CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1130|Reply: 1

Upacara Perkahwinan Bukan Islam Dibenar Di Kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN

[Copy link]
Post time 26-2-2021 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Upacara perkahwinan bukan Islam kini dibenarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa hari ini.


JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.




Gambar hiasan



“Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagaimanapun, upacara perkahwinan di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) adalah masih tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.


JPN memaklumkan pihaknya telah mengemas kini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.


Antara SOP yang ditambah baik ialah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftaran perkahwinan iaitu maksimum 10 orang termasuk pendaftar bagi pendaftaran perkahwinan sivil untuk upacara di JPN dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP.


Bagi kapasiti kehadiran untuk upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam oleh Penolong Pendaftaran Perkahwinan (PPP), maksimum 10 orang bagi kawasan PKP, maksimum 20 orang bagi PKPB dan maksimum 30 orang bagi PKPP.

“Bagaimanapun, SOP ini adalah tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam,” menurut kenyataan itu.


JPN turut memaklumkan tiada majlis sosial dibenarkan semasa upacara pendaftaran berlangsung manakala majlis sosial di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam adalah tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara.


Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SOP kebenaran upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam boleh dilayari menerusi laman sesawang MKN (www.mkn.gov.my) atau JPN (www.jpn.gov.my).




Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya kawasan Kuning ke kawasan Kuning ke kawasan Hijau dah dibolehkan.......mak kau hijau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062555 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list