CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 9

[Tempatan] Ejen insurans kena TIPU RM252,074 dengan 25x transaksi

[Copy link]
Post time 26-2-2021 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Ejen insurans rugi RM250,000 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud
Malinda Abdul Malik -
26 February 2021


KEPALA BATAS – Duit simpanan seorang ejen insurans lesap selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud baru-baru ini.

Sebahagian daripada berjumlah RM252,074 yang ditipu itu turut dipinjam daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.

Difahamkan, mangsa berusia 50-an itu membuat pinjaman untuk mengubah suai rumahnya termasuk perbelanjaan diri sendiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati mangsa menerima iklan pinjaman menggunakan nama sebuah bank menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mengisi butiran nombor telefonnya.

Jelas beliau, selepas itu mangsa menerima mesej daripada kakitangan syarikat pinjaman yang bersetuju untuk memberikan pinjaman peribadi.

“Mangsa diarahkan membuat pelbagai bayaran termasuk bayaran insurans sebagai wang proses permohonan pinjaman itu.

“Menggunakan alasan pinjaman telah diluluskan suspek meminta mangsa membuat 25 transaksi pindahan wang berjumlah RM252,074.

“Syak sesuatu tidak kena memandangkan banyak wang sudah diberikan mangsa menelefon pihak pinjaman berkenaan dan meminta pulangkan wangnya pada 22 Februari lalu namun gagal sebelum tampil membuat laporan semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan termasuk mendapatkan maklumat pemilik akaun bank yang digunakan ketika melakukan transaksi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan sama, Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket yang menawarkan pinjaman dengan cara meminta wang pendahuluan untuk meluluskan pinjaman.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang pinjaman menerusi iklan yang disiarkan di laman sesawang bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” ujar Noorzainy. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah buat ejen insurans
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 26-2-2021 04:37 PM
Selayaknya lah buat ejen insurans

Sama la kita....baru nak tulis....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya ejen insurans ni yang scam orang, tapi kalini terbalik....

Dah la haritu kena wasap2 tanya,

awak ni scammer ke?

Iols tanya balik, awak ni sape? Bila masa pulak saya jadi scammer..

rhopernya lepastu dia reply dia sangsi sikit orang tak jawab call ni, selalunya scammer. So Dia call la iols, iols jawab jugak la, taktau lah kenapa aku jawab jugak call dia, bukan number business pun. Tup tup dia cerita details insurans dan promot insurans... Cilakak.  

Hanjs sungguh modus operandi deorang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-2-2021 04:43 PM
Selalunya ejen insurans ni yang scam orang, tapi kalini terbalik....

Dah la haritu kena wasap2 ta ...

jerat deyols nak pancing potential customer angkat call menjadik
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:55 PM | Show all posts
hehehe.. takde orang simpati nampaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 26-2-2021 04:54 PM
jerat deyols nak pancing potential customer angkat call menjadik

Ya memang menjadi sangat taktik baru deorang ni, hanjsss punya agen. Buang masa iols je dengar sampai sakit telinga sebab fon lama sangat dekat telinga, hampir 30 minit dia duk pung pang. Since then iols tak layan dah mesej2 tanya... awak ni scammer ke? Awak ada order benda ni ke? Awak ada check benda ni dekat website ni ke? Ujung2 kita kena scam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lahhhh..buku bertemu ruas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2021 05:18 PM | Show all posts
mangsa seterusnya geng2 MLM, produk timbang kilo
so buku bertemu ruas
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-2-2021 04:43 PM
Selalunya ejen insurans ni yang scam orang, tapi kalini terbalik....

Dah la haritu kena wasap2 ta ...


Aku...kalo ore selalu 'kacau' camni....kalo dia/jurujual tu Melayu..kebetulan kat tmpt kerja....aku srh kwn bdk India ckp tamil ngn dia.....#geram.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.387452 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list