CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3492|Reply: 14

Apa Itu Penyakit Vertigo, Punca, Simptom Dan Rawatannya

[Copy link]
Post time 22-2-2021 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 22-2-2021 07:12 PM

Apa Itu Penyakit Vertigo, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil, akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan badan.




Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

PUNCA VERTIGO

Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga dan antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1. BPPV (benign paroxysmal positional vertigo)

BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak.

Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2. Meniere's disease

Penyakit Meniere's ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga.

Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

3. Vestibular neuritis or labyrinthitis

Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:
  • Kecederaan leher atau otak.
  • Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok.
  • Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga.
  • Migrain.

Simptom-simptom vertigo

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:
  • Rasa seperti berpusing.
  • Rasa seperti senget.
  • Rasa terawang-awangan.
  • Rasa tidak seimbang/mudah jatuh.
  • Rasa seperti ditarik ke satu arah.

Simptom-simptom lain termasuk:
  • Rasa loya.
  • Muntah.
  • Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus).
  • Sakit kepala.
  • Berpeluh tanpa sebab.
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran.

Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

RAWATAN VERTIGO

Bagaimana Ahli fisioterapi boleh membantu pesakit Vertigo?

Ahli fisioterapi memainkan peranan yang penting untuk mempercepat pemulihan pesakit yang mengalami vertigo.

Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.

Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:
  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993).
  • Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003).
  • Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003).
  • Meningkatkan kecergasan dan daya tahan.
  • Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004).
  • Teknik posisi untuk BPPV.
  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.

Apakah Perawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :
  • Habituation.
  • Penyesuaian.
  • Keseimbangan.
  • Gaya berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti.

Lain-lain rawatan adalah :
  • Teknik posisi canalith.
  • Pencegahan dari jatuh.
  • Pendidikan pesakit.

Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan anda pening, rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.

Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.

Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.


Sumber: https://physiomobile.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 07:42 PM | Show all posts
Pernah kena twice...due to ear....pegi travel oversea,helok dah...no more...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokok kn no 3....nsb baik dkt smpdn telinga tgh...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah rasa..bertahun la makan ubat..last sekali gi urut..terus ok..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nowhite replied at 28-2-2021 12:57 AM
Pernah rasa..bertahun la makan ubat..last sekali gi urut..terus ok..

Urut mcm mn ya. I selalu makan betaserc.


Pernah dulu, lama makan b+12 tak kena, from gnc, lepas itu berhenti makan, vertigo teruk, lepas itu I amalkan semula. Tapi still lagi ada sikit sikit.

Now disamping makan womens glory tu from gnc I amalkan juga minum air halba. Alhamdullilah byk kurangnya.

Tapi I sampai skrg tak dpt lupakan pengalaman kena vertigo. Rasa berpeluh, lesu, pening, bila baring je dlm telinga akan ada rasa seperti fountain. Doctor just bagi betaserc. Tpi tk baik juga. I berazam nk amalkan minuman air halba disamping vitamin b+12.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 28-2-2021 11:12 PM
Urut mcm mn ya. I selalu makan betaserc.



I pun mkn betaserc..dulu memang stok betaserc tu wajib ada dlm handbag, kereta, kt rumah. Pastu dah setahun lebih baru i perasan yg once i mkn benda yg buat badan i banyak angin macam taugeh, rebung, air teh, laksa, mi kuning, bihun..i akan jd vertigo. So i stop semua tu but kdg2 jadi jugak bila perut i kosong atau i buat keja non stop. Then biras i suggest i urut dengan srg kakak ni. Dia stay kat penang. Biras i ckp dia pandai urut untuk vertigo selain untuk dalaman wanita ni. I urut dengan dia then dia ckp rahim i senget (i selalu angkat barang yg berat). Pastu darah i rendah. So angin dalam badan i tak boleh keluar so angin tu naik ke kepala. Sbb tu la kerap jadi pening pusing2 tu. I know perit nak hadap sebab i kena almost every month selama 2 tahun lebih. Siap masuk hospital sebab jadi 5 hari direct vertigo ni. Siap buat mri tapi otak i ok. Lepas kakak tu urut betulkan rahim i dengan urut badan i terus i x perlu makan betaserc sgt dh. Sekarang kadang2 i amik jgk if i over sangat makan makanan berangin mcm laksa tu. Tapi taugeh dengan rebung mmg i x boleh sentuh lgsg. Memang jadi kain buruk kalau makan. Lembik ja baring seharian. Kakak yg urut tu suggest i makan sangobion, minum jus. Stop kopi dengan teh sebab i sedang cuba dapatkan anak. Kakak tu bila urut badan kita dia boleh tau ubat yang sesuai dengan bdn kita. Orang lain xtau la. Tapi dengan badan i serasi. Kakak tu cakap i bukan vertigo tapi darah rendah sbb tu dia suggest sangobion. Doktor cakap i vertigo. I malas nak fikir siapa betul siapa salah. Yang penting i lega sangat penyakit ni tak serang i sekerap dulu
Kakak urut tu cakap penyakit datang dari perut. If perut u ok u akan jarang sakit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2021 03:50 PM | Show all posts
pengalaman isteri saya kena vertigo 2 kali masuk ward.dokter bekalkan betases
tapi telinga selalu berdesing(tinnitus)
lepas tu jumpa dokter homopati, 4 jenis ubat gak la dia bagi
kesan dia lambat, dalam setahun gak la tinnitus baru hilang
lepastu malas mkn ubat homopati, kena balik mild vertigo & telinga desing balik
ni dah 3 bulan amik balik ubat homopati
alhamdulillah tinnitus dah hilang dan takde tanda2 nak kena vertigo
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak iols dlu selalu kena vertigo ni. Mmg teruk lah sampai nam bangun pun tk boleh. Alhamdulillahh skrg dah jarang kena.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 04:27 PM | Show all posts
teringat presentation subject health edu. duluu...
vertigo adalah satu keadaan di mana pesakit berasa persekitarannya berpusing atau melayang.
Vertigo boleh terjadi secara tiba-tiba atau berlangsung buat jangka masa yang lama.
Vertigo bukanlah suatu penyakit dan dikenali sebagai gangguan kesihatan.
Penyembuhan vertigo boleh dicapai melalui rawatan fisioterapi terapi rehabilitasi vestibular- membantu otak melakukan adaptasi yang tepat terhadap isyarat yang mengelirukan ke telinga  supaya vertigo berkurangan.


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 28-2-2021 11:12 PM
Urut mcm mn ya. I selalu makan betaserc.



Uols i pun sama mkn betaserc almost setahun, on and off. Memang azab. Nak berdiri pun rasa memusing. Pernah admit dan buat CTscan lg. Doctor suruh stop kopi. Lepas stop kopi slowly ok. Tapi sampai sekarang, tak semua jenis kopi ok. Certain jenis kopi kalau minum terus jadi balik
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 09:25 AM | Show all posts
my boss suffered from vertigo.. sampai takut nk fly. mcm tetiba je kena pastu teruk terus.. sian plak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nowhite replied at 28-2-2021 11:57 PM
I pun mkn betaserc..dulu memang stok betaserc tu wajib ada dlm handbag, kereta, kt rumah. Pastu da ...

Thanks on the info ya. Today I kena balik..penat le vertigo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinkerbell1 replied at 19-3-2021 12:43 AM
Uols i pun sama mkn betaserc almost setahun, on and off. Memang azab. Nak berdiri pun rasa memusin ...

Yes..kena tau badan kita tak sesuai minum kopi apa..i setiap hari wajib minum kopi..i minum kopi 434 ok..kalau minum nescafe seteguk pun trus jd vertigo..nescafe memang i takkan sentuh lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 4-7-2021 08:37 PM
Thanks on the info ya. Today I kena balik..penat le vertigo ni..

Ala kesian..i dh lama x makan betaserc..i make sure x makan benda i tak boleh makan and make sure darah i x rendah. Senang cakap kalau badan i x banyak angin dan tekanan darah i ok vertigo takkan datang. I hope u jumpa solution untuk badan u. Bila dah lama sangat kena vertigo ni kita boleh tau bila dia nak attack..apa yg trigger dia..i x pernah buat fisio so xtau berkesan atau x. Urut badan sangat membantu untuk cure vertigo i.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.563351 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list