CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 10

[Tempatan] Tren kargo tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga,perkhidmatan komuter tergen

  [Copy link]
Post time 27-2-2021 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 27-2-2021 12:18 PM

11 gerabak tren kargo tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga

Ruwaida Md Zain
am@metro.com.my

Shah Alam: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengesahkan sebuah tren kargo dengan muatan tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga dekat sini, pagi hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, kejadian itu menyebabkan kedua-dua landasan berdekatan Stesen Batu Tiga terhalang sepenuhnya.

"Tren yang dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang tergelincir ketika melalui landasan di Kilometer 20.041 dalam kejadian kira-kira pada 6 pagi.

"Sebanyak 11 daripada 50 gerabak tergelincir, manakala 39 gerabak lagi dengan lokomotif tren itu masih berada di atas landasan.

"Perkhidmatan KTM Komuter yang melalui laluan itu tidak dapat beroperasi disebabkan kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rani berkata, perkhidmatan komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya dan Shah Alam.

"KTMB sedang giat menjalankan pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta.

"Siasatan insiden itu juga dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu berlaku," katanya.

Beliau berkata, KTMB menyediakan bas perantara kepada penumpang dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Shah Alam dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pihak KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau media sosial, KTMB," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergelincir lg? Ini sesuatu yg x bgs. Da brp kali tergelincir da?

Ikut safety kalo bnyk kali da kemalangan nyaris akan menghasilkan 1 yg real punya. Bertindak sblm terlewat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg. Ni kalau jadi masa hari kerja. Mmg stuck lah org lambat ke pejabat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
keretapi ni dh bape kali tergelincir ni, rel membengkok ke. ke ada ular sawa melintas. teringat ak, pnh nmpak ada bangkai bdn ular terpisah tgk dari cermin komuter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:37 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 27-2-2021 01:36 PM
keretapi ni dh bape kali tergelincir ni, rel membengkok ke. ke ada ular sawa melintas. teringat ak,  ...

Ade org letak minyak kut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
apesa train kt msia ni problem?
tergelincir la berlanggar la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih. Kalau nmpk 1 tbalik kuar landasan pun mau kecut perut, ini 11 terus
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Train kemurungan lantas bunuh diri lepas dapat berita Mumu bakal dilantik jadi pengerusi KTMB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 06:49 PM | Show all posts
dari padang besar elok ja boleh sampai Batu Tiga baru nak tergelincir.

ko rase kenapa ye pejal?

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 27-2-2021 06:49 PM
dari padang besar elok ja boleh sampai Batu Tiga baru nak tergelincir.

ko rase kenapa ye pejal?

Aritu berlaku kejadian takde air KAT SELANGOR.....khabar angin kata perbuatan khianat.....tak tau la pulak......
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I saspek mat2 pit selalu curi rel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062921 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list