CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 2

[Tempatan] Isteri sakit, anak dicabul

  [Copy link]
Post time 24-2-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Isteri sakit, anak dicabul

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sakit-anak-dicabul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 9:07 PM

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Penderitaan dua beradik yang menjadi mangsa cabul bapa kandung mereka sejak lima tahun lalu di Kedah berakhir apabila suspek ditahan polis, Ahad lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek berusia 51 tahun itu melakukan perbuatan itu sejak lima tahun lalu ketika anaknya masingt-masing baru berusia 12 dan 14 tahun.

Menurutnya, suspek akan mencabul dua anak perempuannya itu di rumah mereka ketika mangsa tidur.

"Mangsa bimbang untuk memberitahu ibu dan ahli keluarga lain kerana ketika itu ibunya sakit kanser sebelum meninggal dunia tahun lalu.

"Kejadian terbaru berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kakak yang sudah berusia 19 tahun tidak tahan dengan perbuatan bapanya tampil membuat laporan polis.

"Susulan laporan polis yang diterima polis kemudian menahan suspek bagi membantu siasatan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Siti Kamsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la bagi hukuman kasi kt para perogol/pencabul ni...biar keturunan dorg tak membiak kt msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:43 AM | Show all posts
Ni bapak kandung yg patut dipotong @#$&*  nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.075325 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list