CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3449|Reply: 32

[Dunia] Rakyat Korea Utara ditahan di Korea Selatan selepas tertidur

  [Copy link]
Post time 24-2-2021 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-2-2021 06:27 AM

Rakyat Korea Utara ditahan di Korea Selatan selepas tertidur

Februari 24, 2021 @ 11:40am

Seorang rakyat Korea Utara yang melarikan diri dari negara itu ditahan tentera Korea Selatan ketika tertidur akibat keletihan selepas berjaya menyeberang sempadan. - Foto AFP



SEOUL: Seorang rakyat Korea Utara yang melarikan diri dari negara itu ditahan tentera Korea Selatan ketika tertidur akibat keletihan selepas berjaya menyeberang sempadan.

Lelaki 20-an itu dikatakan memakai sut penyelam untuk berenang selama enam jam, melepasi Zon Bebas Tentera, sebelum tiba di bandar Goseong, Korea Selatan.

Kejadian itu menyebabkan tentera dikritik kerana tidak dapat mengesan individu berkenaan meskipun imejnya dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), beberapa kali.

"Dia dipercayai berenang selama enam jam, memakai jaket tebal di dalam sut penyelam dipakainya dan menggunakan sirip kaki.


Ia menyebabkan lelaki itu mampu terapung di laut dan memberikannya kehangatan," kata jurucakap tentera kepada agensi berita Yonhap.
Lelaki itu bernasib baik kerana dibantu oleh arus laut.

Dia menanggalkan kelengkapan itu sebelum memasuki saliran air di bawah pagar kawat di kawasan pantai berkenaan.
Imejnya dirakam CCTV sebanyak lapan kali, sebelum penggera berbunyi sebanyak dua kali, tetapi pengawal sempadan Korea Selatan masih tidak dapat mengesannya.

Selepas gerakan mencari dilancarkan, pihak berkuasa menemui lelaki itu ketika dia tertidur di bawah sebuah pokok.
Ketika ditahan, lelaki itu mengaku melarikan diri dari Korea Utara.

Lebih 30,000 penduduk Korea Utara melarikan diri ke Korea Selatan dalam tempoh beberapa dekad lalu.
Bagaimanapun, angka itu menurun kepada hanya 229 orang pada tahun lalu selepas Pyongyang memperketat kawalan sempadan bagi mengekang penularan COVID-19. - AFP








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 10:16 PM | Show all posts
Dorg xsuka duduk sana ke? Klu kena tgkap tu kena hukum bunuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:24 PM | Show all posts
sama bangsa

siapa ada sedara mara across the border tapi sebab lama terpisah cuma saudara jauh yang tersisa



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2021 10:26 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-2-2021 06:29 AM

Baguslah Akhirnya dia selamat dan tidak akan di hantar pulang ke NK kerana akan dikenkan hukuman mati.

Beberapa tahun lepas saya ada tengok satu documentary mengenai beberapa warga NK yang melarikan diri menggunakan Jalan darat dan merentas sungai dan hutan Belentara untuk melarikan diri bertujuan ke American ambassy di Bangkok. Cuba bayangkan dari NK ke bangkok mostly berjalan kaki menggunakan jalan darat,hutan dan sungai!

Sewaktu mereka melarikan diri ada beberapa orang telah ditangkap termasuk juga wanita mengandung  oleh tentera NK dan mereka di hukum bunuh.
Kos mereka melarikan diri ditanggung oleh keluarga mereka yang telah berjaya melarikan diri dari NK dan sudah menjadi warganegara amerika syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la
Kuat betul semangat dia sampai boleh swimming 6 jam
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kira macam sama dgn rohingya yg melarikan diri dari tempat asal (cox bazar) dan kos ditanggung oleh saudara mara di Selayang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2021 11:03 PM | Show all posts
indonesia lagi senang masuk malaysia..takyah suit bagai.. pakai bot laju je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:07 PM | Show all posts
kat sana takda guna mak esah ke kot2 la boleh jadi halimunan ke kan kesian diorang tak boleh menikmati cara hidup yang sebenar macam orang non-NK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kd eh kalau kena tangkap dengan south korea? Wajib anta balik north ke? Kesian diaorg. Diaorg pun nak hidup normal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 10:56 AM | Show all posts
lurve82 replied at 24-2-2021 06:16 AM
Dorg xsuka duduk sana ke? Klu kena tgkap tu kena hukum bunuh ke?

Jikalau tertangkap akan dihukum bunuh dengan cara ditembak. Jika ditangkap oleh pihak berkuasa SK mereka tidak akan di hantar pulang ke NK dan jika ditangkap oleh pihak berkuasa China mereka akan di hantar pulang semula ke NK.


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-2-2021 10:56 AM
Jikalau tertangkap akan dihukum bunuh dengan cara ditembak. Jika ditangkap oleh pihak berkuasa SK  ...

Sadisnya...dimomokkan NK tu ok dlm tv dorg...tp rupanya ramai yg nak cabut...propaganda tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-2-2021 10:56 AM
Jikalau tertangkap akan dihukum bunuh dengan cara ditembak. Jika ditangkap oleh pihak berkuasa SK  ...

SK buat apa dengan NK tu nanti? Atau akan suruh NK keluar pergi negara mana mana. Kira macam SK cuma benarkan SK jadi tempat transit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:34 PM | Show all posts
Punat_button replied at 24-2-2021 10:24 PM
sama bangsa

siapa ada sedara mara across the border tapi sebab lama terpisah cuma saudara jauh ya ...

ada. @trisnalovezul
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 25-2-2021 12:24 PM
SK buat apa dengan NK tu nanti? Atau akan suruh NK keluar pergi negara mana mana. Kira macam SK cu ...

South Korea tu tempat transit je Kan...kalau SK simpan harus hubungan jd makin tegang
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 25-2-2021 12:24 PM
SK buat apa dengan NK tu nanti? Atau akan suruh NK keluar pergi negara mana mana. Kira macam SK cu ...

Nanti South Korea akan hantar pelarian dari north Korea pergi some sort of kursus. Belajar cara hidup di South Korea. Kemudian diorang asimilasi lah dgn masyarakat. Tapi kalau ikutkan, org South Korea kata boleh tau kalau mai dari North. Ramai yg tak boleh sesuai kan diri dan bunuh diri.

Aku pernah tengok dokumentari diorang lari dari north cross ke China. Diorang shar3 land border. Sampai kat China kena menyorok, kalau tak kena hantar balik sebab China fren2 dgn north Korea ni. Kalau kena hantar balik, Innalillahiwainnalillahirajiun la kena tembak.

Dari China cross ke Vietnam pastu Thailand pastu baru ambik flight ke Korea selatan. Punyalah jauh. Nak cross border Vietnam China tu turun naik gunung. Ada yg mati.. kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:54 PM | Show all posts
iols pernah tgengok dokumentari org yang lari dari korea utara. ada yang lari seberang sungai pergi ke china. tapi kalau ke china ni risiko dihantar pulang tu ada sebab china geng korea utara. ada juga yang lari cross hutan. lalu kawad elektrik, lupa dah mcm mana dia lepas. tapi kawan dia mati kena tembak.
tp yg paling kesian family kpd org yang lari tu lah. sbb kalau ada family members yang lari, ahli keluarga yang masih stay di korea utara yang akan kena hukuman. sorang mamat yang berjaya lari tu bila reporter tanya pasal family dia, dia tak nak jawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 25-2-2021 12:38 PM
South Korea tu tempat transit je Kan...kalau SK simpan harus hubungan jd makin tegang

Tapi sekarang pun love hate relationship juga kan NK SK, don't think SK bother much NK nak marah pun. In a way boleh show off juga SK is better than NK.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 01:21 PM | Show all posts
Agak2 bila NK kan berubah yer..tggu kalah perang ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-2-2021 12:44 PM
Nanti South Korea akan hantar pelarian dari north Korea pergi some sort of kursus. Belajar cara hi ...

Oh. Jadi SK terima la. Ingat bagi jadi transit je.
Kes mati otw ke tempat tujuan ni, semua pelarian pun macam tu. Regardless dari country mana pun. Harga sebuah kebebasan.

Ada link documentary tu tak? Or keywords. Boleh Google.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kiranya SK ni syumul dari Msia ke ni boleh terima pendatang. Sebaik SK ni jauh, klu dekat rmai dh serbu, buat Msia ni transit je. tp ak nk tekankan perangai org NK tu bg ak xde la hazabedah sgt, jenis malu2, lgpun SK ngan NK tu pnh jd satu negara Joseon, so rumpun mmg sama cuma terpisah tahun 50an. yg kt sini, bkn serumpun dh, dulu2 org xtau kot apa tu rakhine. sampai sini amboi jenis paksa2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063235 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list