berkata, lebih daripada 99% mereka yang mengalami kesan sampingan, akan bersifat ringan hingga sederhana.

“Tetapi jika sekiranya alahan yang teruk berlaku, semua pusat vaksinasi bersiap sedia untuk menanganinya.”
Sementara itu, penolong ketua pengarah kanan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian Dr A Maheshwara Rao berkata, kira-kira 1,065 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Katanya “semakin ramai” berbuat demikian, dengan sekitar 300,000 sehari mendaftar untuk divaksinasi.
Maheshwara turut mendedahkan bahawa 21 juta orang telah memasang aplikasi MySejahtera dengan sejumlah 30,000 hingga 40,000 muat turun setiap hari.
“Kami melihat ramai bukan warganegara Malaysia memuat turun aplikasi itu kini.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/26/hanya-4-dalam-1-juta-akan-alami-kesan-sampingan-vaksin-kata-kp-kesihatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 27-2-2021 12:05 PM

Lebih 1,000,000 telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19

Sudahkah anda mendaftar?  Daftarlah sekarang untuk  #LindungDiriLindungSemua


So okayla tu.. Daftar je la and inject.. Okay dah. There is absolutely no side effects pun... Nothing extreme..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:57 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka dapat menurunkan kes jangkitan COVID-19 kepada dua angka pada Mei ini jika langkah kesihatan awam terus dilaksanakan dan program vaksinasi berjalan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan perkembangan semasa jumlah keseluruhan kes menunjukkan penurunan walaupun masih ada jangkitan di beberapa kluster baharu.

Beliau berkata, menerusi tindakan kesihatan awam dan program vaksinasi, pihaknya menjangkakan kes boleh menurun sehingga 1,000 kes sehari mulai pertengahan bulan depan.

"Unjuran itu adalah menggunakan kaedah yang kita (Kementerian Kesihatan) sudah laksanakan sebelum ini dan kita akan berjaya menurunkan kes kepada dua angka jika rakyat Malaysia patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan mempunyai disiplin yang tinggi.

"Sebelum ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan pada Mac ini.

"Bagaimanapun, dengan situasi semasa ia tidak berlaku," katanya dalam Sesi Libat Urus dengan media, di sini, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 01:59 PM | Show all posts
ipes2 replied at 23-2-2021 02:47 AM
insyaAllah ok sahaja
ini adalah satu cabang dari usaha
satu lagi ialah tawakkal pada Allah

Vaksin: Boleh kena tindakan jika tak hadir janji temu tanpa sebab


https://www.malaysiakini.com/news/564529


Bernama


Diterbitkan 26 Feb 2021, 9:55 pm
Dikemaskini 9:59 pm






Mereka yang gagal hadir janji temu untuk mengambil suntikan vaksinasi Covid-19 tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.


Noor Hisham berkata ini bagi mengelak berlakunya pembaziran memandangkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dicairkan, tidak boleh disimpan untuk penggunaan pada hari lain ekoran jangka hayatnya tidak lebih enam jam.


"Kalau hari pembedahan pun, 15 peratus kes tidak hadir ketika pembedahan. Ketidakhadiran, termasuklah untuk pengambilan vaksin yang dijadualkan itu adalah ‘waste of resources and manpower’ (pembaziran sumber dan tenaga kerja) sebab kita dah siapkan semua.


“Tindakan boleh diambil kalau tidak hadir. Seperti mana di negara lain kalau mereka 'cut queue' (memotong giliran) untuk dapatkan vaksin (juga) boleh didenda. Buat masa ini kita belum fikirkan apa jenis tindakan. Kita belum tahu lagi tetapi sesuatu boleh dilakukan," katanya.


Dia berkata demikian ketika sesi Libat Urus Bersama Media secara maya hari ini, yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim sebagai moderator.


Katanya mereka yang tidak dapat hadir pada janji temu, terutamanya bagi dos kedua, seharusnya memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari awal agar penjadualan tarikh baharu dapat dilakukan.


"Kalau batalkan di saat-saat akhir, kita kena cari jalan supaya vaksin itu tidak terbuang sebegitu, mungkin perlu ada 'waiting list' jadi kita boleh beri pada orang lain. Daripada dibuang, kita mungkin boleh beri pada petugas 'frontliner' yang belum lagi berkesempatan mengambil vaksin, termasuklah petugas perubatan kita," katanya sambil mengingatkan rakyat Malaysia agar menghargai dan tidak membazir vaksin.


Dr Noor Hisham berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk mengkomersilkan vaksin Covid-19 di negara ini dengan membenarkan syarikat swasta menjual vaksin berkenaan.


Katanya tidak ada mana-mana syarikat yang diberi lesen untuk menjualnya, malah Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri membekalkan vaksin itu kepada semua hospital termasuk hospital swasta, yang akan diberikan kepada rakyat secara percuma.


"Syarikat vaksin menjual secara 'direct' kepada kerajaan dan bukannya syarikat... kita tidak akan benarkan pengkomersilannya, kerana kalau tidak mereka yang kaya akan mendapat vaksin dahulu dan rakyat yang lain perlu menunggu," katanya.


"Interpol juga memaklumkan kepada kami yang vaksin palsu sudah wujud... maka sebab itu selepas seseorang diberi vaksin nanti, mereka perlu mengimbas 'barcode' dan mereka akan tahu vaksin mana yang mereka ambil sekali dengan nombor sirinya," katanya.


Boleh longgar sekatan lepas 80 peratus divaksin


Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) mungkin dapat dilonggarkan termasuklah sekatan rentas negeri dan juga sempadan negara sekiranya sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus rakyat di negara ini mengambil suntikan vaksin.


Katanya jika pematuhan rakyat terhadap SOP dan pengambilan vaksin berjalan seiring, imuniti kelompok dijangka berjaya diwujudkan di negara ini dalam enam hingga sembilan bulan lagi.


"Ketika ini kita belum boleh benarkan kelonggaran termasuklah imuniti pasport untuk keluar negara. Kalau negara kita dan juga negara lain sudah capai imuniti kelompok, kita mungkin akan pertimbangkan tetapi kita perlu bukti," katanya.


Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata aplikasi MySejahtera adalah satu-satunya aplikasi rasmi kerajaan yang digunakan untuk pendaftaran vaksin.


Melalui aplikasi itu juga, dia berkata orang ramai boleh memaklumkan sekiranya mempunyai gejala atau kesan sampingan selepas menerima suntikan.


Dr Noor Hisham berkata dia juga melihat kepada keperluan mewujudkan 'dashboard' di aplikasi itu untuk memaparkan jumlah terkini mereka yang mengambil suntikan.


"Sekarang ni data-data kita diselenggara dengan baik dan semua menggunakan MySejahtera… aplikasi ini secara rasmi mengutip data dan kita boleh menggunakan data ini dalam dashboard untuk dimaklumkan kepada rakyat," katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit KKM Dr A Maheshwara Rao yang turut menyertai libat urus berkenaan berkata setakat ini lebih sejuta orang telah mendaftar di MySejahtera untuk mendapatkan vaksin, dan kementerian mensasarkan hampir 300,000 pendaftaran sehari.


Menurutnya fungsi 'tambah tanggungan' di aplikasi itu dijangka dikeluarkan di MySejahtera pada minggu kedua Mac yang membolehkan pengguna mendaftarkan ahli keluarga terutama ibu bapa mereka yang tua.


-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 02:22 PM | Show all posts
KJ tidak akan ambil vaksin Pfizer

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... mbil-vaksin-pfizer/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
27 Februari 2021, 11:19 am


Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar selepas menerima bekalan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Ihsan Jabatan Penerangan.

SEPANG – “Saya sudah buat keputusan semalam, saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu memutuskan bahawa beliau tidak akan mengambil vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang sedang digunakan negara ketika ini.

“Saya tidak akan ambil vaksin Pfizer-BioNTech bukan sebab ia tidak bagus. Pfizer bagus dan ia terbukti selamat dan tiada apa-apa kesan sampingan.

“Biarlah ada juga barisan menteri yang memberi contoh ambil vaksin yang akan datang. Saya juga tidak tahu apa jenis vaksin yang akan diluluskan seterusnya.

“Jadi apa sahaja jenis vaksin diluluskan kerajaan seterusnya, saya orang pertama yang akan ambil (disuntik) vaksin itu. Tidak kiralah ia vaksin Sinovac, Rusia (Sputnik V) atau Astrazeneca,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima bekalan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Khairy berkata, beliau membuat keputusan itu selepas meneliti pandangan dan pendapat daripada rakyat selepas melihat beberapa pemimpin negara mula menerima suntikan vaksin jenis Pfizer sejak Rabu lalu.

“Saya melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beberapa menteri besar dan barisan hadapan mula menerima vaksin itu.

“Jadi, rakyat sudah yakin dengan Pfizer, (jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, setakat pukul 7 pagi tadi, aplikasi MySejahtera sudah menerima kira-kira 1,183,779 pendaftaran bagi suntikan vaksin Covid-19 oleh rakyat Malaysia.

“Sehingga semalam, seramai 3,580 individu sudah menerima suntikan vaksin sejak ia dilancarkan secara rasmi Rabu lalu,” katanya. – K! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:07 PM | Show all posts
Sinovac tiba di Malaysia

https://www.bharian.com.my/berit ... ac-tiba-di-malaysia

Oleh Luqman Arif Abdul Karim - Februari 27, 2021 @ 9:07am
luqman.arif@bh.com.my


Pesawat MH319 milik Malaysia Airline yang membawa bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac tiba di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing China. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang membawa bekalan vaksin Sinovac, dari China selamat mendarat pada jam 8.47 pagi tadi.

Penerbangan menggunakan pesawat MH319 itu membawa vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Biotech untuk diuruskan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Hadir menyambut ketibaan vaksin kedua di Malaysia itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut kelihatan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:29 PM | Show all posts
@ipes2



Lebih 36 juta dos Sinovac di seluruh dunia terbukti selamat

https://www.utusan.com.my/nasion ... a-terbukti-selamat/

leh AMREE AHMAD
27 Februari 2021, 1:21 pm



SEPANG: Kerajaan memberi jaminan bahawa tahap keberkesanan vaksin keluaran syarikat dari China, Sinovac Life Sciences Co. Ltd. (Sinovac) adalah tinggi malahan disahkan selamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, vaksin itu yang juga dikenali sebagai CoronaVac turut digunakan dengan meluas di pelbagai negara dan terbukti berkesan.

“Walaupun kajian klinikal di Brazil bulan lalu menunjukkan cuma efektif 50.4 peratus bagi jangkitan bergejala, ini masih lebih piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Sinovac di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan penerimaan vaksin itu antara sebahagian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada Rabu lalu.

Mengulas lebih lanjut, Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, beliau sedar ramai mungkin mempersoalkan keberkesanan vaksin China itu kononnya sebagai berkualiti rendah.

“Mereka barang kali tidak merujuk fakta lengkap kerana data di Brazil itu juga menunjukkan vaksin ini berkesan 78 peratus untuk kes sederhana dan 100 peratus bagi kes teruk,” katanya.

Sementara di Turki ujar beliau, vaksin itu terbukti efektif lebih 91 peratus dan Indonesia pula 65 peratus sebelum diagihkan di negara terbabit selain juga Hong Kong, Chile dan Kemboja.

Justeru, rakyat negara ini diminta tidak perlu bimbang kerana semua vaksin dari luar negara untuk dipasarkan di Malaysia perlu melalui proses tapisan amat ketat sebelum diluluskan.

“Lebih 36 juta dos Sinovac telah diedar di seluruh dunia oleh syarikat ternama ini yang juga mengeluarkan pelbagai vaksin untuk penyakit lain sejak ditubuhkan pada 1999,” kata Khairy.

Akhir bulan lalu, Sinovac memeterai perjanjian penghantaran 14 juta dos vaksin itu untuk dibotolkan semula Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. di kilangnya di Puchong, Selangor.

PICK turut menyediakan secara berperingkat vaksin Sputnik V keluaran firma Gamaleya di Rusia, AstraZeneca dihasilkan Oxford dari Britain dan Pfizer-Biontech dari Amerika Syarikat.

Rakyat Malaysia juga akan disuntik vaksin Covid-19 keluaran CanSino Biologics dari China selain inisiatif antarabangsa Covac yang merupakan kerjasama 165 negara di bawah WHO. – UTUSAN ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.120949 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list