CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2262|Reply: 18

[Politik] Janji warga KL dapat beras, bakul makanan hanya indah khabar dari rupa

[Copy link]
Post time 2-3-2021 12:18 PM | Show all posts |Read mode


Janji warga KL dapat beras, bakul makanan hanya indah khabar dari rupa
Oleh ARIF ATANMarch 1, 2021 6:59 pm 0


Sembilan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memaklumkan dengan jelas mekanisme pemberian beras dan pengagihan bakul makanan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka menegaskan kelewatan dalam agihan bantuan makanan ruji itu akan menjejaskan keadaan rakyat yang semakin terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Perutusan Perdana Menteri bersempena Hari Wilayah yang berjanji untuk menyumbangkan 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanyalah indah khabar daripada rupa.

“Sehingga hari ini rakyat dibiarkan tertanya-tanya bagaimana beras tersebut diagihkan kepada mereka, bagaimana penduduk boleh memohon dan kepada siapa mereka boleh membuat permohonan?” soal wakil rakyat PH.

Sembilan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan KL terbabit ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Hannah Yeoh (Segambut) dan Teresa Kok (Seputeh).

Turut bersama Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), P Prabakaran (Batu), Lim Lip Eng (Kepong) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).



Di KL, hanya dua kerusi Parlimen dimiliki kerajaan dari Bersatu iaitu Titiwangsa diwakili Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Satu lagi kerusi di Bandar Tun Razak yang disandang oleh Datuk Kamarudin Jaffar yang merupakan Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dalam masa sama, kesemua Ahli Parlimen KL mempersoalkan sama ada agihan beras tersebut dilakukan oleh lantikan politik kerajaan PN sehingga menyebabkan bantuan percuma itu tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya.

“Selain itu, Program Bakul Makanan berupa pemberian barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah melibatkan peruntukan RM50 juta melalui JKM sehingga kini kelihatan tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Walaupun sudah memasuki tiga bulan semenjak pengisytiharan darurat diumumkan, namun rakyat masih tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bakul makanan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan,” kata mereka.

Sehubungan itu, mereka menegaskan negara ini tidak memerlukan kad laporan prestasi kerajaan PN yang digambarkan indah khabar dari rupa.

Mereka berpendapat itu sekadar sedap dibaca sedangkan rakyat tidak langsung merasai kesannya.

“Atas sebab-sebab inilah Parlimen seharusnya bersidang supaya wakil rakyat boleh mendapatkan jawapan untuk persoalan seperti di atas,” tegas mereka lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 12:47 PM | Show all posts
masa ph jadi gomen apa ph buat?

merasmikan aplikasi cari jamban?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:19 PM | Show all posts
rajamoney replied at 2-3-2021 12:47 PM
masa ph jadi gomen apa ph buat?

merasmikan aplikasi cari jamban?

cari jamban perlu pakai apps ke? agaknya tahi dia jatuh ikut ping location kat malaysia common sense berak kt mamak, kfc, mcd, masjid, rnr, stesyen minyak. cuma 7 eleven je belum ada toilet
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:23 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-3-2021 01:19 PM
cari jamban perlu pakai apps ke? agaknya tahi dia jatuh ikut ping location kat malaysia commo ...

tandas dlm apps ada tisu disediakan

maklumla

ada puak yg tk reti cebok berak dngn air bersih2 duduk kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:24 PM | Show all posts
tt ni rabun ayam ke?

dlm gambau tu bkn beras ke?

kalau sepet mata kecik pegi la operate mata tu kasi besau tebeliak comel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2021 08:08 AM | Show all posts
rajamoney replied at 2-3-2021 01:24 PM
tt ni rabun ayam ke?

dlm gambau tu bkn beras ke?

dalam gambar tu hari majlis perasmian sahaja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Face mask yg dijanjikan utk warga KL sampai skrg
Pun tak dpt  ini kan pulak bakul makanan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lumayan tuh kalau tiap minggu ada beras
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 09:25 AM | Show all posts
rajamoney replied at 2-3-2021 12:47 PM
masa ph jadi gomen apa ph buat?

merasmikan aplikasi cari jamban?

Aik kenapa cacai nak cerita zaman ph pulak? Sekarang ni kan kerajaan PNtek yg memerintah, xkan la PNtek nak ikut perangani kerajaan kaper laknat ph pulak? Melayu moslem ikut dapig ke ni?? Kahkahkah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:09 AM | Show all posts
atas ni cacai ph kesentapan kepanasan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:11 AM | Show all posts
Abahmung replied at 3-3-2021 08:08 AM
dalam gambar tu hari majlis perasmian sahaja

tapi ada beras kn
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhir2 ni budaya meminta2 dah jadi kebiasaan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney replied at 2-3-2021 01:23 PM
tandas dlm apps ada tisu disediakan

maklumla

Hahah... Apps tu bagitau ke tisu gulung dah abis / banyak lagi.. pengguna bole update kot..jamban no 3 tisu takde.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:50 AM | Show all posts
myoujin replied at 3-3-2021 10:44 AM
Hahah... Apps tu bagitau ke tisu gulung dah abis / banyak lagi.. pengguna bole update kot..jamban  ...

tu la

ko tngk cai2 ph pun malu nk pertahankn apps cari tandas tu

tk la aku nafikan apps tu bagus

tapi

masa menteri ph rasmikan sngt apps tu tk lak diorang kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:53 AM | Show all posts
MP Pee Esh pun x menyempat nk semburit, eh silap nak sembur.......kot yer pun tgu lah kerajaan tgk menyelaraskan mekanisme yg sesuai.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:12 PM | Show all posts
kaseh80 replied at 3-3-2021 08:25 AM
Face mask yg dijanjikan utk warga KL sampai skrg
Pun tak dpt  ini kan pulak bakul makanan

Facemask mereputss...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 12:19 PM | Show all posts
Anuar Musa ..huh..kata nak belajar dr ebit liew. Dengan menteri ni aku memang tak percaya. Pengalaman masa banjir teruk di kelantan dulu, beras memang dapat.banyakkkkkk tapi disimpan dulu sbb tggu nak cetak  muka dia.Lps cetak tampal baru agih beras. Stok beras yg ada kebanyakannya rosak sbb kutu dan lembab( simpan dlm stor kecik). Ntah bakul  makanan ni pun sama kes. Tggu cetak dulu muka dia, tampal dkt bakul baru diagihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:29 PM | Show all posts
Dlm gambar nmpk mcm megi..selain beras
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya sekor tu..cuba ko hidup takde jamban sehari.

Boleh tahan ke x

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.080718 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list