CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4897|Reply: 55

[Tempatan] 2 beradik ajal sebelum sempat hadiahkan kereta kepada bapa

  [Copy link]
Post time 27-2-2021 11:26 PM | Show all posts |Read mode
2 beradik ajal sebelum sempat hadiahkan kereta kepada bapaBernama -

February 27, 2021 10:25 PM



Keadaan Proton Iswara Aeroback yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM17, Jalan Kuala Pilah Simpang Pertang hari ini. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Hasrat dua beradik menghadiahkan sebuah kereta kepada bapa mereka tidak kesampaian apabila si abang, Hafidzan Zainal, 44, maut dalam kemalangan ketika memandu kenderaan berkenaan untuk dibawa pulang semalam.

Lebih menyayat hati, adiknya berusia 39 tahun, Mohd Fauzi Zainal yang memandu sebuah lagi kereta turut menghembuskan nafas terakhir selepas diserang sawan ketika melihat keadaan abangnya di lokasi kejadian di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah Simpang Pertang kira-kira 4.30 petang.

Shah Rizal Zainal, 41, berkata tragedi itu berlaku ketika abang dan adiknya dalam perjalanan dari Felda Pasoh, Jelebu ke Taman Kobena, Senawang selepas selesai urusan pembelian dan ingin menyerahkan kereta jenis Proton Iswara Aeroback kepada bapa mereka, Zainal Sulong, 63.

“Mereka pergi dengan sebuah kereta, ketika pulang, abang yang juga seorang posmen memandu Iswara itu, manakala adik menaiki Perodua Myvi. Bagaimanapun, ketika pulang, kereta abang dipercayai terbabas, adik pula dikatakan terkejut dan pengsan melihat abang berlumuran darah di depan matanya.

“Kedua-duanya sudah lama berhasrat menghadiahkan ayah kereta bagi memudahkan urusan ayah untuk ke mana-mana, tetapi sudah takdir, kereta tidak dapat diguna, malah mereka pula pergi dalam keadaan menyedihkan,” katanya kepada Bernama.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan maklumat awal, apabila Fauzi melihat Hafidzan terlibat dalam kemalangan itu, mangsa pengsan dan mulutnya berbuih.
Jenazah dua beradik diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas disembahyangkan di surau Taman Kobena hari ini. (Gambar Bernama)

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, bagaimanapun Fauzi disahkan meninggal ketika dalam perjalanan. Pemeriksaan terhadap mangsa juga mendapati tiada kecederaan atau luka luaran yang disyaki unsur jenayah.

“Semakan rekod perubatan juga mendapati Fauzi mempunyai sejarah penyakit sawan. Bedah siasat ke atasnya dijalankan 10 pagi tadi bagi mengetahui punca sebenar kematian.”

Beliau berkata, Hafidzan pula terbabit dalam kemalangan selepas dipercayai hilang kawalan, sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar besi penghadang.

“Mangsa, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam, selepas lebih tiga jam terlibat dalam kemalangan.
“Proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa pada 9 pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Kedua-dua beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada 7 malam.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un..
Salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul keadaan kereta yg accident tu.. apa pun takziah, kesian bapanya hilang 2 anak serentak.. dah ajalnya mcm tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Siannya. Dua anak pergi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:00 AM | Show all posts
Allahuakbar....
Sedihnye.
Murni sgt niat. Sure lama kumpul duit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar... semoga mereka ditempatkan di kalangan para solihin... Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya gak ea penyakit sawan ni..cm penah dgar org sawan tak digalakkan bawak keta..papepun takziah diucapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un... sedihnya, anak2 yg pergi dlu dlm nk gembirakn ayah nya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah. Ya Allah sedihnya dengar berita mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 28-2-2021 12:04 AM
Bahaya gak ea penyakit sawan ni..cm penah dgar org sawan tak digalakkan bawak keta..papepun takziah  ...

makcik iols ada penyakit sawan dari muda. mmg selalu jatuh sawan merata2 lg2 kalau sheols skip ubat & stress. kadang sampai luka2 berdarah kepala badan semua sebabkan terhantuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 28-2-2021 12:04 AM
Bahaya gak ea penyakit sawan ni..cm penah dgar org sawan tak digalakkan bawak keta..papepun takziah  ...

Ye. Sy pesakit sawan.
Mmg x boleh drive atas nasihat doktor.

Salam takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 01:41 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirajiun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buat keluarga.. My ex dulu ada sawan, few times accident.. Tapi umur dia still panjang
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji'un
sedih sgt sbb 2 anak sekaligus meninggal..dan dlm perjalanan utk gembirakan hati si ayah
Takziah buat family arwah semua
semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi dalam keadaan nak berbakti pada orang tua. Sedih didunia, insyaAllah pakcik dan anak2 akan berbahagia di akhirat nanti. Sabar byk2 , semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..kereta tu kereta potong ke apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.088857 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list