CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7668|Reply: 40

Lailer aweks Jekfer kini penyampai di Hot FM

[Copy link]
Post time 24-2-2021 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 24-2-2021 11:59 AM

Riena Diana kini geng Hot FM

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Riena Diana dipilih menjadi penyampai radio terbaru Hot FM sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam bermula hari ini di stesen radio popular itu.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal berkata, dia amat teruja untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran.

"Saya sangat teruja kerana dipilih menjadi sebahagian daripada Hot FM kerana saya ingin sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam karier dan mencabar diri sendiri untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri.

"Sememangnya, kerjaya sebagai penyampai radio ini sangat mencabar tetapi saya ambil peluang ini untuk mendalami ilmu penyiaran radio. Saya ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga semua pendengar bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang radio dan pengacaraan.

"Cuma masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memastikan kualiti penyampaian itu di tahap yang tertinggi.

Ini juga menjadi platform yang terbaik untuk mengasah bakat sebagai artis serba-boleh," katanya.

Terdahulu, Riena dijemput sebagai penyampai jemputan di Hot FM beberapa minggu lalu bersama Haziq dan Deen.

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia satu transformasi besar buat Hot FM.

"Seperti yang kami selalu beritahu, Hot FM sentiasa mencari bakat dan muka baru dalam bidang penyiaran radio. Kami dapat lihat potensi dan komitmen Riena sewaktu dijemput untuk menjadi penyampai jemputan bersama Haziq dan Deen.

"Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun dia pertama kali ke udara sebagai penyampai radio. Selama dua minggu bersiaran sebagai penyampai jemputan, kami juga melihat Riena mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuskan perbualan bersama penyampai lain di udara.

"Riena juga diberi peluang untuk menjalani sesi uji bakat bersama Mark Adam dan Fizie dan dari sesi itu, keserasian mereka wujud dalam masa yang singkat dan ini menguatkan lagi gandingan mereka bertiga untuk terus hiburkan pendengar pendengar.

Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana. Jadi, kehadiran Riena di dalam GPH bakal memberi perubahan yang besar buat kami," katanya.

GPH di Hot FM boleh didengar setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi tadi dengar gandingan Fizie, Mark dan Riena. Not bad, takde lawak2 bodoh dan rasa fresh sikit. Iols takde rasa rengsa masa shuk ada dulu sebab shuk tu dah lama dengan hotfm. Walaupun tersemput2 tapi nak bandingkan shuk dengan shuib time jadi penyampai aku lebih prefer shuk.

Dulu iols suka Ajak di GPH sebab ajak takde buat lawak2 bodoh. Tapi sayangnya Ajak resigned pulak 2 tahun lepas.

Iols kureng suka bila masuk si shuib mira dalam GPH. Asyik la nak cerita dan kaitkan hal anak bini dia semasa bersiaran. Macam radio tu bapak dia punya.

Tahniah lailer. Hopefully lepas ni lebih fresh dengar radio otw gi keja pagi2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
moga jadik yg bijak dan beretika...good luck lailer....jgn guna sangat slang lailer kat radio....nanti kene tegur pula sebutan bahasa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka pulak lailer ni, macam kurang fake. Pernah tengok dia host rancangan pelancongan kat tv3, not bad. Tahniah lailer
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:00 PM | Show all posts
haritu dia on air dgn haziq dgn deen masa fizi takde tu. iolss prefer lailer dgn dorang.
takpe la, yg ni 1st day riena-mark-fizi. bagi can. nanti dah lama2 ok la kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mark tu ckp tergagap cmne jd dj ye maksud sy dia ckp pon mcm terganggu sikit lah pd sy. Rsnya lailer lg best dgn dean n mamat sorg lg tu wlpn xpernah dgr hot fm hihu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nik Nor Azura tu sprinter kebangsaan dulu ke? Atlet yg cantik dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:23 PM | Show all posts
fadz84 replied at 24-2-2021 12:11 PM
Nik Nor Azura tu sprinter kebangsaan dulu ke? Atlet yg cantik dulu..

iya...tak silap dulu dia pun announcer kat hot fm. masa awal2 dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak comel si Jekfer komen kat ig Lailer
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
best tak??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 24-2-2021 12:23 PM
iya...tak silap dulu dia pun announcer kat hot fm. masa awal2 dulu

Syg kn byk injured masa jd atlet dulu.. terus berhenti..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dah lama x dgr hot fm.. senang citer radio melayu la.. kecuali suria petang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk dgr mix je
Dgr lagu2 zaman kegemilangan muda remaja dl ahaks!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully team baru ni best lah. Tunggu anak start skolah ni baru nk layan blk morning segments. Dulu2 boring gph hotfm tahpape shuib nye lawak. Suka petik binik. Mix fm gak best walopon kdg kasar gak melawak for me.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tu acik2 nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh.. congrats riena! Iols suke die, penah jmp kat luar, senyum n sempoi je style die, pastu iols say hi pun die wave back dgn happy, mcm kwn2 satu kolej dgn die je. Jgn elfira, muke ketat gile, pastu org senyum kat die, jeling je. Tetibe masuk elfira plak. Hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 03:34 PM | Show all posts
aku x lehla mark adam jd dj .. terganggu sgt dgn bm dia..
macam manala leh terpkir jadikan dia dj
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 24-2-2021 03:25 PM
dah tu acik2 nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?

Kiah pi.. kiah mai.. Kalau iols jumpa komen gelabah tekss ni lagi, iols sesumpah acik kiah's tekss gelabah 7/11
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 24-2-2021 03:34 PM
aku x lehla mark adam jd dj .. terganggu sgt dgn bm dia..
macam manala leh terpkir jadikan dia dj

Tula ngan lawak bodohnya. Eee rengsa sebab mark adam plak. Tak kelaka la dia. Rina n fizi pn terpaksa sgt gelak dgn lawak tak jd dia. Rina ok, sempoi je. Ok jgk ade deejay ppuan lain. Dr si zety yg asyik nk ngorat guest.
Iols syak shuib yg bg job kt mark adam sbb bff dia. Gph plg best ms ajak, fizi, shuk. Shuk kelako gak masa sketsa gph tu. And jd kak elo. Tp tula. Yoo badla buat hal. Skrg mcm best din n haziq plk. Din dulu xbest skrg br selesa kot.. Cam lawak2 plk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling menyampah fiza best fm. Takda point nak bebel.. asyik menyindir org curi tulanglah kerja,curi makan lah..  bila time covid.. ulang2 pasal covid pastu putar lagu. Senang hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.067603 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list