CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3260|Reply: 21

[Tempatan] Duta besar AS baru boleh berbahasa Malaysia. Boleh dicontohi oleh ummah yang da

  [Copy link]
Post time 27-2-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Duta besar AS baru boleh berbahasa Malaysia
https://www.malaysiakini.com/news/564581

Diterbitkan 27 Feb 2021, 1:44 pm
Dikemaskini 1:58 pm


Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang baru, Brian McFeeters tiba di Kuala Lumpur petang semalam.

Menariknya, diplomat AS itu menguasai enam bahasa termasuk bahasa Inggeris.

"Beliau boleh bercakap dalam bahasa Malaysia, Indonesia, Perancis, Sepanyol, dan Jerman," kata siaran media Kedutaan AS di ibu negara.

McFeeters kembali semula ke Malaysia, tempat dirinya pernah bertugas di Kedutaan AS di Kuala Lumpur sebagai penasihat politik dari 2009 ke 2011.

“Sangat gembira dapat kembali ke Malaysia. Sepanjang masa saya di sini sepuluh tahun yang lalu, saya bertuah dapat bertemu dan bekerja dengan ramai rakyat Malaysia yang berbakat dan berdedikasi.

"Saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengan pasukan Kedutaan AS yang kukuh, yang merangkumi wakil dari seluruh kerajaan AS.

"Matlamat keseluruhan kami ialah hubungan yang lebih erat dengan rakyat dan kerajaan Malaysia,“ katanya sejurus ketibaan.

Katanya, Presiden AS Joseph Biden menekankan Amerika Syarikat perlu bekerjasama dengan rakan, sekutu dan rakan kongsi di seluruh dunia.

"Untuk memerangi pelbagai cabaran global yang kita hadapi daripada kesihatan awam kepada pemulihan ekonomi kepada pemerdagangan orang dan perubahan iklim.



"Kita menjadi lebih kuat apabila kita bekerja bersama. Saya berharap dapat memimpin pasukan yang bekerjasama dengan Malaysia dalam banyak bidang, termasuk dengan memupuk kerjasama keselamatan bermanfaat kepada kedua belah pihak; mengukuhkan lagi hubungan ekonomi yang menyokong puluhan ribu pekerjaan di Malaysia dan Amerika Syarikat; dan membina lebih banyak hubungan antara rakyat, termasuk melalui program pertukaran untuk orang muda.

"Saya tahu bahawa kita mempunyai banyak kerja untuk menewaskan Covid-19, tetapi kita menuju ke jalan itu bersama-sama.

"Saya gembira kerana vaksin Pfizer berjaya tiba di Malaysia dan pelancaran vaksin telah bermula," kata duta besar itu.

Duta Besar akan mula mengadakan pertemuan secara maya dengan kakitangan Kedutaan AS dan rakan sejawatnya sementara menjalani kuarantin wajibnya. McFeeters ditemani oleh isterinya Melanie dan anak perempuan mereka, Sara.

McFeeters pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua misi Kedutaan AS, Baghdad, Iraq, dan timbalan penolong setiausaha utama di Biro Jabatan Negara Hal Ehwal Ekonomi dan Perniagaan di Washington.

McFeeters telah menghabiskan separuh daripada kerjayanya selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Luar Negeri di Asia Tenggara, termasuk sebagai timbalan ketua misi Kedutaan AS di Indonesia dan timbalan pengarah di Pejabat Maritim Asia Tenggara Jabatan Negara AS.

McFeeters sebelum ini berkhidmat di Angkatan Tentera Udara AS, dengan mendapat pangkat kapten dan mendapat pendidikan BA dan BS dari University of Notre Dame, MS dari University of New Mexico, dan MA dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda berita tulis BA BS MA MS.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 08:22 PM | Show all posts
ala2 slang mat dan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 27-2-2021 03:24 PM
Apa benda berita tulis BA BS MA MS.

Iols teka:
Bachelor of Arts
Bachelor of Science
Master in Science
Master in Arts

McFeeters sebelum ini berkhidmat di Angkatan Tentera Udara AS, dengan mendapat pangkat kapten dan mendapat pendidikan BA dan BS dari University of Notre Dame, MS dari University of New Mexico, dan MA dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:15 PM | Show all posts
Teringat masa interview visa kat sini.

Dia tanya dulu nak cakap french atau french,
Bila kata apa apa pun boleh terus kata ok English, sebab penat cakap french dah..

Hahaha so embassy camtu kot, kena tahu bahasa tempatan, untuk mudahkan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 10:13 PM | Show all posts
Bahasa Malaysia dgn Bahasa Indon kira 2 bahasa?

OK aku tahu lagi banyak. Bahasa Inggelish, Bahasa Amerika, Bahasa Australia, Bahasa New Zealand wow

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya post duta besar ni takde requirement bertutur bahasa mandarin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 27-2-2021 09:13 PM
Bahasa Malaysia dgn Bahasa Indon kira 2 bahasa?

OK aku tahu lagi banyak. Bahasa Inggelish, Bahasa ...

Si adi propa lagilah pandai Singapore English, UK English, American English entah apa merepek lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau di indonesia, ekspatriat bleh ckp indonesia. terpaksa belajar sebab org indon bahsa inggers dia lemah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Consultant i mamat kokesen mana ntah dalam meeting buat blurr je bila org cakap melayu depan dia...
Luar meeting, kantoi hah cakap kat wife ke siapa ntah kt phone slang ganu lagi....hahahaha

I dah tau tp i buat2 tak tau je.... Lucu la dia berlakon konon2 tak berapa faham cakap melayu... Teringat masa kat arab dulu ada kawan i sorang pun berlakon tak faham bahasa arab....bila pak arab mengumpat dlm meeting balik office dia report boss.... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 01:16 PM | Show all posts
Punat_button replied at 27-2-2021 10:13 PM
Bahasa Malaysia dgn Bahasa Indon kira 2 bahasa?

OK aku tahu lagi banyak. Bahasa Inggelish, Bahasa ...

aku speku dia pandai ckp bahasa melayu tapi slang indon..mcm kebiasaan kokesen yg pandai ckp 'bahasa nusantara'ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sure banyak vacancy dia tak leh apply kat jobstreet or jobstore
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 02:47 PM | Show all posts
alesandra replied at 28-2-2021 01:16 PM
aku speku dia pandai ckp bahasa melayu tapi slang indon..mcm kebiasaan kokesen yg pandai ckp 'baha ...

aku rasa pon

kena test suruh dia cakap melayu kalau slang indon gak kita delete claim dia pandai BM tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 03:58 PM | Show all posts
cmni bru namanya duta
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaum2 pendatang esp jenis selet taik muka tebal kulit gajah bukan tahu malu..

Beranak pinak kat Mesia pong cakap Melayu
berterabur ngok ngek terbulu bulu cam haramjadah.

Memang tak boleh terimala, ngaku
Malaysian, beranak sini, sekolah sini dari
kecik, carik makan pong kat Msia tapi cakap melayu bunyik cam sial...

Malu la ciket, Mat Dang tu berapa tahun ajer dok Msia cakap melayu pekat slang Ganuu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 27-2-2021 10:47 PM
aku rasa pon

kena test suruh dia cakap melayu kalau slang indon gak kita delete claim dia panda ...

Duta malaysia ke middle east boleh cakap ereb kan... Kata ulama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tak 'sebutan' dia....kang ada ore gelak cam org gila pulak kat dia.Dan....sapa yg xde kerja masa ni cuba tgk...dan perbetulkan sebutan dia....kalau ada sebutan dia yg x betul...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarlah kemaluan mana2 warganegara Malaysia yang tak boleh berbahasa melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Envy betul org yg boleh berturur bahasa asing. Aku blaja spanish pun tak lepas2 nk buat sembang
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 06:15 PM | Show all posts
Redskin replied at 28-2-2021 04:11 PM
Kaum2 pendatang esp jenis selet taik muka tebal kulit gajah bukan tahu malu..

Beranak pinak  ...

tapi kan... ada orang kata salah sebut takpe janji faham... buat apa nak 'terbulu-bulu'


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085928 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list