CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 1

Neelofa hadiahkan seterika RM13,000 kepada Nabila

 Close [Copy link]
Post time 2-3-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila.

Lebih mengejutkan, carian netizen mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.

Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.

“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best.

“Gigih google (carian) nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ‘berhuhu je’,”tulisnya.

Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?

“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen.

Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.

Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.

Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hitam.-K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi, please sambung thread Neelofa yg sedia ada. Tak perlu buka thread baru. Thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.186005 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list