CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16667|Reply: 165

[Tempatan] Punya ‘Kemaruk’ Nak Putih, Drip Vitamin C Dalam Kereta Pun Boleh!

  [Copy link]
Post time 1-3-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Akhir-akhir ini, trend suntikan vitamin C bukan satu perkara yang baru, dalam industri kecantikan. Bahkan, perkhidmatan suntikan ini sudah banyak ditawarkan dan dikomersialkan secara meluas. Menerusi suntikan yang dibuat, ia dipercayai dapat ‘memutihkan’ seseorang itu dengan cepat. Walau bagaimanapun, suntikan vitamin C ini, telah dilarang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia memberikan kesan jangka masa panjang.

Seperti tular satu video di media sosial, memaparkan beberapa individu yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C sebagai alternatif yang pantas bagi mendapatkan tona warna kulit yang lebih cerah. Namun, apa yang menjadi persoalan apabila prosedur suntikan vitamin C itu dibuat di dalam kereta.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa individu yang mendapatkan rawatan suntikan vitamin C hanya di dalam sebuah kereta bukannya di satu tempat yang khas. Tidak berakhir di situ, perkhidmatan suntikan terus ke rumah juga dipercayai turut disediakan oleh individu ini.

Drip dalam kereta je untuk putih. Tak sayang buah pinggang ke sis?

Apa yang menjadi persoalan adalah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP), semasa suntikan itu dibuat sama ada ia mengikut SOP yang telah ditetapkan atau hanya dilakukan secara semberono demi meraih keuntungan. Bukan itu sahaja, jika dilihat reaksi mereka yang menerima suntikan itu begitu ‘bersahaja’ tanpa merisaukan kesan jangka panjang terhadap suntikan yang diterima

Susulan daripada video yang tular itu, seorang doktor dikenali sebagai Ingky, tampil memberikan respon berhubung isu tersebut. Jelasnya, individu yang membuat perkhidmatan suntikan vitamin C kepada individu yang lain boleh dikenakan hukuman penjara.

Kalau siapa-siapa yang cucuk vitamin C untuk orang lain, akan dipenjarakan selama beberapa tahun. Nombor 2, kita tak ada kajian keselamatan, masa jangka panjang kita tak tahu sama ada semasa cucuk vitamin C akan ada side effect yang buruk terhadap badan anda ke tidak. Disebabkan tak ada kajian keselamatan, sebagai doktor saya tidak akan benarkan pesakit saya untuk cucuk vitamin C.

Tambah beliau lagi, suntikan vitamin C ini adalah haram di seluruh dunia, kerana timbul keraguan dari mana datangnya sumber vitamin C itu sendiri. Hal ini demikian kerana, tiada mana-mana kilang yang dibenarkan untuk mengeluarkan vitamin C bagi proses kecantikan.

Katakan taknak, jika kawan anda ajak cucuk vitamin C.

Sumber: Twitter

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 05:50 PM | Show all posts
bior betik?

Tambah beliau lagi, suntikan vitamin C ini adalah haram di seluruh dunia, kerana timbul keraguan dari mana datangnya sumber vitamin C itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:53 PM | Show all posts
Dah semua benda pun asal pandu lalu je ramai suka sampai yang pun nak dipandu lalukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Permaisuri slngor, pmaisuri tganu, wife tmj, wife raja muda kdh, wife raja muda perlis, sume asal rakyat biase idokler putih melepak yet mampu pikat somi theyols.

Yg cucuk2 hadap nk putih sgt ni pikat ape. Nmpk pekat bodo ade lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Qu puteh qu puteh barulah putih
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:06 PM | Show all posts
perangai pprt sangat kan....
nak show off dengan siapa ntahhhh
sampai sanggup buat camtu...
da x kenal halal haram da, main cucuk jer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg berkesan ke cucuk ni.. berthn lama ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan vitamin c pun boleh putih.
Xyah suntik2..aku husband suh consume vitamin c sebab selalu demam..tetiba jadi putih gebu kulit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 06:18 PM | Show all posts
tgk yg kena cucuk tu
da putih
nk putih cmne lagi
elok rendam dlm tong susu getah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rosak buah pinggang, tiap minggu buat dialisis nanti baru sedar diri agaknya. Dah sakit semua benda terbatas. Vitamin c ambil yang pil pun dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Amek jelah redoxon 2,3x seminggu... vitamic c jugak,
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:40 PM | Show all posts
Benda macam ni berani cucuk. Vaksin tak berani pulak

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 1-3-2021 06:44 PM
mrsbale replied at 1-3-2021 06:03 PM
Permaisuri slngor, pmaisuri tganu, wife tmj, wife raja muda kdh, wife raja muda perlis, sume asal ra ...

Ate, kalo udah taste berkerak yang putih melepak sekadar melopong di pagor yestane je la..  Tu la lenkali, nak cekap..   

Anyway, sepupu aku kene caras dengan betine putih melepak tapi muke hazabedah.  Siap aku maki depan2 lagi kata "U're so ugly".  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pakai tudung all tp berkejar nak cantik..

Tak boleh terima seadanya kulit masing2 ke cmne Haihzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-3-2021 05:50 PM
bior betik?

Tambah beliau lagi, suntikan vitamin C ini adalah haram di seluruh dunia, kerana timb ...

Haram as in illegal kot. Klinik kecantikan tak boleh offer treatment tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 06:56 PM | Show all posts
ellZack replied at 1-3-2021 06:50 PM
Haram as in illegal kot. Klinik kecantikan tak boleh offer treatment tu.

ada je depa offer...
ni mcm amik vit c makan tu je. tapi amik dlm bentuk air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsbale replied at 1-3-2021 06:03 PM
Permaisuri slngor, pmaisuri tganu, wife tmj, wife raja muda kdh, wife raja muda perlis, sume asal ra ...

diorg idolakan retis sbb dh tara tu je level diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 07:21 PM | Show all posts
dulu2 iols ngaku mmg cucuk vitamin 2 minggu sekali pastu sebulan sekali pastu kulit dah cantik terus berhenti.
tp pantau blood test setip kali sblm injek n selepas injek.
nasib baik buah pinggang n hati iols result normal.

skrg dah insofff..

jgn hencap iols tau plis iols dah insoffff
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi muka tetap hodoh kan?
Kira transformasi dari babi hutan kelabu jadi babi ternakan pink. Warna je berubah agittewwww.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 06:41 PM
Ate, kalo udah taste berkerak yang putih melepak sekadar melopong di pagor yestane je la..  Tu la  ...

Hihihi. Baca komen cuols ni auto tbayang adira AF & zizi izet. Pny la putih selepuk, hujung2 dpt tackle tokred & atokbung je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.483429 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list