CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1220|Reply: 9

[Tempatan] Rumah kecil jadi tempat berteduh empat beranak

[Copy link]
Post time 28-2-2021 04:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-2-2021 12:19 PM

Rumah kecil jadi tempat berteduh empat beranak

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 27, 2021 @ 4:56ambhnews@bh.com.my


Mohd Faizuan Mansor, 36, mendukung anaknya Nur Rizki yang menghidap penyakit jantung berlubang dan masalah pendengaran sejak lahir di hadapan rumah sewa di Kampung Telok Layang, Kuala Kedah. NSTP/Noorazura Abdul Rahman




ALOR SETAR: Empat beranak terpaksa menjadikan rumah kecil seluas 30 meter persegi di Kampung Telok Layang, Kuala Kedah di sini, sebagai tempat berteduh seleps dihimpit masalah kemiskinan.

Mohd Faizuan Mansor, 36, berkata rumah kecil itu disewa pada harga RM100 sebulan selepas dia hanya mampu menyara keluarga dengan bekerja mengambil upah melakukan pelbagai kerja kampung.

Katanya, dia mula menyewa rumah itu sejak Julai tahun lalu, selepas tidak mampu membayar sewa rumah lama akibat pendapatannya terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebelum ini saya bekerja makan gaji di kedai cuci kereta dan pernah bekerja di kedai besi, tetapi saya kerap mengambil cuti kerana anak bongsu, Nur Rizki Danish, 2, menghidap jantung berlubang dan masalah pendengaran sejak lahir.

Akhirnya saya pilih berkerja mengambil upah potong rumput dan meracun, tetapi kerja ini bukan ada setiap hari, kadang-kadang saya terpaksa memikat burung tekukur yang dijual pada harga RM2 hingga RM4," katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd Faizuan berkata, biarpun kehidupan mereka ibarat `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', dia tetap menabung sedikit wang untuk membiayai kos rawatan Nur Rizki yang kerap masuk wad.

Katanya, setiap bulan dia dan isteri, Zul Hijah Fadzilah, 31, akan berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk membawa Nur Rizki berjumpa doktor pakar.

"Kami hanya menunggang motosikal ke hospital, setiap kali rawatan saya perlu sediakan kira-kira RM30 termasuk untuk belanja makan, pendaftaran berjumpa pakar dan mengisi minyak motosikal.

"Kadang-kadang sekiranya duit yang dikumpul tidak cukup, saya terpaksa menunda tarikh janji temu sementara saya mengumpul semula wang untuk ke hospital," katanya.

Faizuan berkata, mereka turut menerima wang bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM300 sebulan yang digunakan untuk membeli susu dan lampin pakai buang anaknya.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) Kuala Kedah, Amirul Syahir Musa, berkata pihaknya sedang berusaha membantu mendaftar persekolahan anak sulung pasangan itu, Mohammad Amirul Danish, 8, yang tidak pernah bersekolah.

"Kita dapati anak sulung mereka tidak mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak sebaya yang lain dan saya rasa menjadi tanggung jawab GPMS membantu memandangkan sesi persekolahan akan bermula Isnin ini.

"Selain itu, kita turut menyumbangkan pakaian sekolah kepada Amirul Danish termasuk barangan elektrik untuk kegunaan keluarga ini kerana kita dapati mereka hanya mempunyai periuk nasi dan menggunakan dapur mudah alih untuk memasak," katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Mohd Faizuan di talian 017-5054426







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Both dah xde ahli keluarga lain ke.. Hidup sebatang kara?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya.. tapi, asal org susah sakit.. agaknya ni dugaan mereka and also dugaan utk kita.. as community.. jiran sedara mara, kawan kawan.. semoga dipermudahkan and tak putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
rm100 ye sewa..mcm mahal tp sbb rumah atas tanah..ok lah tu..blh bercucuk tanam sekeliling..  pastu.. kalau blh jd rider utk food delivery..lumayan juga.. mcm anak buat main2 je..plg busuk pun blh dpt rm50.. mungkin area situ tak berapa meriah tp blh je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 08:00 AM
Both dah xde ahli keluarga lain ke.. Hidup sebatang kara?

Mungkin adik beradik lain pun miskin belaka....support family tak mampu nak support sebab keluarga sendiri struggle nak teruskan hidup...agaknya la...

Setuju la siapa tulis tadi...kenapa ya orang miskin ditimpa lagi dugaan anak pulak sakit?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 08:00 AM
Both dah xde ahli keluarga lain ke.. Hidup sebatang kara?

Kdg bkn xda..tp mngkn adk brdk or sdra mara bkn org senang .. atau ada tp seadanya lah mereka ssh senng dgn fam kecil durang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 28-2-2021 08:20 AM
Mungkin adik beradik lain pun miskin belaka....support family tak mampu nak support sebab keluarga ...

Kdg aku pk jg..dh lah ssh..ujian lg mcm2..yg kaya seronok2 tabur duit..tp tu lah misterinya kt dunia yg kekal nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah ujian..kaya pun ujian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 10:33 AM | Show all posts
Kecik2 rumah masih ada bumbung untuk berteduh dari hujan dan panas tak sampai jadi gelandangan yang sekadar tidur dikaki lima
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nurkasih74 replied at 28-2-2021 08:15 AM
rm100 ye sewa..mcm mahal tp sbb rumah atas tanah..ok lah tu..blh bercucuk tanam sekeliling..  pastu. ...

agaknya area dia ni tak ramai guna khidmat food delivery. mcm kampung2 pendalaman kan prefer msk+beli sendiri or kutip je hasil tanaman tepi2 rumah.

semoga dipermudahkan urusan dia sekeluarga. lagi bagus kalau gpms tu dpt bagi dia kerja tetap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.940961 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list