Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
539
View
1
Reply

[Dunia] Batuk depan polis sambil menjerit korona, lelaki dipenjara empat bulan

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Batuk depan polis, lelaki dipenjara empat bulan

https://www.utusan.com.my/luar-n ... enjara-empat-bulan/

Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran
23 Februari 2021, 10:31 am


SEORANG lelaki warga Denmark dikenakan hukuman penjara selama empat bulan kerana batuk depan dua anggota polis sambil menjerit `korona'. - GAMBAR HIASAN

COPENHAGEN: Mahkamah Agung di Denmark baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan ke atas seorang lelaki kerana batuk ke arah dua anggota polis sambil menjerit `korona dalam satu pemeriksaan trafik pada Mac tahun lalu.

Memetik laporan Reuters, insiden itu berlaku ketika Denmark melaksanakan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19, menyebabkan defendan ditahan atas tuduhan berkelakuan mengancam meskipun dia kemudian diuji negatif Covid-19.   

Pada mulanya, sebuah mahkamah tempatan membebaskan lelaki itu daripada tuduhan namun dia kemudian disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi Barat Denmark.

Ketika mengemukakan rayuan terhadap sabitan itu di Mahkamah Agung, pihak pendakwa raya memohon hukuman penjara selama tiga hingga lima bulan.

Beberapa kes serupa juga dilaporkan berlaku di Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Berdasarkan tinjauan dijalankan The Telegraph pada April tahun lalu, polis Britain mendaftarkan kira-kira 200 kes kejadian meludah atau batuk ke arah pegawai dalam tempoh seminggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-2-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list