Peluang memilih 5 menteri yang anda sangat berpuas hati dengan prestasi kerja mereka !
Sinar Harian, Sin Chew Daily lancar tinjauan ‘Setahun Pentadbiran PN’
MUKHRIZ MAT HUSIN | | 26 Februari 2021
Kaji selidik ‘Setahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN)’ untuk mendapatkan pandangan masyarakat terhadap prestasi keseluruhan pemerintahan PN.
SHAH ALAM - Sinar Harian dan akhbar bahasa Mandarin, Sin Chew Daily bersama-sama melancarkan tinjauan kaji selidik yang bertajuk ‘Setahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN)’ yang bermula hari ini.
Objektif kajian bertujuan mendapatkan pandangan masyarakat terhadap prestasi keseluruhan pemerintahan PN terutama dalam tiga aspek iaitu pandemik Covid-19, ekonomi dan pendidikan.
Terdapat lima kategori yang merangkumi kajian berkenaan iaitu prestasi umum, prestasi dalam menangani wabak pandemik, pencapaian dalam pemulihan ekonomi, pencapaian pendidikan serta langkah pada masa depan.
Tinjauan berkenaan akan berlangsung selama seminggu secara dalam talian melalui pautan ini https://qrgo.page.link/Ww13N
Post time 26-2-2021 04:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ini semua salah kerajaan abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta bersinar lagi permai, tak pernah lagi kita ada PM yang prihatin lagi berpenjana serta bersinar lagi permai sepertimana abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta bersinar lagi permai
Post time 26-2-2021 05:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
My - geng peruntusan
Tz - kuat joging
Kj - kaki cycling
Rina - geng potong perut
Adham - air suam
Mail - kuat saman netizen
Hadi bwg - tukang petik dalil
Titm - ikon pencemaran air
H2o - kaki vape
Radzi - buka tutup skolah
Hamzah - krik krik