View: 10055|Reply: 87
|
[Tempatan]
KJ tidak akan ambil vaksin Pfizer
[Copy link]
|
|
KJ tidak akan ambil vaksin Pfizer
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... mbil-vaksin-pfizer/
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
27 Februari 2021, 11:19 am
Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar selepas menerima bekalan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Ihsan Jabatan Penerangan.
SEPANG – “Saya sudah buat keputusan semalam, saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu memutuskan bahawa beliau tidak akan mengambil vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang sedang digunakan negara ketika ini.
“Saya tidak akan ambil vaksin Pfizer-BioNTech bukan sebab ia tidak bagus. Pfizer bagus dan ia terbukti selamat dan tiada apa-apa kesan sampingan.
“Biarlah ada juga barisan menteri yang memberi contoh ambil vaksin yang akan datang. Saya juga tidak tahu apa jenis vaksin yang akan diluluskan seterusnya.
“Jadi apa sahaja jenis vaksin diluluskan kerajaan seterusnya, saya orang pertama yang akan ambil (disuntik) vaksin itu. Tidak kiralah ia vaksin Sinovac, Rusia (Sputnik V) atau Astrazeneca,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima bekalan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Khairy berkata, beliau membuat keputusan itu selepas meneliti pandangan dan pendapat daripada rakyat selepas melihat beberapa pemimpin negara mula menerima suntikan vaksin jenis Pfizer sejak Rabu lalu.
“Saya melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beberapa menteri besar dan barisan hadapan mula menerima vaksin itu.
“Jadi, rakyat sudah yakin dengan Pfizer, (jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata, setakat pukul 7 pagi tadi, aplikasi MySejahtera sudah menerima kira-kira 1,183,779 pendaftaran bagi suntikan vaksin Covid-19 oleh rakyat Malaysia.
“Sehingga semalam, seramai 3,580 individu sudah menerima suntikan vaksin sejak ia dilancarkan secara rasmi Rabu lalu,” katanya. – K! ONLINE.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh begitu rupanya.. bagusla jadi contoh kepada rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni..aku ramal dia boleh jadi pm
Walau ada yg benci ..jadi maybe sekejap je dia jadik pm |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri n timb menteri lain yg muda2 pn patut ikut lh mcm KJ ni... bru lh jd ikutan rakyat n rakyat pn x rsa double standard... |
|
|
|
|
|
|
|
kene dgn org yg MALAS bace isi, mesti kecam. antivax pulak mesti dh bersorak gembira. |
|
|
|
|
|
|
|
He said he came to the decision to encourage people to receive whichever Covid-19 vaccine that is offered to them and to combat the mindset where individuals are hesitant towards certain vaccines.
“There are those who prefer the Pfizer vaccine, and those who really want the Sinovac vaccine. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ..i polo abam..kalo abam.kj amik sinovac..iols pon ambik |
|
|
|
|
|
|
|
ye lah tu dia tak tahu vaksin apa yg akan di approve lps ni n maksudnya dia masih boleh buat pilihan sedangkan dia berulang kali ingatkan rakyat tak blh pilih. Syaitbonn sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Nk suruh rakyat jgn pilih pfizer ke apa... pandai psiko....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 27-2-2021 02:44 PM
chenta_dewi replied at 27-2-2021 02:00 PM
Bagus dia ni..aku ramal dia boleh jadi pm
Ya setuju dengan hang
KJ ni ada potensi untuk jadi PM
Aku tertarik komen tentang KJ oleh seorang reporter yang buat liputan semasa Pfizer vaccine sampai di KLIA pada Ahad minggu lepas
Ini komen beliau tentang KJ melalui Twitter beliau
'Bagus KJ ni. Kargo dah masuk loading area. Press pixmen and cameramen mintak ambik gambar untuk buka kanvas kargo, dia tarik menteri KKM dan panggil DG KKM untuk photo ops. Dia duduk tepi tak masuk. Dia tahu the more deserving people to be in the spotlight'
Credit to Hazrey
Sedangkan dia lah penggerak utama yang bertungkus-lumus untuk semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu aku dah mula menyampah sebab dia asik bg reminder yg rakyat x boleh pilih vaksin, beberapa kali juga statement dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 27-2-2021 02:06 PM
Menteri n timb menteri lain yg muda2 pn patut ikut lh mcm KJ ni... bru lh jd ikutan rakyat n rakyat ...
Ya setuju sangat
Jangan jadi spisis yang suka overshadow & interframe demi utk dapat pujian, sanjungan & nama antaranya mcm H2O dll |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 27-2-2021 02:34 PM
Ya setuju dengan hang
KJ ni ada potensi untuk jadi PM
Aku tertarik komen tentang KJ oleh seorang ...
Wayang saje.
Mertua jd pm dan dia bukan sapa2 pun byk projek dia kaut. Tp nmpk sikit pa bijak drp politician muda lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi akula.... aku puji cara dia.. saat semua menteri nak disuntik dengan vaksin yg baru sampai ni, dia pilih utk sama2 dengan rakyat dalam fasa seterusnya. Skrg ni ada je rakyat biasa yg was-was sebab brand vaksin dah lain dari yg first batch ni. So bila KJ decide mcm ni, at least dia bg satu keyakinan juga untuk rakyat yg 2,3 brand vaksin yg gov beli ni setara je keberkesanannya (stigma juga sbnrnya). |
|
|
|
|
|
|
|
dewimalam78 replied at 27-2-2021 02:41 PM
Wayang saje.
Mertua jd pm dan dia bukan sapa2 pun byk projek dia kaut. Tp nmpk sikit pa bijak dr ...
Tak kisah lah nak kutuk KJ apa saja coz apa yang pasti selaku MP Rembau, KJ telah banyak membangunkan Rembau berbanding dengan MP Rembau yang terdahulu
Ayah aku berasal dari Rembau so kami boleh nampak pembangunan Rembau dari masa ke semasa yang telah di lakukan oleh KJ |
|
|
|
|
|
|
|
debab_78 replied at 27-2-2021 02:41 PM
Bagi akula.... aku puji cara dia.. saat semua menteri nak disuntik dengan vaksin yg baru sampai ni ...
Mohon setiap menteri disuntik vaksin yg berbeza barulah kami semua yaqqin gituhhhh
Bagi sekali influencer dan artis berbagai jenis vaksin yg berbeza
Depa leh wat ig review hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya.. setuju strategi begini.. kkm patut laksanakan cadangan sebegini demi keyakinan rakyat.. insyaallah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 27-2-2021 03:04 PM
#teamSinovac
Ampunkan haku penunggu gua.. Aku dok tanye nape pak muntri sains ni tak cucok sama Abahcow aritu. Inilah jawaban yang ditunggu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
debab_78 replied at 27-2-2021 02:41 PM
Bagi akula.... aku puji cara dia.. saat semua menteri nak disuntik dengan vaksin yg baru sampai ni ...
Mcm mana rakyat nk tahu dia betul2 ambil vaccine lain dan bukan pfizer mcm PM...mmg la nampak dia cucuk tapi betul ke vaksin selain pfizer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|