CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 2

Ini Cara Tukar Tayar Pancit Yang Wanita Patut Tahu [Video]

[Copy link]
Post time 23-2-2021 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Ini Cara Tukar Tayar Pancit Yang Wanita Patut Tahu [Video]

Buat kaum wanita yang memandu, antara perkara yang paling ditakuti semasa berada di jalanyraya pastinya adalah berdepan masalah tayar pancit atau pecah.

Jalan paling mudah pastinya dengan menghubungi kenalan atau keluarga terdekat seperti suami, abang, adik ayah, dan sebagainya.

Apa kata kali ini anda sendiri belajar cara untuk menukar tayar anda pula?

Namun satu yang harus diingatkan, dalam situasi sebegini jangan panik. Sekiranya ia pancit atau pecah di tangah jalan, langkah pertama yang harus dilakukan adalah nyalakan lampu kecemasan (hazard light) dan perlahan-lahan pandu kenderaan anda ke bahu jalan.

Kemudian letakkan tanda amaran biasanya dalam bentuk setiga ke belakang kereta anda. Sekurang-kurangnya 50 meter jauh dari kereta .

Untuk langkah menukarnya pula, tonton video yang dikongsikan Didik TV di bawah :




Sebagai ringkasan ini adalah langkah yang telah ditunjukkan video diatas :

Langkah-langkah tukar tayar :

  • Longgarkan skru pada tayar dengan menggunakan wheel brace.
  • Letakkan jack di bawah body kereta berdekatan dengan tayar yang pecah
  • Pusingkan jack mengikut arah jam untuk menaikkan ketinggian kereta sehingga anda cukup ruang untuk mengeluarkan tayar yang pecah.
  • Buka habis kesemua skru dan keluarkan tayar yang telah pecah
  • Masukkan tayar baru, pastikan ia dimasukkan dengan betul
  • Ketatkan skru sebaik tayar sudah dimasukkan
  • Pusing jack lawan jam untuk merendahkan kereta kembali.


Sumber:https://www.buzzkini.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 11:15 AM | Show all posts
aku respect la kalau pompuan pandai tukar tayar....
setakat ni belum pernah jumpa lagi yg pandai tukar tayar, pernah sekali dpt call dari forumer pompuan minta tolong tukar tayar....tayar spare duduk kat mana pun dai tak tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2021 05:21 PM | Show all posts
zulka replied at 24-2-2021 11:15 AM
aku respect la kalau pompuan pandai tukar tayar....
setakat ni belum pernah jumpa lagi yg pandai tu ...

ppuan pandai tukar BF je.... lagi2 yg naik MUSTANG atau AMG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.307271 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list