CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 0

Dua Ekor Anjing Hilang, Lady Gaga Tawar RM2 Juta

[Copy link]
Post time 26-2-2021 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua ekor anjing baka French Bulldog yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembak dan rompak di Hollywood, Rabu lalu.


CNN melaporkan, penjaga dua ekor anjing kesayangan penyanyi lagu Shallow itu ditembak menggunakan pistol separuh automatik, dalam kejadian rompakan, kira-kira 10 malam.


Memetik sumber rapat kepada penyanyi itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta kepada sesiapa yang memiliki Koji dan Gustav, tanpa disoal siasat.




Kredit foto: IG





Individu yang memiliki dua ekor anjing peliharaan penyanyi Shallow itu boleh menghantar maklumat kepada e-mel KojiandGustav@gmail.com, lapor CNN.


Dilaporkan, ketika kejadian, penjaga anjing dikenali sebagai Ryan Fischer sedang bersiap-siap membawa haiwan kesayangan Lady Gaga bersiar-siar di kediamannya di Sierra Bonita Avenue, sebelum diserang.


Perompak itu kemudian melarikan dua ekor anjing terbabit sebelum meninggalkan lokasi menggunakan kereta jenis Sedan berwarna putih, lapor agensi.


Fischer dilaporkan dirawat di hospital dan keadaannya stabil.


Difahamkan, ketika kejadian, Lady Gaga berada di Itali. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075412 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list