CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1114|Reply: 3

[Tempatan] Projek lebuh raya kontroversi, PJD Link diteruskan walaupun bantahan hebat pendu

[Copy link]
Post time 26-2-2021 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?
MalaysiaNow
Feb 26, 2021 5:06 PM

MalaysiaNow difahamkan, projek lebuh raya kontroversi yang dilihat sebagai menggembalikan semula projek lama yang dibatalkan disebabkan bantahan penduduk di Petaling Jaya dikatakan sudah siap untuk bermula.

Difahamkan, Lembaga Lebuhraya Malaysia akan mengadakan mesyuarat selama dua hari minggu depan bagi membincangkan cadangan penswastaan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), lebuh raya sepanjang 34 km yang dilihat sebagai perubahan kecil projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan pada tahun 2015 disebabkan bantahan hebat daripada penduduk.

Bantahan semakin meningkat dalam kerajaan negeri Selangor supaya menghentikan pembinaan lebuh raya itu, walaupun Menteri Besar Amirudin Shari dilihat menyokong projek itu.

PJD Link merupakan lebuh raya empat lorong bermula selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya Sprint dan berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Ia menghubungkan Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar Petaling Jaya, Taman Dato Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil Technology Park.

Pengkritik mengatakan, laluannya hampir sama dengan projek Kidex yang dibatalkan Mohamed Azmin Ali pada Februari 2015, lebih kurang lima bulan selepas menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Kidex dicadangkan menjadi lebuh raya sepanjang 26km, bermula dari tol NKVE dan berakhir di Sekyen 2 Bandar Kinrara.

Kerajaan negeri berkata pada ketika itu, Kidex akan menyebabkan tanah dan hartanah diambil alih untuk projek lebuh raya itu, bercanggah dengan draft rancangan tempatan Petaling Jaya.

Pengkritik mempersoalkan mengapa PJD Link dimasukkan sebagai sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

“Kerajaan negeri sudah mempermain-mainkan rakyat.

“Banyak kajian menunjukkan lebuh raya itu tidak mempunyai tujuan, disebabkan laluan Kinrara/Bukit Jalil ke One Utama, tidak terdapat keperluan untuk melintasi 35km ini, dengan kos yang perlu dibayar untuk projek lebuh raya itu,” kata petisyen membantah projek itu di Change.org.

Katanya, semasa projek Kidex dahulu, 3,700 rumah akan terjejas.

“Mengapa ahli majlis, ahli politik berdiam diri tentang isu ini?” soal petisyen itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 06:23 PM | Show all posts
menteri kerjaraya sebok kacau kementrian lain.
kerja sendiri takbuat.

patutnya tumpu pada masalah lebuhraya.
heol sebok nak tabur dana unibesiti kominis.

bila gomen nak beli vaksin,
heol sebok bagi projek vaksin kat kilang tiang lampu jalan.

tu la pasalnya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke mana2 kerajaan yg nk buat lebuhraya KL - kelantan guna exit baru? Byk sgt kelebihan kalau ada  . Dari buat menara tggi2 tu baik la buat lebuhraya. Dah la projek ECRL dah kena hijack tiba2 lalu N9
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2021 06:54 PM | Show all posts
zaman kerajaan 22 bulan
asal ada PRN
ada je laluan melencong
mujur dh tumbang
sempat la gantung tanglung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055808 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list