CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 3

[SABAH] Peningkatan kes disebabkan Kluster Sinsingon Nabawan

[Copy link]
Post time 27-2-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode

Masidi

KOTA KINABALU: Sebanyak 129 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di sini pada 26 Februari 2021 dengan satu kematian dicatatkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, terdapat satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Merotai Besar, Kalabakan.

"Kluster berkenaan mencatatkan enam kes baharu dengan bilangan kumulatif 26 kes. Kes indeks membabitkan penolong penyelia kedai yang dikesan positif melalui saringan bergejala.

"Kes kematian pula adalah melibatkan di Papar. Peningkatan kes pada Jumaat disebabkan kluster Sinsingon, Nabawan yang mencatatkan bilangan kumulatif sebanyak 29 kes positif. Kluster ini turut menular di Kota Kinabalu dengan tiga kes dan Keningau dengan dua kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada 129 kes baharu hari ini, Nabawan mencatatkan kes tertinggi dengan 29 kes, diikuti dengan Keningau (22), Kota Kinabalu (20), Kalabakan (12), Sandakan (9), Tawau (7), Kota Marudu (7), Lahad Datu (5), Kinabatangan (5), Kudat (3), Penampang (2), Papar (2) dan satu kes masing-masing di Pitas, Putatan, Beluran, Semporna, Kota Belud dan Tambunan.

Sementara itu katanya, kes pulih yang dilaporkan pada Jumaat sebanyak 132 kes dengan bilangan kumulatif 51,184 kes. Manakala, kematian di Sabah meningkat kepada 372 kes.

Setakat ini katanya, sebanyak 52,595 kes COVID-19 dilaporkan di Sabah dengan 800 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 283 orang di hospital dan 509 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

"Terdapat 38 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata Kerajaan negeri bersetuju membenarkan aktiviti billard beroperasi di premis berlesen berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun katanya, kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam bidang sukan yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergeraka Bersyarat (PKPB).

Namun katanya, aktiviti billiard hanya dibenarkan untuk permainan secara suka-suka dan bukannya untuk pertandingan.

Yap Siong Han



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 01:56 PM | Show all posts
dalam siyes membaca ...

Dalam pada itu, Masidi berkata Kerajaan negeri bersetuju membenarkan aktiviti billard beroperasi di premis berlesen berkuatkuasa hari ini

billard...?
apa penting nya billard d benar kan...? haih...


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:04 AM | Show all posts

biasa 2 orang jerkan utk permainan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2021 05:34 AM | Show all posts
Vellfire replied at 1-3-2021 01:04 AM
biasa 2 orang jerkan utk permainan tu
memang dua ...
tapi penonton nya ...
ada meja lain juga ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064665 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list