CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2859|Reply: 7

Doa yang baik-baik Atu Zero Dimasukkan Ke Hospital

[Copy link]
Post time 3-3-2021 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Doa yang baik-baik Atu Zero Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon dan pelawak, Atu Zero dilaporkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara diserang strok haba ketika berada di rumahnya, semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Atu, Shafeeqa Johari yang memberitahu bahawa Atu rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan yang terletak di Shah Alam.


Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif difahamkan mengalami strok haba berikutan cuaca yang terlalu panas melanda sesetengah kawasan di Malaysia setelah sehari suntuk menjalani penggambaran sebuah program TV.

  


“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat isyak dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya. Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda negara sekarang.”

Atu juga diminta doktor untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.


  


Perkembangan terkini, pelawak itu bakal kembali memeriahkan program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bermula Jumaat ini. Dalam program tersebut dia bakal bergandingan bersama Fad Bocey dan Fakhrul UNIC dalam kumpulan yang diberi nama UNI.

SUMBER : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 06:07 AM | Show all posts
siannya moga cepat sembuh atu...

memang panas gila nak2 rambut jenis heols tu...

kena sentiasa sedia air kalau macamni ataupun spray air yang jual kat shopee tu.... dia sembur2 ala2 kipas...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols duk terbayang budak2 sekolah je Allah panasnya terutama yg kena pakai tudung g sekolah tu hangat sangat skrg ni weh.

Pastu mak memasing duk post gambar anak before & after balik sekolah pastu acah2 tanya napa selebet, tie pun dah longgar ke apa
Sah2 la budak tu berlengas dan kepanasan.

Kat fb ramai duk cari aircond 2nd bagai sian plak yg ada baby sampai basah kuyup baju katanya.
Umah iols tepi hutan sampai kuning2 dah daun pokok habis luruh. Minggu lepas hutan belakang umah terbakar mujur sempat bomba padamkan pastu esoknya Bukit Broga plak terbakar malam2 buta sampai kul 3 pg bomba padamkan api.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:10 AM | Show all posts
Ya ALLAH cuaca memang panas sgt.. surau tmpt keje aku ni kecik ja.. tingkap pn kecik ja.. dia punya bahang tu solat 5 minit pun rasa mcm berejam mencurah2 peluh tmbah pkai telekung plk..

Nasib semalam penang hujan gkla setelah sebulan gkla tak hujan..

Semoga Artu cpt sembuh.. dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
heat stroke is no joke ya.. org malaysia ni mostly suka pndg remeh benda2 mcm ni.. kalo org tu bwk portable kipas ke pakai sunscreen ke bwk botol air ke dipandang pelik.. tak paham aku.. konon kebal sgt badan korg tu tahan panas..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
2,3 hari ni nampak mcm nak hujan.siap mendung n guruh tapi last2 tk hujan pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2021 08:23 AM | Show all posts
mmg panas sgt sekarang. mlm klau xbuka aircnd mmg bahang sgttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 01:36 PM | Show all posts
wanokakaka replied at 4-3-2021 08:23 AM
mmg panas sgt sekarang. mlm klau xbuka aircnd mmg bahang sgttt

nak dekat2 bulan puasa dah... panas nya ummp!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.139811 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list