CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1436|Reply: 10

[Tempatan] Suami isteri 'curi dan jual semula' tumpas

[Copy link]
Post time 23-2-2021 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri 'curi dan jual semula' tumpas

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jual-semula-tumpas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 5:46 PM

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my


Nurulhuda Mohd salleh (kanan) menunjukkan barang kes curi.  FOTO FAIZ ANUAR

Klang: Kegiatan suami isteri mencuri barangan di kedai serbaneka, kedai runcit, pasar raya dan farmasi di sekitar daerah ini terbongkar apabila mereka ditahan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mereka dipercayai menjadikan premis tanpa alat pengimbas harga sebagai sasaran untuk melakukan jenayah bagi mengelak dikesan.

Katanya, turut ditahan adalah dua lelaki iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit yang dipercayai membeli barangan curi pasangan terbabit.

"Kegiatan jenayah itu terbongkar apabila seorang pekerja sebuah farmasi di daerah ini membuat laporan pada 7 Februari lalu bahawa terdapat dua individu mencuri barang dengan memasukkannya ke dalam beg sandang.

"Perkara itu hanya disedari pekerja selepas memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) farmasi. Nilai kerugian dialami kira-kira RM1,200," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan laporan itu pihaknya menahan suami isteri warga tempatan terbabit pada Jumaat lalu, manakala pemilik dan pekerja kedai runcit pula ditahan, semalam.

Katanya, pasangan berkenaan memilih barangan bernilai tinggi seperti susu tepung bayi serta produk kosmetik dan penjagaan diri sebelum menjual pada harga rendah kepada kedai runcit terbabit.

"Pembeli (kedai runcit) akan menukar tanda harga dan menjual semula barangan berkenaan di kedai miliknya serta menerusi platform jualan dalam talian.

"Pasangan itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak setahun lalu dan kita percaya berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian membabitkan kerugian kira-kira RM50,000 di sekitar daerah ini," katanya.

Nurulhuda berkata, kesemua tangkapan berusia 20-an hingga 40-an dan pihaknya kini mengesan beberapa kumpulan lain yang dipercayai terbabit dalam kegiatan sama.

Katanya, kesemua suspek direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
meniaga tanpa modal
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
High risk high gain
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau pandai sangat berniaga jd dropshipper je la. dapat untung tanpa pegang barang pon, cuma kena rajin promote. ni gi mencuri dah satu hal kalau tertangkap, kalau barang yg jual tak laku sia2 je amik  risiko mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
betulkan 2 org ni dpt curi sbnyk susu2 tu bnyk ni. mcm hebat gak 2 org punya keje, guna beg sandang je. lahanat mcm ni la yg menyusahkan org yg keje bwk laptop. nk masuk kedai msti pndang serong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 23-2-2021 06:03 PM
meniaga tanpa modal

Tapi dah tak balik modal bila tertangkap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti pencuri ni aim certain kedai je. Sbb biasanya klu susu mcm ni, certain premis mesti letak kt display kaca yg berkunci. Klu nak beli baru staf bukak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 08:04 AM | Show all posts
teringat tgk video makcik mencuri susu...letak celah kangkang...lepas tu keluar kedai mcm xbersalah...jalan sambil kepit susu tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 09:45 AM | Show all posts
level lain mcm ni kalau sampai mcm bukak kedai
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Farmasi tu mesti Guardian Dan Watson
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku pernah dengaq rumours ada 1 kedai cucuq udang kat Temerloh jual murah melampau sbb sumber udang curi. entah kedai mana tak tau sbb tak minat cucuq udang . apa dlm fikiran org yg meniaga tapi asal usul modal ialah mencuri. Sama macam Geng Ayoi yg tumpas baru2 ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.342373 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list