View: 1152|Reply: 10
|
[Tempatan]
13,654 gempa bumi berlaku di dunia sepanjang 2020
[Copy link]
|
|
13,654 gempa bumi berlaku di dunia sepanjang 2020
ANKARA - Sepanjang 2020 terdapat 13,654 gempa bumi berkekuatan empat pada skala Richter atau lebih tinggi dilaporkan berlaku di seluruh dunia dengan gegaran paling kuat dicatatkan di Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Anadolu.
Dianggarkan 500,000 gempa bumi sederhana atau besar berlaku di bumi setiap tahun, kira-kira 100,000 daripadanya dapat dirasakan manakala 100 lagi gegaran menyebabkan kerosakan. Menurut Kajian Geologi AS (USGS), gempa paling kuat berlaku di Alaska pada 22 Julai 2020 bermagnitud 7.8 pada skala Richter.
Pakar di USGS berkata, faktor mengapa lebih banyak gempa bumi dicatat pada masa sekarang berbanding dulu adalah kerana mereka menerima lebih banyak data stesen seismik seiring dengan perkembangan teknologi.
Pada 1931, terdapat 350 stesen seismik di bumi untuk merakam gempa bumi tetapi hari ini angka itu mencecah ribuan, tambahnya. Terdapat tiga kategori gempa: tektonik, gunung berapi dan gempa bumi 'collapse', manakala tektonik adalah gempa yang mencetuskan paling banyak kerosakan.
Pada 2020, tujuh daripada sembilan gempa bumi besar dengan kekuatan 7 atau lebih berlaku di Lingkaran Api Pasifik. Gempa berkekuatan 9.5 pada 1960 yang melanda wilayah Valdivia, Chile paling banyak mengakibatkan kerosakan setakat ini.
Menurut USGS, lima hingga enam peratus daripada semua gempa bumi di seluruh dunia dan 17 peratus gegaran kuat direkodkan di zon Alpine-Himalayan.
Satu daripada gempa bumi paling buruk pernah berlaku pada 2004 di Sumatera, Indonesia dengan skala 9.1. Sementara itu, zon gempa paling aktif di Amerika Selatan terletak di sepanjang sempadan benua Pasifik. Empat daripada 10 gempa bumi paling kuat yang pernah direkodkan di dunia berlaku di Amerika Selatan.
Di Asia pula aktiviti gempa bumi paling banyak direkodkan di Jepun. Negara seperti Indonesia, Fiji dan Kepulauan Tonga (timur Australia) juga mencatat sejumlah besar gempa bumi setiap tahun.
Afrika mempunyai zon gempa agak sedikit berbanding benua lain. Australia dan New Zealand negara paling rendah aktiviti seismik manakala benua Antartika mempunyai aktiviti gempa paling sedikit. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... unia-sepanjang-2020
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada sorang sahabat di tempat kerja, beliau merupakan seorang penyembah tegar teori yehudi melemahkan umat manusia atas bumi.
Kata dia....
"...gempa bumi terjadi kerana teknologi HAARP." ....dengan tonasi nada penuh yaqin. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu
daripada sekor forumer tk basuh berak tu
dok percaya teori beruk boleh bercakap, teori aurora tu graviti, teori bercakap dngn burung dan tk lupa teori melebatkn bulu jngn dicukur
bapak pengotor puak2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 2-3-2021 05:59 PM
ok la tu
daripada sekor forumer tk basuh berak tu
Errr.... hat yg itu hamba memang tertinggal ketapi. Lama sangat bertapa dalam gua tak masuk porum. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat keluar dari gua kelam wahai tuan hamba |
|
|
|
|
|
|
|
Wah banyak juga pasti tahun ni pun tak kurang juga dah banyak lapuran mengenainya sejak dua menjak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerak bumi (oang mayu kata) conti plate pun nak berglitch-glitch gak sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca di clickbait... Netizen salah kan sajat letupan di Lebanon |
|
|
|
|
|
|
|
Bala covid satu dunia ini disebabkan oleh Sajat tunai umrah sebagai perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
bala sbb wujudnya gay2 dan pondan2 pedo di atas muka bumi seluruh dunia la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 2-3-2021 06:19 PM
Wah banyak juga pasti tahun ni pun tak kurang juga dah banyak lapuran mengenainya sejak dua menjak n ...
Tetapi....
Taun lepaih dlm 13 ribu lebih.
Purata setahun setahun dlm 100 ribu lebih.
Kiranya taun lepaih (2020) bumi sempat laa rehat kejap kerana segala aktiviti manusia di bumi ini terhenti sebab wabak.
Dan saintis pun terkagum seketika sebab julung-julung kalinya mereka dapat merekod bacaan gegaran yg paling lemah yg selama ini tidak dapat direkod kerana aktiviti pencemaran gegaran oleh manusia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|