KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 10 tahun akan datang Kedah dianggap bakal setanding dengan Lembah Klang hasil pelbagai pendekatan dan perancangan di bawah ‘Kedah Sejahtera Berdaya Huni 2035’.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selain merancang pembangunan baharu di Kedah, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga meneruskan pembangunan yang dirancang kerajaan sebelumnya.
“Jangan ambil kira fahaman politik. Apa yang penting perancangan yang dibuat diteruskan demi kebaikan rakyat dihabiskan,” kata beliau dalam temubual bersama Malaysia Hari Ini terbitan TV3 pagi tadi.
Menurutnya, pembangunan selepas pandemik Covid-19 menjadi fokus utamanya selain usaha menarik pelabur ke negeri itu.
Advertisement
Antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang mendapat kelulusan pembinaannya akan diteruskan. Selain itu projek pelaburan di Langkawi oleh Widad @ Langkasuka bernilai RM40 bilion.
Sanusi juga berkata, tumpuan kepada pembangunan kampus Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMs) dengan menawar pendidikan kepada rakyat dengan kos lebih rendah.
Kata beliau, pendidikan antara perkara penting yang bukan sahaja membawa pulangan modal insane, sebaliknya dapat mengeluarkan seseorang itu daripada belenggu kemiskinan.
“Kalau ada pelajar miskin yang tidak dapat bersekolah, ia amat sensitif kerana terhalang usaha mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
“Kita mahu merealisasikan Kedah untuk orang miskin bernaung dan orang kaya berbakti dan berkongsi Rezeki,” sambung beliau.
Bagaimanapun beliau tidak menyangkal kehidupan rakyat Kedah tidak mencapai kelas menengah, malah pendapatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri itu lebih rendah berbanding Perlis.
Namun dalam tempoh 280 hari Kerajaan PN, pelbagai usaha dilakukan untuk kemudahan rakyat.
“Saya akan perjuang hak Kedah sampai menang. Hak Kedah untuk rakyat Kedah. I am the fighter. Yang penting bina persahabatan dan tidak perlu cari musuh.
“Kita bersikap terbuka. Aduan yang diterima kita ambil respons secara direct. Yang penting rakyat Kedah ada pemimpin tempat mereka mengadu,” katanya yang juga Adun Jeneri.
Justeru itu, beliau berharap semua pemimpin negeri itu memberi fokus kepada masalah rakyat dan bukannya berjuang untuk kepentingan peribadi.
Menurutnya, Pelan 2035 Kedah Sejahtera Berdaya Huni mesti direalisasikan supaya tidak berlaku lagi penghijrahan anak-anak Kedah ke negeri lain untuk mencari rezeki.
“Oleh itu pasukan yang ada sekarang mempunyai tanggungjawab besar. Pemimpin kena sedia berkorban dan menanggung derita, bukannya ambil nikmat sahaja,” ujarnya. – HARAKAHDAILY
Post time 28-2-2021 02:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
patutnya kedah , perak , pp , perlis kita jadikan negeri berteras pertanian moden . Kita perlu khususnya padi , ext pasai untuk tidak terlalu berharap kepada negara luar yg pastinya mengundang banyak risiko . Apa yg penting ujudkan satu mind set kalangan petani kita bersatu dalam satu konsortium yg mungkin boleh bertahan bila negara menghadapi pendamik seperti sekarang , atau mungkin membolehkan suatu perancang atau bantuan disalur . Seperti kaum cina , tiap apa kegiatannya pasti ada persatuan umpamanya satu bahtera lebih mudah bila berdepan ribut taufan berbanding perahu kecil .
tiada yg paling bodoh dan tiada yg mustahil jika Kedah bakal setanding dengan Lembah Klang 10 tahun lagi...jika usaha perancangan pembangunan dibuat secara teratur dan bersungguh-sungguh.
Kawasan berpaya Prang Besar pun boleh berubah menjadi Putra Jaya...
Bahagian Kalimantan di Indonesia bakal setanding dengan Jakarta di Indonesia.
Post time 28-2-2021 03:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dess402 at 28-2-2021 03:23 PM
rashiman replied at 28-2-2021 03:11 PM
tiada yg paling bodoh dan tiada yg mustahil jika Kedah bakal setanding dengan Lembah Klang 10 ta ...
takde .. kalau disebut mengikut jejak langkah kolumpo pun mungkin kita boleh setuju jugab. Tapi kalau kata setanding kolumpo , macam tak masok akal persis angan2 mat jenin yg sedang memanjat pokok kelapa . Tiada sokongan dari faktor geografi , dari segi fasilitis atau tiada dari segi kapasiti kemampuannya . Mana dia kajiannya ?? Tapi tak logik gak lah nak dibanding kes kalimantan jakarta . Pasai disitu operasi pemindahan yg akan berlaku . Dah tentu2 perubahan besar
Bagaimanapun beliau tidak menyangkal kehidupan rakyat Kedah tidak mencapai kelas menengah, malah pendapatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri itu lebih rendah berbanding Perlis.
akhirnya ditukar jadi kedah sejahtera zaman arwah ustan azizan.....pasal kriteria nk capai status negeri maju tu sgt mustahil kedah nk grab masa tu....
perlis pun sama,perlis maju 2015 - hakikatnya politician belah2 utara ni sembang deraih ja 24/7.....
kedah / perlis ni potensi nk develop sgt banyak, cuma dipegang oleh politician yg jenih reti buat kerja....