CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 10

[Tempatan] Wanita dari Labuan terkandas di Sarawak selama 32 tahun akhirnya pulang ke rumah

[Copy link]
Post time 27-2-2021 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Labuan woman stranded in Sarawak for over 30 years returns home
    Saturday, 27 Feb 2021
    9:04 PM MYT

LABUAN (Bernama): A 70-year-old woman who had been stranded for 32 years in Sarawak was able to return and reunite with her family here on Saturday (Feb 27) thanks to a mercy operation.

The woman - identified as Salmah Adeh - left Labuan in search of a better income in Sarawak but had wound up being homeless in Sibu when she lost her Malaysian identity card and cash in a snatch theft incident.

During her stay in Sibu, she found work with a market vendor at the Sibu central market and had a place to take shelter, but eventually her employer passed away and she was left homeless.

She then began helping other vegetable vendors in the dry market to make ends meet, and slept on the footpath for over 20 years.

On Jan 8 this year, Salmah was taken to the Sibu Hospital for treatment after she was found in a weakened state by a good Samaritan.

Bernama’s Sibu-based correspondent then highlighted the woman’s plight in February and subsequently found her nephew Zamain Ma’in in Labuan but efforts to bring her back were stalled due to the inter-state travel ban.

However, non-governmental organisation Persatuan Amal Kebajikan Insan Sarawak and the social welfare departments in Sibu and Lawas then initiated efforts to send her back home and reunite with her family and only daughter Noredah Saman, who is now 47-years-old.

Her family members in Labuan had made all efforts to trace her but to no avail.

"We must also thank the medical team from the Labuan Fire and Rescue Department who had given medical support to Makcik Salmah, and the personnel from the MMEA and Labuan Marine Police team for the mercy operation, ” said Labuan Natural Disaster Management Committee Rithuan Ismail.

Noredah, meanwhile, confirmed that she was in Form Three when her mother left for Sarawak. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 11:13 PM | Show all posts
Edisi terjemahan

Kembali ke pangkuan keluarga selepas lebih 30 tahun hidup merempat
| | 27 Februari 2021


LABUAN - Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini pada Sabtu dengan bantuan satu operasi belas ihsan.

Wanita itu yang dikenali pasti sebagai Salmah Adeh berasal dari Labuan meninggalkan kampung halamannya 32 tahun lepas demi kehidupan lebih baik di beberapa daerah di Sarawak sebelum berpindah ke Sibu, Sarawak namun nasib tidak menyebelahinya kerana selepas itu, dia terpaksa hidup merempat.

Ahli keluarga Salmah di Labuan telah melakukan segala yang terdaya untuk mengesannya namun tiada siapa yang tahu di mana dia berada.

Keadaan hidup Salmah semakin memburuk selepas menjadi mangsa ragut di Sibu dan dia telah kehilangan kad pengenalan serta wang tunai yang disimpan di dalam dompetnya.

Semasa berada di Sibu, dia bekerja dengan seorang penjual di sebuah pasar di Sibu dan mempunyai tempat untuk berteduh namun selepas majikan yang dipanggil ‘hajah’ meninggal dunia, Salmah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat.

Demi meneruskan kehidupan dan mengisi perutnya, Salmah kemudian membantu penjual sayur di pasar kering serta tidur di kaki lima setiap hari selama lebih 20 tahun.

Pada 8 Januari lepas, dia telah dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan selepas ditemukan dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh seorang insan yang baik hati.

Koresponden Bernama di Sibu kemudian menyiarkan kemelut hidup warga emas itu pada Februari dan berjaya menjejaki anak saudara lelakinya, Zamain Ma’in di Labuan yang kemudian melakukan usaha untuk membawa Salmah pulang ke tempat asal wanita tersebut namun menemui jalan buntu susulan sekatan pergerakan rentas negeri akibat penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan Persatuan Amal Kebajikan Insan Sarawak (PAKIS) serta Jabatan Kebajikan di Sibu dan Lawas yang memulakan usaha untuk menghantar Salmah pulang ke pangkuan keluarga serta bertemu semula anak perempuannya Noredah Saman, 47.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara Labuan Rithuan Ismail berkata pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dari Jabatan Penyelamat dan Bomba, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin Labuan yang terlibat dalam operasi belas ihsan itu.

Noredah berkata ketika berpisah dengan ibunya yang berhijrah ke Sarawak untuk mencari rezeki, dia berusia 15 tahun. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kisah hidup dia yg 20 thn tido kaki lima tu.. anak yg ditinggalkn tu pun mesti x sangka akan bertemu balik dgn ibunya lepas 32 tahun.. tragis la kisah ni.. moga bahagia akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Confusela kenapa.majikan dia tak buatkan dia IC @ report JPN
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa pelik la kisah ni...dia dijadikan hamba ke selama bekerja dgn hajah tu sampai x pandai nak cari jalan balik? Banyak persoalan pasal kehidupan dia sebelom jd gelandangan 20 tahun tu. Dalam malaysia kot, bukan kat oversea
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 02:56 AM | Show all posts
ashilalat replied at 28-2-2021 02:32 AM
Aku rasa pelik la kisah ni...dia dijadikan hamba ke selama bekerja dgn hajah tu sampai x pandai nak  ...

tu la... kes ni paling pelik bin ajaib... pelik sebab di dalam malaysia juga terkandas tu...
harap2 ada reporter boleh rajin2 pergi interview makcik ni bagitahu apa cerita sebenar yang berlaku...
dari dia kena ragut tu macam mana boleh tak balik ke rumah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2021 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Labuan jer bukan london..hilang ingatan ke makcik tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 05:53 AM | Show all posts
kalau sampai 20 tahun lebih tidur kat kaki lima ni mesti ilmu jalanan dia paling top sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
majikan dia pun klu tau dia org Malaysia, awat x tlg bwk g balai polis dgn JPN buat ic baru. org Msia kn, ke guna ic palsu. tu x g jpn tu. teringat ada kes org indo guna ic palsu, konon2 g jpn nk naik taraf ke ic baru, hmm mendapatla
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Apesal aku baca Lubnan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:31 PM | Show all posts
kes paling pelik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078829 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list