CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2214|Reply: 10

Guna Muzik Tanpa Kebenaran, Taylor Swift Saman Taman Tema

[Copy link]
Post time 1-3-2021 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Taylor Swift, 32, memfailkan saman terhadap Evermore Theme Park atas tuduhan menggunakan muziknya tanpa kebenaran.


Menerusi saman itu, taman tema terbabit dilaporkan tidak mempedulikan notis daripada pengurusan hakcipta muzik, BMI, sebaliknya terus menggunakan lagu Swift secara percuma.


Selain itu, taman tema terbabit mengabaikan amaran berkenaan meskipun tahu mereka boleh dikenakan penaliti mengikut Akta Hakcipta yang ditetapkan untuk melindungi hak artis itu.


Foto: IG




Pengurusan Swift juga mendapati taman tema itu memasang lagunya tanpa pemilikan perlesenan yang sah. Bukan setakat Swift, lagu-lagu Katy Perry, Abba, The Beatles, Billy Joel, Britney Spears, Journey, Queen, Weezer, Whitney Houston, dan ramai lagi dimainkan tanpa kebenaran.


Pihak guamannya kini mendesak untuk membicarakan kes terbabit. Mereka berjanji untuk berjuang keras memastikan hakciptanya dilindungi daripada tindakan dilarang itu.


Saman itu difailkan susulan daripada tindakan taman tema terbabit menyaman Swift kerana menggunakan judul evermore untuk album baharunya. Saman terbabit dibuat terhadapnya lebih tiga minggu lalu.


Menurut Evermore Theme Park, penyanyi terbabit menyebabkan kekeliruan jenama kepada klien mereka. Tidak ketinggalan, dia dikatakan melanggar undang-undang daripada segi pemasaran dan barangan cenderahati. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes berbalas saman ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:51 PM | Show all posts
ko nak saman acik taylor sebabkan kekeliruan jenama tapi ko jugak gegeh hadap pasang lagu taytay? ko sendiri yang mengelirukan jenama ko khens lepas tu syok sendiri nak saman orang bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:55 PM | Show all posts
ko hengat evermore tu acik taylor jah yang pakai? berlambak lagi lagu band bubuh nama evermore ada timbul ke isu kekeliruan jenama?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:59 PM | Show all posts
dah memang theme park ko tu sendu pakai la jenama apa pon tetap sendu khenss? bila acik taylor pakai evermore meletop letop terus kau menggelabah tetek nak menyelit sekali kaut untung khens?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman sebab guna nama evermore?
Ni ala2 kes dkt malaysia guna nama
‘harimau melalak’ tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah kena counter sue dgan taytay. Harap katy perry pun saman jugak theme park tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Go tay tay. Jgn lagi bagi org lain peluang nak tindas chuolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 11:23 PM | Show all posts
aku x suka minah nih,
tapi aku suka dengar album folklore and evermore...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:25 AM | Show all posts
ko sendiri yang mengelirukan jenama ko khens lepas tu syok sendiri nak saman orang bagai? ko nak saman acik taylor sebabkan kekeliruan jenama tapi ko jugak gegeh hadap pasang lagu taytay?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
JeneC: ko sendiri yang mengelirukan jenama ko khens lepas tu syok sendiri nak saman orang bagai? ko nak saman acik taylor sebabkan kekeliruan jenama tapi ko  ...


Lol. Evermore yg ditrademark ialah logo font evermore bukan nama atau perkataan tu. Harap park tu kalah. Hehe iols suka taytek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.628919 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list