CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12779|Reply: 170

[Tempatan] PETRONAS rugi bersih RM21 bilion pada 2020

  [Copy link]
Post time 26-2-2021 06:57 PM | Show all posts |Read mode
PETRONAS rugi bersih RM21 bilion pada 2020
    myMetrobisnes
Mahanum Abdul Aziz

Kuala Lumpur: PETRONAS mencatatkan kerugian bersih RM21 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding untung bersih RM40.5 bilion tahun sebelumnya.

Namun, jika tidak mengambil kira rosot nilai, syarikat minyak dan gas nasional itu mencatatkan untung bersih RM10.5 bilion bagi tahun kewangan 2020, berkurangan 78 peratus berbanding RM48.8 bilion tahun sebelumnya.

Ia juga mencatatkan pendapatan yang rendah berjumlah RM178.7 bilion berbanding RM240.3 bilion tahun sebelumnya dengan sebahagian besarnya berikutan kesan penurunan mendadak harga minyak mentah, yang mana memperlihatkan harga realisasi yang lebih rendah untuk semua produk.

Ia ditambah lagi dengan gangguan permintaan yang menyebabkan jumlah penjualan yang lebih rendah daripada gas diproses, produk petroleum dan gas asli cecair (LNG).

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2020, PETRONAS mencatatkan untung bersih sebelum rosot nilai RM200 juta berbanding RM9.4 bilion dalam suku sama tahun sebelumnya berikutan pendapatan yang rendah dan perbelanjaan bersih lain yang tinggi.

Pada suku itu, rosot nilai terhadap aset berjumlah RM1.3 bilion, sekali gus menjadikan kerugian bersih RM1.1 bilion berbanding keuntungan bersih RM4.1 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

Menjelaskan perkara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik berkata, tahun 2020 terbukti menjadi tahun yang luar biasa dengan impak pandemik Covid-19 dan kegagalan pakatan anggota OPEC dan sekutunya untuk membuat kesimpulan tepat mengenai kesepakatan pengeluaran minyak dan ketidakseimbangan pasaran tenaga.

Perkara itu berterusan memberi kesan besar kepada tenaga global permintaan dan harga minyak.

Tengku Taufik berkata, walaupun menghadapi persekitaran mencabar itu, syarikat minyak dan gas nasional itu bertindak pantas dengan melaksanakan usaha pengurangan risiko untuk ia terus kekal berdaya tahan.

Katanya, PETRONAS kekal fokus terhadap kecekapan operasi, kecemerlangan komersial dan disiplin fiskal merentasi kesemua rantaian nilainya.

"PETRONAS sudah berdepan tempoh paling mencabar dalam sejarah kumpulan. Menuju ke depan, kami menjangkakan industri minyak dan gas masih akan dipengaruhi oleh ketidakpastian dan kami akan terus kekal berhati-hati," katanya pada sidang media secara maya mengumumkan keputusan kewangan suku keempat dan keseluruhan tahun kewangan 2020, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Liza Mustapha.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 6:19 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 08:26 PM | Show all posts
Petronas New Energy senyap je.. patut Petronas dah boleh lead market Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 negeri yg sibuk nak claim duit petronas sampai ada nk keluar, apa kata share sikit duit rugi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time kan petronas rugi

jahanam ekonomi negara bwh ph & pn

camna nak bayar dividend utk mof?

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi2 pun mampu bayar dividend 18 bilion utk peruntukan belanjawan negara katanya

janji blh sembang kencang

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 10:19 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 26-2-2021 09:13 PM
1st time kan petronas rugi

jahanam ekonomi negara bwh ph & pn

baru je nak terlepas dari bayar ufti kat 'akaun rahsia tak beraudit' lepas
pemilik akaun tersungkur pru14...
...tetiba pengkhianat bg nyawa pd pemilik buku akaun tu semula.
mmg rugi berpanjangan je la


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 26-2-2021 09:13 PM
1st time kan petronas rugi

jahanam ekonomi negara bwh ph & pn


first time rugi..maknanya zaman bn/ph petronas untunglah..zaman PN ni je yg melingkup..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 26-2-2021 09:13 PM
1st time kan petronas rugi

jahanam ekonomi negara bwh ph & pn

Termasuk dividen dah tu... hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 11:48 PM | Show all posts
tripleid replied at 26-2-2021 11:07 PM
first time rugi..maknanya zaman bn/ph petronas untunglah..zaman PN ni je yg melingkup..


PH beruntung sebab baru ambialih dan BN yg meninggalkan banyak harta dan aset milik Petronas.

Duit Petronas bayar tuntutan palsu GST?
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | | 02 Februari 2019

A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kerajaan adakah wang sebanyak RM19.2 bilion daripada RM82 bilion yang dijarahkan dari Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan terus digunakan untuk membayar tututan GST yang didakwa dirompak BN sebelum ini.

Katanya, ini kerana selepas enam bulan laporan polis dibuat bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkenaan dakwaan itu, kerajaan PH masih belum memaklumkan hasil siasatan berkenaan.


“Sudah masuh enam bulan, kerajaan PH masih belum maklumkan hasil siasatan polis tentang ‘rompakan’ yang sangat berat ini walaupun semua rekod-rekod ada di dalam tangan mereka.

“Walau bagaimanapun, laporan Audit Negara untuk isu ini yang dikeluarkan pada awal bulan Disember jelas menunjukkan bahagian besar tuntutan GST masih di dalam siasatan atau semakan,” katanya di Facebooknya, hari ini.


Beliau berkata, Laporan Audit sebelum ini menunjukkan bahawa ada tuntutan bayaran balik, yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan menipu kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

Merujuk kes seorang peniaga dari Ipoh didakwa di mahkamah kerana cuba menipu tuntutan GST sebanyak RM22 juta dari kerajaan bulan lepas, Najib berkata, terdapat banyak lagi kes seperti itu di mana puluhan juta ringgit wang kerajaan cuba ditipu oleh peniaga-peniaga melalui tuntutan GST yang palsu.

“Baru-baru ini, kita diberitahu bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan mengambil duit Petronas sebanyak RM82 bilion di mana sebahagian besar akan digunakan untuk membayar balik wang GST RM19.2 bilion dalam tahun ini walaupun kebanyakkan tuntutan-tuntutan ini masih dalam siasatan, dalam semakan atau memang tidak patut dibayar.

“Jika Guan Eng masih teruskan rancangannya untuk membayar balik tuntutan GST sebanyak RM19.2 bilion tanpa menyelesaikan semakan atau siasatan, maka PH telah merompak RM19.2 bilion dari Petronas untuk membayar peniaga-peniaga yang cuba menipu kerajaan,” katanya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -tuntutan-palsu-GST
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 26-2-2021 11:48 PM
PH beruntung sebab baru ambialih dan BN yg meninggalkan banyak harta dan aset milik Petronas.

...

Ambik duit petronas 80bilion pun duit tu masuk poket rakyat.. bukanya masuk poket menteri2 umngok bossku 1mdubo
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:08 AM | Show all posts
tripleid replied at 26-2-2021 11:52 PM
Ambik duit petronas 80bilion pun duit tu masuk poket rakyat.. bukanya masuk poket menteri2 umngok  ...



kalau masuk poket rakyat sepatutnya lebih byk bantuan rakyat dapat bukan semakin kurang nilai Bantuan SaraHidup Rakyat, bukan semakin kurang malah ada yg dimansuhkan bantuan kepada rakyat.

yg nampak macam byk masuk poket2 kroni....sykt2 yg tuntut GST entah betul atau tidak tuntutannya...
rm80billion jarah duit Petronas tapi rakyat disuruh ikat perut....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 27-2-2021 12:08 AM
kalau masuk poket rakyat sepatutnya lebih byk bantuan rakyat dapat bukan semakin kurang nilai  ...

Bodohnyaa..80 bilion tu buat cover duit gst tu lah,kalo x harga barang akn lg mahal

Kalo kena songlap pi lah dakwa menteri yg terlibat.ada beran ke?



Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:41 AM | Show all posts
tripleid replied at 27-2-2021 12:19 AM
Bodohnyaa..80 bilion tu buat cover duit gst tu lah,kalo x harga barang akn lg mahal

Kalo kena s ...



rakyat ingat bila mansuhkan GST barang jadi murah...rupa2nya...

Kerajaan hilang pendapatan dari cukai GST, duit Petronas dijarah, bantuan rakyat semakin berkurang...nasib rakyat memilih PH jadi kerajaan,
ingatkan lagi baik....


Rakyat mengeluh harga barang naik kerana SST[size=0.8]
Oleh Syalikha Sazili - September 2, 2018 @ 4:55pmsyalikha@nstp.com.my


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




TINJAUAN makanan laut diproses yang dikenakan cukai SST 5 peratus di Pasar Chow Kit. - Foto Nurul Shafina Jemenon




KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa barang asas dan keperluan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat setempat.
Tinjauan NSTP bagi mendapatkan respon orang ramai mendapati, walaupun SST baru diperkenalkan semalam, pengguna dilihat sudah mula mengeluh dengan kenaikan harga barang apatah lagi bagi mereka yang tidak peka dengan senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai.






Berdasarkan barang yang disenaraikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), makanan laut yang diproses adalah antara yang dikenakan cukai.
Antaranya ikan kering, ikan masin bulu ayam, ikan pekasam, ikan tamban, udang geragau dan udang kering.
  • Bagi suri rumah, Riri Nelvia, 31, beliau berpendapat adalah tidak wajar untuk barangan kering seperti itu dikenakan cukai kerana ia adalah barang asas.





Katanya, selepas beberapa insentif rakyat ditarik balik oleh kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), beliau berharap kerajaan lebih bertimbang rasa dengan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.


“Saya rasa sangat tidak wajar bagi ikan kering untuk dikenakan cukai. Bukankah lebih baik barang yang lebih besar dikenakan cukai seperti barang elektrik dan sebagainya.
“Peniaga juga mengambil kesempatan dengan pelaksanaan SST ini, bagi sesetengah barang saya lihat ia beberapa kali dinaikkan dan diturunkan harga. Mereka bagi alasan SST sedangkan tidak semua barang dikenakan cukai,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Perbezaan ketara terhadap harga ikan kering tenggiri dikenal pasti oleh seorang pemandu, Zaidi Soaid, 46, yang terkejut dengan harga baharu selepas SST.
“Kebiasaannya, harga asal bagi sekilo ikan kering tenggiri antara RM13 hingga RM14 saja, tetapi kini saya lihat harganya RM55 sekilo. Saya cukup terkejut.
“Rakyat tersepit dalam keadaan sebegini. Saya tidak pasti sama ada harga itu dikenakan kerana cukai SST atau peniaga yang mengambil kesempatan dalam situasi ini,” katanya.
Bagi seorang peniaga pula, Mazilah Mat Saad, 44, beliau turut menerima kesan terhadap kenaikan harga barang.
“Kita cuba positif dengan pentadbiran kerajaan baru, tetapi rasanya ‘keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya’.
“Jika dulu beban dengan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kini dengan SST pula, kami rakyat tersepit. Banyak lagi barang yang dinaikkan harga oleh pembekal.
“Selain itu kami berharap senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai itu dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya.
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata ketika ini senarai lengkap barangan yang dikenakan SST sudah dimuat naik di laman sesawang JKDM.
Bagaimanapun katanya senarai barangan itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada semua pihak.
Sementara itu, peniaga di pasar Chow Kit, Chong Yong Bock, 60, berkata sehingga kini barangan basah di pasar itu tidak terkesan dengan pelaksanaan SST.
“Harga barang di sini masih terkawal, tiada sebarang aduan dari pelanggan mahupun kenaikan harga dari pembekal.
“Saya harap barang kecil seperti keperluan asas tidak dikenakan cukai, supaya semua pihak di setiap peringkat tidak terbeban,” katanya.







Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:44 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 27-2-2021 12:45 AM
tripleid replied at 27-2-2021 12:19 AM
Bodohnyaa..80 bilion tu buat cover duit gst tu lah,kalo x harga barang akn lg mahal

Kalo kena s ...


rakyat ingat bila dimansuhkan GST, harga barangan semakin murah, rupa2nya...

Kerajaan hilang pendapatan dari hasil GST, duit Petronas dijarah, bantuan kepada rakyat semakin kurang...
dah nasib rakyat terpilih PH jadi kerajaan....



Rakyat mengeluh harga barang naik kerana SST
Oleh Syalikha Sazili - September 2, 2018 @ 4:55pmsyalikha@nstp.com.my

rl=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]


TINJAUAN makanan laut diproses yang dikenakan cukai SST 5 peratus di Pasar Chow Kit. - Foto Nurul Shafina Jemenon




KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa barang asas dan keperluan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat setempat.
Tinjauan NSTP bagi mendapatkan respon orang ramai mendapati, walaupun SST baru diperkenalkan semalam, pengguna dilihat sudah mula mengeluh dengan kenaikan harga barang apatah lagi bagi mereka yang tidak peka dengan senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai.






Berdasarkan barang yang disenaraikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), makanan laut yang diproses adalah antara yang dikenakan cukai.
Antaranya ikan kering, ikan masin bulu ayam, ikan pekasam, ikan tamban, udang geragau dan udang kering.
  • Bagi suri rumah, Riri Nelvia, 31, beliau berpendapat adalah tidak wajar untuk barangan kering seperti itu dikenakan cukai kerana ia adalah barang asas.





Katanya, selepas beberapa insentif rakyat ditarik balik oleh kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), beliau berharap kerajaan lebih bertimbang rasa dengan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.


“Saya rasa sangat tidak wajar bagi ikan kering untuk dikenakan cukai. Bukankah lebih baik barang yang lebih besar dikenakan cukai seperti barang elektrik dan sebagainya.
“Peniaga juga mengambil kesempatan dengan pelaksanaan SST ini, bagi sesetengah barang saya lihat ia beberapa kali dinaikkan dan diturunkan harga. Mereka bagi alasan SST sedangkan tidak semua barang dikenakan cukai,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Perbezaan ketara terhadap harga ikan kering tenggiri dikenal pasti oleh seorang pemandu, Zaidi Soaid, 46, yang terkejut dengan harga baharu selepas SST.
“Kebiasaannya, harga asal bagi sekilo ikan kering tenggiri antara RM13 hingga RM14 saja, tetapi kini saya lihat harganya RM55 sekilo. Saya cukup terkejut.
“Rakyat tersepit dalam keadaan sebegini. Saya tidak pasti sama ada harga itu dikenakan kerana cukai SST atau peniaga yang mengambil kesempatan dalam situasi ini,” katanya.
Bagi seorang peniaga pula, Mazilah Mat Saad, 44, beliau turut menerima kesan terhadap kenaikan harga barang.
“Kita cuba positif dengan pentadbiran kerajaan baru, tetapi rasanya ‘keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya’.
“Jika dulu beban dengan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kini dengan SST pula, kami rakyat tersepit. Banyak lagi barang yang dinaikkan harga oleh pembekal.
“Selain itu kami berharap senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai itu dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya.
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata ketika ini senarai lengkap barangan yang dikenakan SST sudah dimuat naik di laman sesawang JKDM.
Bagaimanapun katanya senarai barangan itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada semua pihak.
Sementara itu, peniaga di pasar Chow Kit, Chong Yong Bock, 60, berkata sehingga kini barangan basah di pasar itu tidak terkesan dengan pelaksanaan SST.
“Harga barang di sini masih terkawal, tiada sebarang aduan dari pelanggan mahupun kenaikan harga dari pembekal.
“Saya harap barang kecil seperti keperluan asas tidak dikenakan cukai, supaya semua pihak di setiap peringkat tidak terbeban,” katanya.







Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:54 AM | Show all posts
Banyak sangat jumlah kerugian tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 27-2-2021 02:16 PM
rashiman replied at 27-2-2021 12:44 AM
rakyat ingat bila dimansuhkan GST, harga barangan semakin murah, rupa2nya...

Kerajaan hi ...

hasil survey paper x laku NSTP pro-umno tu yg ko pecaya?no wonderlah ko lbh percayakan tulisan dlm fb ketua perompak negara drp official statement drpd menteri kewangan sendiri..Duit petronas 80bilion tu sah2 la utk pembangunan negara bukanya kena songlap masuk akaun menteri mcm zaman umngok..

Terpaksa guna duit Petronas untuk bayaran balik GST - Guan Eng

Najib Aroff

Disember 7, 201812:42 MYT

Guan Eng turut menyelar kenyataan bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada Laporan Ketua Audit berhubung kedudukan bayaran balik GST sehingga 5 Jun 2018. - Bernama

Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tertunggak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tunggakan berjumlah RM19.4 bilion gagal dibayar kepada 121,429 syarikat dan individu kerana baki Tabung Bayaran Balik GST hanya ada RM148.6 juta.

“Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450 juta pada 30 April 2018. Jumlah ini tidak mencukupi untuk dipindahkan kepada Tabung Amanah GST untuk membiayai bayaran balik GST yang tertunggak.

“Oleh yang demikian, Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk membuat bayaran balik GST yang tertunggak sebanyak RM19.4 bilion pada tahun 2019.” Katanya.

Di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014), semua bayaran GST yang dikutip mesti dibayar terus kepada Tabung Bayaran Balik GST untuk membolehkan bayaran balik dibuat.

Namun Guan Eng mendakwa perkara itu tidak dilakukan, sebaliknya ia dibayar terus kepada Akaun Hasil Disatukan, yang menyalahi undang-undang.

Beliau turut menyelar kenyataan Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada Laporan Ketua Audit berhubung kedudukan bayaran balik GST sehingga 5 Jun 2018.

“Perlu ditegaskan bahawa saya hanya bongkarkan skandal RM19.4 bilion yang tidak dibayar balik dalam 2 minggu di dalam Majlis Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2018, dan bukan pada 5 Jun 2018.” Katanya.

Justeru beliau berkata lebih 120 ribu syarikat dan individu ini menjadi saksi atas kegagalan bayaran balik GST itu sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kempen perang saraf macai PH dlm thread ni x mnjd. Bahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat bantuan terbesar PH kepada rakyat selepas mengundi iaitu  kredit 30 renggekk
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
diazzaid replied at 27-2-2021 04:47 AM
Kempen perang saraf macai PH dlm thread ni x mnjd. Bahaha!

Penat tau kalo sume benda nak dipolitikkan... nak bincang , fakta pun tak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 10:27 AM | Show all posts
rashiman replied at 27-2-2021 12:44 AM
rakyat ingat bila dimansuhkan GST, harga barangan semakin murah, rupa2nya...

Kerajaan hi ...

Cuba ko baca baik2 apa yg ko tepek

Aku tepek sekali lagi
“Kebiasaannya, harga asal bagi sekilo ikan kering tenggiri antara RM13 hingga RM14 saja, tetapi kini saya lihat harganya RM55 sekilo. Saya cukup terkejut.
“Rakyat tersepit dalam keadaan sebegini. Saya tidak pasti sama ada harga itu dikenakan kerana cukai SST atau peniaga yang mengambil kesempatan dalam situasi ini,” katanya.

“Selain itu kami berharap senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai itu dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya.
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata ketika ini senarai lengkap barangan yang dikenakan SST sudah dimuat naik di laman sesawang JKDM.
Bagaimanapun katanya senarai barangan itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada semua pihak.
Sementara itu, peniaga di pasar Chow Kit, Chong Yong Bock, 60, berkata sehingga kini barangan basah di pasar itu tidak terkesan dengan pelaksanaan SST.
“Harga barang di sini masih terkawal, tiada sebarang aduan dari pelanggan mahupun kenaikan harga dari pembekal.
“Saya harap barang kecil seperti keperluan asas tidak dikenakan cukai, supaya semua pihak di setiap peringkat tidak terbeban,” katanya.

Cuba ko kira sikit , kenaikkan harga dari RM13/RM14 ke RM55 ... berapa peratus tu & berapa peratus pulak SST?

Aiyoyo ...

Jadik tersebut adalah 'profiteering' atau SST?

Hmmmm ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.116306 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list