CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 3

[SARAWAK] Nyawa rakyat lebih penting daripada PRN-12, kata Abang Johari

[Copy link]
Post time 1-3-2021 12:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-2-2021 05:08 PM

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan Sarawak tidak tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN).





Jelas beliau, buat masa sekarang kerajaan negeri hanya memfokuskan untuk menjaga kesihatan rakyat Sarawak terutama ketika COVID-19.
“Kita masih dalam keadaan darurat, pilihan raya negeri boleh (diadakan) kemudian. Namun untuk (menyelamatkan) nyawa, tidak boleh (ditangguhkan) bila-bila masa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Abang Johari berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada PRN akan diadakan sebaik sahaja Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri ini berakhir pada Ogos akan datang.
Terdahulu, Abang Johari merasmikan program vaksinasi itu untuk petugas barisan hadapan di Stadium Perpaduan Petra Jaya.
Sementara itu, Abang Johari memberi jaminan kerajaan negeri akan terus memberi penekanan untuk memastikan yang terbaik untuk kesihatan rakyat Sarawak dan mereka yang tinggal di negeri ini agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan.
"Itulah sebabnya kita (kerajaan negeri) tidak memikirkan perkara lain, kita mengutamakan kesihatan rakyat terlebih dahulu," katanya.
Antara usaha yang telah dilakukan, katanya, ia termasuk kemudahan kuarantin dan penginapan hotel untuk membendung penularan COVID-19
“Selain tempat penginapan, kita juga menyediakan makanan untuk mereka yang dikuarantin serta menyediakan  kebajikan lain bagi membantu mereka yang terkesan dengan wabak ini. Semua ini ditanggung oleh kerajaan negeri.
"Bermakna apa yang kita lakukan ini adalah keutamaan kepada kesihatan rakyat.  Wang boleh dicari, tetapi nyawa rakyat tidak dapat diganti,” katanya.
Beliau dalam pada itu menzahirkan rasa syukur, ketika negara berdepan COVID-19, Petronas menemui gas di Wilayah Luconia Tengah yang terletak kira-kira 80 kilometer dari perairan Sarawak pada 10 Februari lalu.
"Oleh itu, kami berunding dengan Petronas dan dengan dana hasil penemuan gas ini, negeri dapat membantu lebih banyak kepada rakyat,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla tangguhkan PRN selagi keadaan masih belum stabil...cukup la thn lepas semasa PRN Sabah dijadikan pengajaran..

Disebabkan oleh kluster politik..habih kes naik mencanak smpai skang masih belum reda...

kalau tak disebabkan kluster politik yg laknat lagi haram jadah ni..kita aman2 je kes satu digit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2021 12:12 PM | Show all posts
haah betul tu.. bila dah semua vaksin nanti bolehlah start mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:32 AM | Show all posts
harap betul la ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062771 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list