CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 18

Ramlah Ram Bertahan 3 Dekad

  [Copy link]
Post time 26-2-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ashilalat at 26-2-2021 09:13 PM

Bertahan 3 dekad

TEMPOH 36 tahun bergelar penyanyi adalah jangka masa yang cukup lama serta pastinya disulami dengan pelbagai suka dan duka.

Apa yang pasti, perjalanan kerjaya yang panjang ini adalah pengalaman terindah dalam lipatan sejarah hidup Ramlah Ram, 56, buat selama-lamanya.

"Saya sangat bersyukur dengan apa yang sudah dilalui hingga kini. Ia membuat saya berasa sangat beruntung kerana diberi peluang oleh Allah SWT merasainya.

"Selama lebih tiga dekad ini, saya melalui perjalanan panjang yang membawa pengalaman besar iaitu saya pernah hasilkan piring hitam, kemudian bertukar pada kaset, diikuti cakera padat (CD) dan sekarang lagu-lagu hanya distrim sahaja.

"Perubahan teknologi yang berkembang maju membuatkan perjalanan industri seni masa kini agak pantas. Hinggakan sekarang orang dah boleh ada saluran TV sendiri di platform digital," katanya.

Menurut Ramlah, melihat kepada perkembangan itu juga dia semakin positif terhadap peradaban dunia yang berubah.

Katanya, ketika ini pun kehidupan harian dijalani dalam suasana norma baharu.

Berbicara mengenai kerjaya nyanyiannya, Ramlah berkata, dia gembira dapat bertahan sejak sekian lama dan bersyukur masih memiliki peminat yang setia memberi sokongan.

"Alhamdulillah, ini yang mampu saya ungkapkan. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong serta menerima lagu-lagu saya. Sebagai penyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya juga sentiasa ada perancangan menghasilkan lagu baharu. Bagi saya, peluang melancarkan lagu adalah rezeki dan ia takkan sesekali dilepaskan. Cuma, kini situasi berbeza.

"Apapun, saya sepatutnya sudah melancarkan satu lagu baharu pada Disember, tahun lalu. Ia lagu hasil ciptaan Ajai yang saya tak nafikan karyanya memang mantap. Lagu pun sedap didengar," katanya.

Namun, disebabkan penularan Covid-19 sejak tahun lalu, banyak perancangan diatur akhirnya terbatal. Malah, perancangan baharu untuk karier nyanyiannya harus dibuat semula.

"Sekarang pun keadaan masih belum pulih. Krisis kesihatan yang melanda seluruh dunia ini tidak pulih lagi walaupun vaksin sudah ada. Apa yang diharapkan, kehadiran vaksin ini akan membantu kita semua.

"Acara hiburan untuk persembahan pentas pun, hampir setahun tidak dibenarkan. Kini, aktiviti nyanyian lebih tertumpu secara virtual atau maya di platform digital," katanya.

Sepanjang pembabitan dalam dunia seni suara, Ramlah yang pernah dinobatkan Juara Bintang RTM 1985 popular dengan lagu seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Selamat Jalan Romeo dan Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi.

Nota : Ramlah Ram adalah artis kedua menerima undian paling tinggi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 selepas Ogy Ahmad Daud pada tahun 1987.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 02:43 PM | Show all posts
Saya suka lagu Zapin yg tinggal..rasa sayu je bila dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa2 ada x 3juta simpanan acik melah ni gaes selama 36thn nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:55 PM | Show all posts
Abg nya adik ipar arwah ayah aku

polis pencem

Depa 2 beradik jer

Org kesang tg agas tangkak muo

sekampung dgn nash n jaafar onn
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 27-2-2021 03:49 PM
rasa2 ada x 3juta simpanan acik melah ni gaes selama 36thn nyanyi

Kalau pndai invest masuk ASB ke, bkn fixed saving lebih rasanya.. maksudnya duit yg invest tu lgsung x digunakan... mesti ada beli rmh, tanah jgk kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dengar lagu kak ramlah sampai sekarang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 27-2-2021 03:55 PM
Abg nya adik ipar arwah ayah aku

polis pencem

Kiranya abang kak melah tu pakcik uols la kn? farah mendosa tu betul ke anak sedara kak melah? Sepupu uols??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-2-2021 03:56 PM
Kalau pndai invest masuk ASB ke, bkn fixed saving lebih rasanya.. maksudnya duit yg invest tu lgsu ...

bnyk rsnya saving dia,dia pon relex2 je time convid ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 27-2-2021 02:43 PM
Saya suka lagu Zapin yg tinggal..rasa sayu je bila dgr..

Haah lagu tu best.. lagu2 tradisional kak melah ada few yg best;
1. Sekeping Cinta Sehampar Janji
2. Zapin Yang Tinggal
3. Antara Kasih Sayang dan Cinta
4. Madah dan Kerenah
5. Cinto Badarai
6. Maharaja
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:12 PM | Show all posts
fadz84 replied at 27-2-2021 04:00 PM
Kiranya abang kak melah tu pakcik uols la kn? farah mendosa tu betul ke anak sedara kak melah? Sep ...

Bukan
dah ade statement seblum nih dr kak melah

anak2 sedara kak melah takde yg jadik retis pung


ade yg jadik nurse n keje biase jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 27-2-2021 04:12 PM
Bukan
dah ade statement seblum nih dr kak melah


Pesal org troll ckp farah mendosa tu anak sedara dia ye? Sbb muka lebih kurang ke? Sian kak melah, x memasal nk kena clarify..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-2-2021 04:13 PM
Pesal org troll ckp farah mendosa tu anak sedara dia ye? Sbb muka lebih kurang ke? Sian kak melah, ...


Famili kak melah org baik2

takde nya keturunan birah bij camtu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-2-2021 03:56 PM
Kalau pndai invest masuk ASB ke, bkn fixed saving lebih rasanya.. maksudnya duit yg invest tu lgsu ...

Btoi tu. ASB, fixed deposit, unit trust yg pelbgai tu, beli umah/tanah wat sewa dll. Kak melah ni org felda ke? Lg untung sbb leh mnyimpan ngn kpf. kalo btol2 pndai manage financial mmg xkn hidup merempat d hujung usia. Tmbah2 die solo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-2-2021 04:04 PM
Haah lagu tu best.. lagu2 tradisional kak melah ada few yg best;
1. Sekeping Cinta Sehampar Janji ...

Lagu Sekeping Cinta Sehampar Janji tu best.. hope Herman Tino buat lagi lagu utk Ramlah Ram utk lagu2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
budakshinchan replied at 27-2-2021 09:38 PM
Lagu Sekeping Cinta Sehampar Janji tu best.. hope Herman Tino buat lagi lagu utk Ramlah Ram utk la ...

Tu ar.. lagu Zapin Yang Tinggal tu pun herman tino jgk yg buat kn..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Panyanyi yang mak aku suka "sedap sungguhhhh suara dia"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-2-2021 09:47 PM
Tu ar.. lagu Zapin Yang Tinggal tu pun herman tino jgk yg buat kn..

Yes.. lirik dan lagu ciptaan Herman Tino
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai like Maharaja dgn Zapin Yng Tinggal best sungguh suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:14 AM | Show all posts
fav all time - PENANTIAN YANG X BERAKHIR
masa 7 tahun aku naik stage bag dia bunga, siap request dia nyanyi lagu nih, masa pi konsert dia kat Pesta Penang dlu...  
hehehehe....suma pengasuh aku nya keja....beli  kan bunga... depa satu family minat kak melah sudahnya dgn aku skali join sampai ke laa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.082793 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list