CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5154|Reply: 41

[Tempatan] Berang restoran tutup, 11 lelaki nak makan mengamuk. #40, Polis tahan lima susp

  [Copy link]
Post time 1-3-2021 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-3-2021 01:07 AM

Berang restoran tutup, 11 lelaki mengamuk

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... 11-lelaki-mengamuk/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
1 Mac 2021, 11:40 am


Tangkap layar rakaman pergaduhan 11 lelaki mengamuk di sebuah restoran terkemuka di Little India, Brickfields malam tadi.

KUALA LUMPUR – Gara-gara bengang tidak dapat makan di sebuah restoran, 11 lelaki naik berang lalu mengamuk dengan merosakkan peralatan kedai dalam kejadian di sebuah restoran terkemuka di Little India, Brickfields malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kedai berkenaan dikatakan dalam proses menutup operasi perniagaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, siasatan mendapati suspek tidak berpuashati dengan penutupan restoran berkenaan lalu mengamuk.

“Ekoran itu, berlaku kekecohan yang mana suspek telah merosakkan peralatan restoran termasuk meja dan kerusi,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas pelancaran program Suntikan Vaksin Covid-19 Polis Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Jinjang, di sini hari ini.

Jelasnya, selang beberapa jam kemudian, tiga suspek berusia 27 hingga 35 tahun berjaya diberkas sekitar pukul 1 pagi di sekitar Kuala Lumpur.

“Manakala baki lapan suspek lagi sedang dikesan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 11:54 AM | Show all posts
Penengan orang yang lapaq, jangan buat main-main tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:58 AM | Show all posts
perut yg lapar boleh menjadikan seseorang spt singa yg tercedera
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha....buduh...memang pukul 10 malam kena tutupkan....

Sekarang kedai beroperasi malam semua bukak awal dari pukul 3 petang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:03 PM | Show all posts
Nak lepak balik rumahlah sekarang mana boleh lepak mamak hingga larut malam macam dulu lagi.
Ramai makin lupa bab kedai makan tutup pukul 10 mlm sekarang ni.  Itu pun dah ok berbanding sebelum ni pukul 8 mlm dah tutup lagi haru.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:07 PM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 1-3-2021 01:22 PM
Supersirap replied at 1-3-2021 11:54 AM
Penengan orang yang lapaq, jangan buat main-main tau

Lapar ke....atau anei dah kena Guinness Stout 3 round?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
You are not yourself when you are hungry ...dah macam iklan Sneakers plak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:37 PM | Show all posts
lapar ke mabuk todi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 12:46 PM | Show all posts
denda rm10k terus sbb langgap PKP.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat little india.. korang little melayu dok tepi senyap senyap biar polis setel
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk minum todi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:26 PM | Show all posts
Tiga lelaki mengamuk di restoran ditahan
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 01 Mac 2021

KUALA LUMPUR - Tiga ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki melakukan kekecohan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kesemua lelaki berusia 27 hingga 35 itu ditahan pada jam 1 pagi.

"Siasatan awal mendapati punca insiden itu membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati kerana restoran itu mahu menutup operasi pada jam 10 malam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program vaksinasi melibatkan anggota dan pegawai polis Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Jinjang di sini pada Isnin.

Saiful Azly berkata, tindakan restoran itu menutup operasi pada jam 10 malam kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Kita masih mengesan lapan lagi individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata," katanya.

Tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk itu tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan beberapa lelaki dilihat membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai tu dia punya..sukati dia nak tutup ka...nak buka ka...itu kalo nak makan...duduk rumah la...makan,makan,makan......semua barang dekat lu punya rumah sana...apa daa.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:40 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 1-3-2021 11:58 AM
perut yg lapar boleh menjadikan seseorang spt singa yg tercedera

tapi kena tau juga singa sengkek tu asal mana atau singa  sengkek  asal sana yg mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 1-3-2021 11:58 AM
perut yg lapar boleh menjadikan seseorang spt singa yg tercedera

Bak kata proverb mat salleh, “ When you hungry, you angry”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 02:06 PM | Show all posts
kalau bagi makan gak.. ambik duit siap2.. pastu tutup jelah.. tak payah tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ke?

Sripandi pj pun ada kes gaduh2 estet dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:30 PM | Show all posts
kebulur sgt tu....sejak pkp mengidam mkn luar...sekali nk mkn kena halau balik......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:37 PM | Show all posts
sripundeck
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.404157 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list