CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 4

Apa Beza Terma ‘Expiry Date’, ‘Use Before’ Dan ‘Best Before’ Pada Label Makanan?

[Copy link]
Post time 26-2-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Setiap produk makanan yang melibatkan makanan pasti mempunyai label yang menyatakan tempoh makanan berkenaan sesuai digunakan.








Tetapi jika anda perasan, terdapat 3 jenis terma berbeza yang sering digunakan oleh pengeluar makanan, iaitu ‘Expire Date’, ‘Use Before/Use By’ dan juga ‘Best Before’.


Apa beza ketiga-tiga terma ini pada makanan?



#1 Expiry Date






Ia merujuk pada tarikh luput makanan iaitu tarikh akhir produk makanan itu boleh digunakan. Bermaksud, jika melangkaui tarikh tersebut, produk makanan itu tidak lagi boleh digunakan.


Ia biasanya digunakan pada produk makanan berbentuk cecair mahupun jenis susu formula.


#2 Use Before/Use By






Terma ‘guna sebelum’ ini membawa erti produk tersebut hanya boleh di makan sehingga tarikh dinyatakan. Jika melebihi tarikh tersebut, makanan berisiko rosak dan tidak lagi selamat untuk digunakan. Produk yang mempunyai label ini boleh dimakan atau dibeku sehingga tarikh yang tertera sahaja.


Antaranya ialah produk sejuk beku seperti daging, ikan dan salad.


#3 Best Before


Gambar hiasan




Terma ‘baik sebelum’ ini adalah melibatkan soal kualiti. Jika produk ‘use before’ tidak lagi boleh dimakan melebihi tarikh dicetak, produk ‘best before’ ini pula hanya merujuk pada kualiti terbaik produk tersebut. Bererti, makanan yang melebihi tarikh ‘best before’ adalah masih selamat untuk dimakan.


Makanan yang menggunakan label ini adalah seperti makanan kering, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku.




Sumber: Era.je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak pening2. Sama je bendanya 3-3 ni. Da smpi ms jgn buat psl, buang je makanan tu. Kdg2 nak save rm10 kesudahnya abes beribu bila da msk hospital. X berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 03:13 PM | Show all posts
Kesimpulan..jgn mkn kalau dh sampai Tarikh luput..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2, label tu cuma formaliti utk quality control/quality assurance.. some of canned/bottled food yg masih bervakum, elok je tak tercemar walau bertahun tersimpan.

Penah tgk satu video YouTube mamat ni dok makan ration tentera yg dah berpuluh tahun. Ada yg cecah 60 tahun..ada yg baru beberapa tahun.

Nk selamat, use before je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah smua sama je bg aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080503 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list