CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 8

[Tempatan] Baju T lusuh dijual RM37,500

[Copy link]
Post time 2-3-2021 06:12 AM | Show all posts |Read mode



Baju T lusuh dijual RM37,500
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 01 Mac 2021
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... usuh-dijual-RM37500


PASIR MAS - Seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) berjaya menjual sehelai baju T lusuh Geisha Official keluaran terkemuka dunia iaitu Nike pada harga RM37,500 menerusi jualan secara bidaan menggunakan 'live' Facebook.

Mohd Suhairi Mat Daud, 40, atau lebih dikenali sebagai Mat Yie Tok Ube berkata, item 'rare' yang berusia hampir empat dekad itu telah dibeli oleh seorang pengumpul pakaian 'vintage' dari Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah ia merupakan rezeki buat saya dan terima kasih kepada Otai Lee kerana sanggup 'membida' pada harga yang disifatkan sebagai rekod tertinggi jualan setakat ini," katanya kepada pemberita di Kampung Tok Uban di sini pada Isnin.

Menurutnya, walaupun dilihat sebagai sehelai 'kain buruk' oleh orang ramai, namun bagi peminat pakaian vintage ia sesuatu yang bernilai terutama dari sudut susur galur baju T berkenaan.

Katanya, baju T yang dijual itu merupakan edisi terhad dan difahamkan tidak lebih 10 item tersebut berada di dalam negara ini.

Tambahnya, berpandukan situasi itu tidak hairanlah jika nilai baju T tersebut boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

"Industri barangan vintage di negara ini dilihat semakin berkembang apabila sudah ramai yang celik dengan 'nilai' sentimental pada pakaian itu.

"Kebanyakan pembeli barangan ini berusia lingkungan 30-an dan ke atas," katanya.

Menurutnya, kesemua barangan yang dijual akan dihantar sendiri kepada pembeli bagi mengelakkan kejadian barangan itu rosak atau dicuri.

Mat Yie Tok Uban yang sudah sedekad berkecimpung dalam jualan pakaian terpakai ini berkata, selain baju dia turut menjual pelbagai topi berjenama.

Katanya, kebanyakan topi terpakai yang dijualnya bermula dengan harga RM300 dan ke atas bergantung kepada nilai sentimental.


https://www.sinarharian.com.my/article/126248/EDISI/Baju-T-lusuh-dijual-RM37500

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 06:17 AM | Show all posts
rezeki dia dan moga murah rezeki lagi... harap2 orang tu beli pun jangan la ada yang pertikaikan sebab membazir beli benda vintage tu... mana tahu dia nak bantu peniaga2... tak kaya mana pun orang peniaga tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lusuhnya. Sekali tengok sesuai dijadikan kain lap lantai atau alas kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan pembeli tu dari luar negara..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg juai online Smith&Wesson revolver tu bukan dia ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:59 AM | Show all posts
dekat negara lain pun memang orang jual harga ni jugak yer... ni listing luar negara...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kenal brader ni, dulu dia okay.Then, everything changed when the fire nation attacked. Only the avatar, master of all four element..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila arr.. byknya duit org yg bida tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh i-untung sgt abam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067913 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list