CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1816|Reply: 3

Bawang putih sebagai penawar? Ini mitos tentang COVID-19 yang perlu anda tahu

[Copy link]
Post time 26-2-2021 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Bawang putih sebagai penawar? Ini mitos tentang COVID-19 yang perlu anda tahu


PADA ketika dunia 'berperang' melawan ancaman virus pembunuh penyebab penyakit COVID-19, warganet pula diancam puluhan berita palsu tanpa sokongan fakta.

Ada penawar yang dipaparkan tidak dapat disahkan, malah ada juga yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia.
Berikut antara mitos-mitos mengenai COVID-19 yang disebarkan warganet:

1. Makan bawang putih
Bawang putih terbukti mempunyai kebaikan kesihatan dan ia juga terbukti mempunyai sifat mencegah bakteria dan antivirus (anti-microbial properties).
Namun, realitinya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada bukti bawang putih dapat mencegah COVID-19.
Dalam satu laporan South China Morning Post (SCMP), seorang wanita telah dimasukkan ke hospital kerana simptom radang tekak selepas makan lebih 1.5 kilogram bawang putih.

2. ‘Mineral ajaib’
Bintang YouTube, Jordan Sather mendakwa mineral ajaib ‘Magic Minerals’ atau lebih dikenali sebagai MMS yang mengandungi klorin dioksida (chlorine dioxide) bukan sahaja dapat membunuh sel-sel kanser malah membasmi jangkitan koronavirus.
Sebenarnya, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) pernah mengeluarkan amaran keburukan produk berkenaan yang tiada bukti kebaikan untuk kesihatan, selain hanya memberi kesan buruk seperti muntah, cirit-birit dan dehidrasi.

3. Resipi gel pembasmi kuman buatan sendiri
Kebimbangan susulan penularan jangkitan koronavirus mendorong rakyat negara terjejas COVID-19 untuk membuat pembelian panik gel dan cecair pembasmi kuman menyebabkan farmasi kini kekurangan atau kehabisan stok.
Ini menjadikan warganet yang serba kreatif mengeluarkan resipi baharu yang menyerupai jenama-jenama terkenal, namun tidak menepati kandungan yang ditetapkan.
Menurut saintis, produk gel buatan sendiri ada kalanya mempunyai kandungan alkohol yang terlalu tinggi untuk penggunaan kulit.
Resipi produk itu lebih sesuai digunakan bagi membersih permukaan serta alat, tetapi mungkin berbahaya jika digunakan pada permukaan kulit.
Menurut Sally Bloomfield, profesor di London School of Hygiene and Tropical Medicine, setakat ini tiada resipi gel buatan sendiri yang berjaya dibuat di rumah.

4. Minum air setiap 15 minit
Seorang doktor dari Jepun didakwa menyarankan minum air setiap 15 minit untuk mengeluarkan virus dari badan melalui sistem urinari.
Posting itu tular di media sosial dan dikongsi lebih 250,000 kali.
Namun ia terbukti hanyalah mitos apabila Prof Trudie Lang dari University Oxford memaklumkan bahawa tiada bukti virus (terutamanya virus respiratori seperti penyakit COVID-19) dapat dikeluarkan dengan cara ini.
Malah, katanya, secara logik, virus hanya dapat dilawan dengan sistem imun manusia itu sendiri.

5. Pilih suhu panas
Dakwaan bahawa suhu panas dapat membunuh kuman seperti virus penyakit COVID-19 sangat popular ketika wabak ini menular.
Malah ada dakwaan di Twitter kononnya pihak Unicef sendiri memberi saranan lebihkan minum air suam dan kurangkan pengambilan ais krim.
Dakwaan itu ternyata palsu, apabila kakitangan bahagian pengendalian informasi palsu di Unicef, Charlotte Gornitzka mengeluarkan penafian.
Setakat ini, tiada bukti kukuh mengaitkan ciri-ciri COVID-19 dan reaksinya terhadap suhu panas.



Sumber:https://www.astroawani.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 11:46 PM | Show all posts
Heboh...kolig citer belimbing buluh bagus utk rawat Covid...BWN dok borong habis sudah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-2-2021 11:46 PM
Heboh...kolig citer belimbing buluh bagus utk rawat Covid...BWN dok borong habis sudah katanya

Masam masam tu mau sakit perut pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 02:49 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-2-2021 11:35 PM
Masam masam tu mau sakit perut pulak.

Buat kumur2 utk tekak tu...huhu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.355320 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list