CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11726|Reply: 126

[Tempatan] Taman Tema Genting SkyWorlds bernilai RM3 billion akan dibuka tak lama lagi

  [Copy link]
Post time 23-2-2021 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 23-2-2021 05:00 PM

Genting SkyWorlds bakal dibuka tahun ini

KUALA LUMPUR: Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini, sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara ini.   

Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting, Lee Thiam Kit berkata, ia bakal menjadi taman tema luar yang amat mengagumkan pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut.   

Katanya, ini turut menjadikan Genting SkyWorlds sebagai antara taman tema paling unik, bukan saja di rantau ini, malah di peringkat global.   

"Genting SkyWorlds menelan perbelanjaan kos kira-kira AS$800 juta (RM3.23 bilion) dan ia hasil kerja keras bertahun-tahun lamanya dan dedikasi pasukan kami dan rakan kerjasama dari serata dunia.

"Ketika ini, kami sedang melaksanakan persiapan terakhir untuk taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara.   

"Kami yakin Genting SkyWorlds akan menawarkan pengalaman yang terbaik kepada pengunjung
sepanjang perjalanan ini," katanya pada majlis memperkenalkan logo Genting SkyWorlds rasmi secara maya, hari ini.   

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif Hospitaliti dan Leisure Resorts World Genting, Datuk Edward Holloway dan Ketua Taman Temanya, Gregory Pearn.   

Thiam Kit berkata, untuk permulaan, Genting SkyWorlds akan dibuka kepada rakyat tempatan, sebelum dibuka kepada pelancong luar selepas sempadan dibuka oleh kerajaan.   

Sementara itu, Holloway berkata, Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan 'alam' yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic serta Rio.   

Katanya, setiap 'alam' akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga.   

"Tarikan ini dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif, seperti dibawakan terus dari babak filem.      

"Kunjungan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati hiburan yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga," katanya.   

Selain daripada Hak Intelek (IP) tulen dan menarik yang dimiliki sendiri, Genting SkyWorlds juga menggabungkan jenama dan IP daripada 20th Century Studios di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia, yang dijayakan melalui kerjasama strategik antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios.   

Antara IP yang ditampilkan ialah Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes.

https://www.bharian.com.my/bisne ... al-dibuka-tahun-ini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2021 04:15 PM | Show all posts
Bandaraya Genting Highland..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
MELAKA......sepatutnya wajib ada 'taman tema' Era Keagungan/ kegemilangan  kesultanan Melayu Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 04:44 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-2-2021 04:44 PM
MELAKA......sepatutnya wajib ada 'taman tema' Era Keagungan/ kegemilangan  kesultanan Melayu Melaka.

takde casino backup ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg la betul2 buka this yr. Dari tak mengandung, sampai dah terberanak iols tunggu nih. Genting ni mmg betul2 kota keriangan iols kalau sedih sgt, naik genting terus good mood berminggu3
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 23-2-2021 04:44 PM
takde casino backup ....

bayangkan anda jalan2 dlm ere kegemilangan Kesultanan Melaka tu...seolah olah anda kembali ke zaman lampau....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 23-2-2021 05:00 PM

Downgrede sgt bila kna  buang nama 20TH CENTURY FOX  tuh..walaupun permainan2 dlm tu masih bertemakan IP 20th century fox..

Kempunanlah nak fefeeling mcm Jack ngn Rose dlm kapal Titanic..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:36 PM | Show all posts
sampai hari ni aku masih kagum dgn keupayaan Lim Goh Tong untuk bina Genting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
So bila nk hbs PKP boleh rentas negeri ni??? Xkn org bentong je yg nk pegi GH ni??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:52 PM | Show all posts
kucingitam replied at 23-2-2021 05:36 PM
sampai hari ni aku masih kagum dgn keupayaan Lim Goh Tong untuk bina Genting.

project kabel car je nak cecah RM 1000 juta...

bayangkan lah berapa harta kekayaan beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:53 PM | Show all posts
Edited by salimrock at 23-2-2021 05:56 PM

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Lim Goh Tong PSM SIMP SPMP
Born        28 February 1918 Anxi County, Fujian, China
Died        23 October 2007 (aged 89) Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Occupation        Entrepreneur & Businessman
Net worth        US$4.2billion
USD pn dah 4200 juta


4,200,000,000 x 4 = 16,800,000,000  


lagi kaya dari jon bon jovi ni dan sylvester stallon combine



Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
indon suke pi genting, kalu tgk utube tu ala berteriak2 naik kete kabel, katenye seru sekali
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:09 PM | Show all posts
lama btul upgradenya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ms genting start nk re-develop outdoor park ni around 2011/2012 sebegitu
ms tu iols n ex siap plan kalo kawen,kita hanimun kat genting je main roller coaster sbb dua2 gila main RC
Pastu asyik la delay x bukak2
sampai aku pun dh kawen dgn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pergi. Tp dgn covid pulak ni seram lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 23-2-2021 04:47 PM
Tlg la betul2 buka this yr. Dari tak mengandung, sampai dah terberanak iols tunggu nih. Genting ni m ...

Haah. Skyworld ni memang lama betul nak siap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 23-2-2021 05:53 PM
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Lim Goh Tong PSM SIMP SPMP
Born        28 February 1918 Anxi Cou ...

Tapi heols Tak dapat enjoy life macam orang biasa...ye lah orang biasa boleh hiking, berkelah tepi Pantai etc.

Sbb tu heols terpaksa cipta Taman tema macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:36 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 23-2-2021 06:39 PM
indon suke pi genting, kalu tgk utube tu ala berteriak2 naik kete kabel, katenye seru sekali

tempat dia org kan xde kete kabel yg panjang mcm tuh...kat Taman Mini Indonesia tu ada ler gak, tuk pusing2 kawasan tuh..
kat Ancol pun ada kat tepi pantai tu...


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:40 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 23-2-2021 04:47 PM
Tlg la betul2 buka this yr. Dari tak mengandung, sampai dah terberanak iols tunggu nih. Genting ni m ...

Jgn2 u ngandung lagi pun themepark ni tak bukak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.096555 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list