Kuala Lumpur: Hasrat seorang wanita ingin berubat secara tradisional selepas mengalami masalah tekanan di tempat kerja dan suka tidur, bertukar sebaliknya apabila menjadi mangsa cabul lelaki digelar 'ustaz', kelmarin.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun bertemu dengan lelaki terbabit di Kampung Padang Balang, di sini, kerana ingin berubat.
Menurut sumber, suspek kemudian didakwa mengajak mangsa keluar untuk makan dan ketika berbual di dalam kereta lelaki itu memberitahu ibu bapa wanita terbabit membela saka dan situasi itu menyebabkan dirinya tertekan dan tidak dapat tidur.
"Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel di Jinjang dengan memberi alasan untuk berehat sebentar, namun sebaik masuk lelaki itu didakwa mencabulnya.
"Malah suspek didakwa cuba memperkosa mangsa, namun mujur terselamat apabila ahli keluarganya menghubungi wanita itu sebelum dia terus menghantar wanita itu pulang," katanya.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan, semalam.
"Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai tukang urut dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut sumber, suspek kemudian didakwa mengajak mangsa keluar untuk makan dan ketika berbual di dalam kereta lelaki itu memberitahu ibu bapa wanita terbabit membela saka dan situasi itu menyebabkan dirinya tertekan dan tidak dapat tidur.
bila nak memante.k sanggup dia fitnah jin, syaiton dan saka semata2 nak memantek...
raba2 pompuan di fitnah nya saka mak bapak pompuan tu... konon2 nak buang saka...
saka / dan syaiton selalu jadi mangsa fitnah ummah manusia... padahal yg nak memantek tu manusia...
duit hilang di fitnah nya toyyol...
minum beer katanya air kencing syaiton, padahal syaiton tidak pn mempunyai ginjal..
sampai bila makhluk2 halus ini di aniaya dan di fitnah oleh makhluk bernama manusia...
Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel di Jinjang dengan memberi alasan untuk berehat sebentar, namun sebaik masuk lelaki itu didakwa mencabulnya.
Yang pergi ikut sampai masuk hotel tu dah kenapa. Kalau ustaz tu nak berehat pun biar la dia masuk sorang. Tak kan tak boleh fikir