Tular sepotong video Tik.Tok seorang guru wanita yang menahan kesedihan selepas dimaki oleh seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa.
Menerusi video terbabit, guru berkenaan menceritakan keke.salan tentang akhlak pelajar kini yang berani memaki hamun guru ekoran tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan 10 minit sebelum tamat kertas ujian.
Dedahnya, pelajar lelaki terbabit dipercayai meninggikan suaranya dengan perkataan bahasa Inggeris ‘what the fck sht’ ekoran berang selepas dikejutkan ketika tertidur di dalam dewan peperiksaan sekitar waktu tengah hari.
Bagaimanapun, video Tik.Tok terbabit telah dipadamkan dari media sosial guru berkenaan selepas permohonan maaf dibuat dari pihak sekolah.
“Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar tadi.
“Anggap macam nilah, saya seorang guru dan seorang manusia saya ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi seorang guru dan ada juga yang cakap terima gaji itu.
“Tapi saya tak dibayar gaji untuk dimaki, saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang,” katanya yang sudah enam tahun berpengalaman bergelar guru disiplin.
Sepanjang tempoh bergelar guru, dia tidak pernah berdepan situasi berkenaan seperti yang berlaku ketika sedang mengawasi peperiksaan SPM baru-baru ini.
“Sepanjang bergelar guru disiplin, sekali pun saya tak pernah maki budak, pelajar sendiri datang dan mengaku salah mereka.
“Bila hari ini saya dimaki sedemikian jadi video sebelum ini pun saya turunkan. Tak ada manusia pun yang nak lahir untuk dimaki, direct into your face. Tak ada siapa pun suka perasaan dimaki.
“Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan. Tik.tok tempat penceritaan harian saya, minta maaflah kalau ada rasa tindakan saya tak betul.
“Tapi sebagai manusia, apa saya buat itu perasaan saya yang terkejut dan tertekan dan m.marah dimaki oleh pelajar 18 tahun sebegitu rupa.
Saya tidak dibayar gaji dan belajar empat tahun sebagai guru sebagai tiket untuk generasi sekarang untuk maki saya. Saya ada harga diri, saya ada maruah,” tambahnya.
Menerusi tinjauan di Twitter, masih ada sebilangan pengguna yang terkilan dengan tindakan pelajar terbabit dan bersi.mpati atas nasib yang menimpa guru berkenaan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-2-2021 06:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Skuau at 24-2-2021 06:15 PM
CiliPadiSedap replied at 24-2-2021 05:35 PM
relax lah gaji berjalan. orang lain niaga kena fuck pelanggan, kena reject pelanggan. or berkuli ken ...
x sama 'kes' laaa...... kes dia...ore bwh(pelajar maki ore atas(guru)......boss(pulok) ore atas maki kuli dia(ore bwh).pelanggan maki sb dia igt.(dia)..'customer always right'.
Post time 24-2-2021 06:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-2-2021 07:03 PM
vespa_oren replied at 24-2-2021 06:30 PM
cikgu sek mana dia ini, first time jga exam k
Aku dulu siap stoden ugut nak tumbuk muka la hapa bila aku tangkap nota dia meniru (tak fadan dah diberi peluang teruskan exam, choi). Sepanjang exam membebel. Ujung2 aku pi kat dia aku tepuk bahu dia pehtu cakap apa ba ko marah2 ni, rileks la. Tergaman dia pehtu tersenyum tersipu2 malu.
Budak2 klas blakang ni memang takda pangai manusia kengkadang.
Post time 24-2-2021 07:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seriously xfaham jenis meleis yg sikit sikit nk guna f word la s word la apa la esp bila berinterasi dgn org lebih tua, termasuk di media sosial. Kt ruangan komen memang dah terlalu biasa meleis begini komen maki sumpah seranah macam itu makanan ruji mereka.
Post time 24-2-2021 08:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
perkataan biase di dgr bila budak2 skrg berckp..babi bodoh bangang..kdg terpikir kalo sejenis yg mudah keluar perkataan mcm tu mesti kat umah pon keluar perkataan gitu sbb dh terbiase...