CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11027|Reply: 137

[Tempatan] Pencen perlu diubah~ Es Dabeliu Ar Seee

  [Copy link]
Post time 27-2-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sistem pencen penjawat awam perlu diubah
Oleh Dr Zulkiply Omar
bhrencana@bh.com.my
February 27, 2021 @ 11:00am

Sistem pencen penjawat awam perlu diubah
Sudah tiba masanya sistem pencen penjawat awam di negara ini berubah kepada konsep PAYG. - Foto hiasan
Penjawat awam beruntung kerana dilindungi skim pencen selepas persaraan. Mereka tidak perlu risau hilang sumber pendapatan walaupun tidak lagi bekerja atau tidak mampu meneruskan perkhidmatan.

Bagaimanapun, isu sering didengari kebelakangan ini ialah kemapanan Skim Pencen Perkhidmatan Awam. Ini berikutan saiz perkhidmatan awam bertambah, apatah lagi peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia.


Justeru, tanggungan kerajaan untuk membayar pencen semakin meningkat. Maka ia membawa kepada isu persaingan penggunaan dana awam untuk kegunaan lain terutama pembangunan.

Skim pencen sekarang dibiayai kerajaan melalui dana awam. Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan kerajaan sebagai majikan menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).


KWAP melaburkan wang terkumpul, maka jumlahnya akan berlipat ganda. Wang terkumpul digunakan melunaskan pencen pesara.

Seimbas pandang, skim itu tidak lain adalah sebagai faedah tambahan kepada pekerja kerana ia datang sepenuhnya daripada majikan, manakala pekerja sendiri tidak perlu mencarum.

Ia berbeza dengan model skim pencen memerlukan sumbangan pekerja semasa bekerja atau apa dipanggil sistem pay-as-you-go (PAYG), sekali gus sama dengan sistem KWSP.

Sudah tiba masanya sistem pencen penjawat awam di negara ini berubah kepada konsep PAYG. Mereka perlu diwajibkan mencarum di samping sumbangan daripada majikan.

Sistem ini dijangka mampu meringankan beban kerajaan, seterusnya meningkatkan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan.

Bukan itu sahaja, alasan lebih kukuh mengenai kebaikan sistem ini berbanding kaedah semasa adalah kerana ia menerapkan elemen progresif.

Elemen progresif yang dimaksudkan ialah kemampuan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi. Pada masa sama, kebajikan pekerja tidak tergugat, yakni pesara terus menerima pencen seperti sedia.

Sistem caruman PAYG ini turut menjernihkan isu dikaitkan dengan pesara menerima gaji tanpa bekerja.

Pengukuhan pertumbuhan ekonomi dijana sistem ini adalah berkaitan penerapan produktiviti ke dalam ekonomi. Skim pencen berasaskan caruman pekerja meningkatkan produktiviti.

Ini berbeza dengan skim berdasarkan kebajikan yang memberi impak negatif kepada produktiviti. Ia perkara biasa dikaitkan dengan sistem kebajikan sosial. Ia tidak menggalakkan pekerja untuk bekerja lebih kuat kerana tidak memberi kesan kepada kebajikan mereka.

Sistem PAYG sebaliknya boleh dirangka dengan penerapan nilai kerajinan bekerja dalam kalangan pekerja. Jumlah pencen diterima boleh dikaitkan dengan prestasi seseorang pekerja.

Selain itu, sistem ini membabitkan perpindahan faedah antara generasi. Pencen diterima pesara sekarang, realitinya dibayar melalui hasil caruman pekerja masih aktif.

Wang caruman pekerja terus masuk ke tabung KWAP untuk dilaburkan dan juga bagi membayar pencen pesara kini.

Hal ini berbeza dengan konsep KWSP yang pencarum menabung dan berhak menerima dividen. Pencen mereka bergantung kepada jumlah ditabung berserta dividen ketika bersara.

Selagi produktiviti pekerja tumbuh dengan positif, sistem ini dijangka kekal mampan. Produktiviti pekerja pula berkemungkinan besar tidak akan menurun. Paling buruk pun, pertumbuhan produktiviti menjadi perlahan. Maka, kelestarian sistem ini tidak perlu digusarkan.

Sementara itu, perubahan sistem daripada tiada caruman kepada caruman pekerja boleh dilakukan tanpa memberi tekanan kepada pekerja. Bahkan, ia boleh dilakukan dengan memberi manfaat tambahan.

Kerajaan secara efektifnya akan mengurangkan sumbangan kepada KWAP kerana digantikan sumbangan daripada pekerja. Maka, lebihan itu mungkin boleh ditimbangkan untuk kenaikan gaji penjawat awam secara menyeluruh.

Kenaikan ini akan memberi dorongan kepada kenaikan gaji swasta, seterusnya memberi kesan positif kepada produktiviti. Ini dapat membantu menyelesaikan isu gaji rendah di negara ini.

Dalam pada itu, caruman pekerja perlu juga diberi pelepasan cukai pendapatan. Ia faedah tambahan kepada pekerja sebagai motivasi untuk berhijrah kepada sistem caruman ini.

Penulis adalah Felo Kanan Social Welbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 12:55 PM | Show all posts
KWAP = Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

dah lama bertukar nama daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 27-2-2021 01:01 PM

ntah apa apa ntah.....positif, produktiviti, bla.bla.bla.....

kau ubah je sapa yg blh terima pencen.....tak payah bg pencen kat lelaki yg kematian isteri....ni cow bg pencen seumur hidup....jd bewak lah laki tu...ramai je jantan mengharapkn wife kakitgn gomen mati cepat.....ada yg bermati matian tanak bercerai wlupun hidup bercekau hari hari....pasal air kopi pun blh bergasak dlm rumah..

balu yg kawim lain, tamatkn pencen.....kat akhirar pun dia dah tak dikenali sbg isteri si mati, dia dah ada laki baru .....

2keadaan ni pun dah blh save duit gomen berjuta juta.  ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:08 PM | Show all posts
Ini benefit utk pekerja kerajaan, tak salah dikekalkan tapi perlu ada penambahbaikan keseluruhan
tgk balik bab performance & exit policy.  Cth bab kenaikan gaji, under performer etc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-2-2021 12:58 PM
ntah apa apa ntah.....positif, produktiviti, bla.bla.bla.....

kau ubah je sapa yg blh terima penc ...

zaman dulukala 2 perkara disebut tu mmg terpakai. Penat2 kupeks fight takkan nak uturn macam tu je
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
aku bukan penjawat awam. ter - menyibuk pula
anyway cukai aku ada kot sumbangan 0.000000001% terhadap pendapatan negara kuman covid pon lagi besaq drp tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bagitau jer la sistem fuck-as-you-go (FAYG)
kerajaan dah takde duit.  hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-2-2021 12:58 PM
ntah apa apa ntah.....positif, produktiviti, bla.bla.bla.....

kau ubah je sapa yg blh terima penc ...

Ini aku setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ayuh kawan2 join group fb 'Politician Buat Kelakar Apa Hari Ini'.   

boleh tengok pakcik2 walaun Pas & PAN sentap teruk kena troll

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan da tkde skim pencen ke utk lantikan tetap mulai 2020? Ke ini hanya gimik je tapi execution da buat da
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:18 PM | Show all posts
caprut replied at 27-2-2021 01:50 PM
Bukan da tkde skim pencen ke utk lantikan tetap mulai 2020? Ke ini hanya gimik je tapi execution da  ...

Btol.

Sejak 1 jan 2020.

Tapi penjawat awam cerdik mcm aku takkan bergantung harap saja kat pencen.

Pandai la bedak2 di bbrp investment instruments:

EPF i-saraan
ASB
TH
FD
Bitcoin/crypto
FOREX

Etc

Kalau rasa ada salah satu investment tu mcm syubhah, bayaq ja zakat 2.5% + 50% dari dividen/keuntungan utk tujuan PENYUCIAN DIVIDEN HAROM.

Benda simple toksah serabut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:46 PM | Show all posts

Betul ke skim Pencen dibiayai kerajaan melalui dana awam.

Bukankah pencen dibiayai oleh duit pencarum pencen sendiri yang disimpan dlm KWAP yg diniagakan dan dilaburkan oleh KWAP utk meraih keuntungan untuk membayar pencen penjawat awam secara bulanan.   tidak melibatkan dana awam seperti hasil cukai dll.

Seperti jugak pekerja swasta yg mencarum dlm KWSP apabila pencen pencarum dapat mengeluarkan semua duit KWSP berserta keuntungan pelaburannya (dividen ) .
Duit simpanan dalam KWSP dikeluarkan sekaligus tidak melibatkan dana awam seperti hasil cukai dll.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan gaji buta jah pencen ni, haram terima duit kalu tak buat sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-2-2021 12:58 PM
ntah apa apa ntah.....positif, produktiviti, bla.bla.bla.....

kau ubah je sapa yg blh terima penc ...

Ni baru betul. Kena tambah baik, tukar sistem lama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 27-2-2021 01:41 PM
aku bukan penjawat awam. ter - menyibuk pula
anyway cukai aku ada kot sumbangan 0.000000001% t ...

Penjawat awam pun kena tolak cukai pendapatan. Beli barang kena SST jugak. Bayar bil pun kena SST. Makan kat restoran pun kena SST dan service charge jugak. So, sama je semua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:07 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-2-2021 03:57 PM
Makan gaji buta jah pencen ni, haram terima duit kalu tak buat sesuatu

mana ada makan gaji buta....duit pencen itu dicarum masa bekerja utk kegunaan dihari tua..

kalau kau simpan duit semasa kau berkerja, selepas kau dah tak kerja, kau duduk rumah, kau keluar bulan2 duit simpanan kau, maknanya itu makan gaji buta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-2-2021 12:58 PM
ntah apa apa ntah.....positif, produktiviti, bla.bla.bla.....

kau ubah je sapa yg blh terima penc ...

Setuju dgn pandangan ni. Balu dah kawin lain, suami baru dah tanggung dia. So dia bkn bekas isteri si mati lagik. Sama jugak suami, binik dah meninggal, dia syok2 dpt pencen binik pd hal lelaki dah wajib berusaha utk nafkah keluarga. Bkn free2 dpt pencen areah isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:11 PM | Show all posts
Knowlee replied at 27-2-2021 04:00 PM
Penjawat awam pun kena tolak cukai pendapatan. Beli barang kena SST jugak. Bayar bil pun kena SST. ...


betullah tu...penjawat awam jugak menyumbang kepada pendapatan negara melalui pelbagai cukai dll.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 27-2-2021 04:07 PM
Setuju dgn pandangan ni. Balu dah kawin lain, suami baru dah tanggung dia. So dia bkn bekas isteri ...

Da tkde da skim pencen start ambilan tetap 1 jan 2020
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 27-2-2021 03:59 PM
Ni baru betul. Kena tambah baik, tukar sistem lama.

Tp kalau laki kematian isteri dia penjawat awam belom tentu dapat kan. Prempuan je confirm dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.095162 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list