Kesan sampingan seperti sakit dan bengkak di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, demam dan menggigil adalah gejala biasa dialami penerima vaksin Covid-19 Moderna dan Pfizer-BioNtech, lapor Agensi Berita Xinhua memetik CNBC dalam laporan kesihatan baru-baru ini.
Mereka yang mengalami kesan sampingan itu boleh mengambil pil penahan sakit OTC untuk mengurangkan gejala, kata CNBC, merujuk saranan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan itu adalah sesuatu yang biasa bagi tubuh manusia mengalami kesan sampingan kerana sistem imunisasi tubuh berfungsi untuk mempersiap dan melindunginya daripada virus menerusi proses "peradangan terkawal," semasa vaksin mRNA bertindak balas.
Bagi mengurangkan kesan sampingan yang mungkin sangat serius dalam beberapa kes, CDC AS berkata orang ramai boleh mengambil ubat penahan sakit OTC seperti ibuprofen, aspirin, antihistamin atau asetaminofen. Namun, agensi itu menyarankan mereka mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
CDC AS bagaimanapun tidak menyokong pengambil pil tersebut sebelum menerima suntikan kerana ia boleh melemahkan tindak balas sistem imun terhadap vaksin.
Cara lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan termasuk tuam dengan kain lembap dan sejuk di tempat suntikan untuk menghilangkan rasa sakit, minum banyak air jika demam, dan memakai pakaian tipis.
Laporan itu menyatakan lebih ramai akan mula mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan kedua kerana suntikan pertama hanya merangsang tindak balas imun manakala yang kedua untuk meningkatkannya.
dah lama xkena cucuk ni...seriau pulak bila baca...kwn aku asal nak cucuk je nangis...tp anak 2 org jugak keluar...tp dia paling takut kena cucuk2 ni...
Post time 23-2-2021 09:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebenarnya kesan sampingan mcm ni yg aku maksudkan selain sengal2 badan tu...x semua orang terima kesan sampingan sama....takut ada yg lebih teruk dari ni...
Post time 23-2-2021 10:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bukan sume manusia sama. Ade yang tak mati kene gigit binatang berbise. Ade yang boleh tahan.. Kalo The Rock boleh ketawe2 lepeh cucok vaksin tak semestinye kita pon boleh ketawe. Sekian..
Post time 23-2-2021 10:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rogue98 replied at 23-2-2021 10:23 PM
Alamak seramnye ....baru jer register...
Doktor ni mati lepas suntik...
Platelets drop...sebab antibodies ingat vaccine tu benda asing...so platelets attack vaccine tu...then jadi thrombosis Kat otak
Post time 23-2-2021 10:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by notM at 23-2-2021 10:44 PM
Doktor tu nasihatkan siapa yang ada kes kurang sel darah putih, Ada ambil ubatan herba, ada ambil ubat macam Antibiotic (cth Bectarim), Heparin(cair darah), Quinidine....Tak digalakkan ambil suntikan vaksin pfizer
Post time 23-2-2021 10:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rogue98 replied at 23-2-2021 10:37 PM
Tu lah lain orang lain penerimaan dia. Baru sangat lagi vaccine ni kena ada continuous testing lag ...
Yang mati tu kira jadi Guinea Pig la....jadi Bahan kajian diorg sbb kenapa jadi punca kematian selepas suntik..sbb tu insurans cover sbb sebahagian dari kajian.
Post time 23-2-2021 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kawan aku ambik sinopharm.. ok ok je. Takde kesan sampingan. Tapi tu ah dia fit laa.. takde penyakit. Umur 40an dok obersee. So, aku confident utk amik. Lagipun, banyak vaksin aku dah ambik sebelum ni.