CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3107|Reply: 21

[Dunia] England: Penuntut Malaysia terbabit kemalangan ngeri Disember lalu, kini keluar

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 01:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-3-2021 09:47 AM

Penuntut Malaysia terbabit kemalangan ngeri Disember lalu, kini keluar hospital

Zaharah Othman - Mac 2, 2021 @ 4:13pmbhnews@bh.com.my


Nur Izzah Mohd Shokri dibenarkan keluar daripada sebuah hospital di Manchester dan disambut ibu bapanya, Hamidah Wahab dan Mohd Shokri Zainal.




KUALA LUMPUR: Lebih dua bulan terlantar akibat kemalangan jalan raya, penuntut Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri, 20, kini kembali ke pangkuan kedua-dua ibu bapanya selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Manchester, England.

Kegembiraan itu dikongsi bersama ibu bapanya, Hamidah Wahab dan Mohd Shokri Zainal yang dilihat menunggunya di hospital. Turut sama adalah sekumpulan rakannya dari University of Manchester.

Pelajar tahun satu jurusan Akaun dan Kewangan itu sebelum ini cedera pada kepala dan paru-paru selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai.

Sejurus keluar dari bangunan hospital, di Nur Izzah dilihat menjerit kegembiraan apabila melihat ibu bapanya serta rakannya, yang turut membawa sepanduk "Welcome home Izzah sayang."


Nur Izzah dihantar pulang sendiri oleh Dr Raja Ismahan Syahanee Dato Raja Ibrahim, yang juga seorang doktor pediatrik di bahagian kecemasan di Salford Royal Hospital, yang mana Petronas menaja rawatannya yang kemalangan sejak 28 Disember lalu.


"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan rasa gembira, keterujaan melihat dia kembali seperti dahulu. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu," kata ibunya, Hamidah.

Sebelum ini, dia mengalami kecederaan parah khususnya di otak dan paru-paru, malah peluang kembali pulih bagi Nur Izzah ketika itu hanyalah 50-50.

Dia kemudian diletakkan dalam keadaan koma selepas pembedahan kecemasan untuk membuang tekanan di bahagian otaknya.
Hamidah yang berkhidmat di Sekolah Komuniti Bentong, Pahang bersama suaminya, Mohd Shokri berlepas ke London pada 30 Disember lalu apabila menerima berita mengenai kemalangan itu dan sejak itu, mereka tinggal di kediamannya anaknya.

Mereka hanya dibenarkan untuk melawat Nur Izzah di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama ketibaan di bumi asing itu, namun ketika itu anak perempuan mereka masih tidak sedarkan diri.

Selepas itu, mereka hanya berkomunikasi menggunakan FaceTime apabila anaknya sedar dari koma.
Nur Izzah kemudian dipindahkan ke Unit Penilaian Trauma di Salford Royal Hospital selepas pembedahannya dan terbaru di wad pemulihan sebelum dibenarkan keluar hospital.

Dr Syahanee, yang menjadi doktor Malaysia yang sering memantaunya di hospital itu berkata, proses penyembuhan Nur Izzah menakjubkan.
"Nur Izzah adalah seorang gadis yang bersemangat, malah melakukan yang terbaik atas apa yang ditinggalkannya," katanya yang merujuk kepada keinginan gadis itu untuk kembali menyambung pengajiannya.

Beliau berkata, Nur Izzah akan menjalani rawatan pemulihan di rumah termasuk sesi fisioterapi bagi menumpukan kepada fungsi kognitif dalam membantu memori jangka pendeknya.
Nur Izzah sebelum ini berada di ICU selama tiga minggu dan melalui tiga pembedahan untuk pulih.







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tgk news budak ni keluar hosp berkarat btol rambut sheols.. Acah brits sgt ke dik
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 3-3-2021 05:34 AM
Masa tgk news budak ni keluar hosp berkarat btol rambut sheols.. Acah brits sgt ke dik

Normabaru lettew
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kabukiman replied at 3-3-2021 07:15 AM
Normabaru lettew

Ahahahaahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah!
Happy aku baca
Aku harapkan yg sama utk kwn ank aku
Kena langgar kete jumaat mlm, sabtu pagi buat operation
Doc ckp kalau ahad ni dia xsedar gak, dia akan mcm tu la selama2 nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 07:56 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 3-3-2021 07:57 AM

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ


wow , subhanallah ...


good news...


syafakillah.


You have gotten yourself out of the woods, with Allah's mercy of course, and i feel confident to say - headed on with life  girl...YOU CAN DO THIS, insya Allah.


good fighting spirit ....


anda telah melalui tempoh yg getir, genting, sukar , mencabar dan mndebarkan
maka getting through this , it may not be easy tapi saya insya ALLAH yakin anda pasti akan menemui kejayaan , spiritually and jasadi. Semoga kemenangan dan kecemerlangan milik anda dalam segala hal...dunia akhirat. wow man...




wow what a soul u have ...beautiful. To persevere is beautiful,

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:00 AM | Show all posts
terima kasih pada Dr Syahanee juga. bagus rakyat malaysia ni depa suka tolong hal hal kritikalmacam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 08:12 AM | Show all posts
alhamdulillah. bagusnya petronas taja rawatannya di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:20 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. she's a tough lovely girl
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke budak comel yg kena langgar masa berbasikal tu? Aritu pakai tudung nampak comel...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:29 AM | Show all posts
Moga cepat sembuh dik
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:15 AM | Show all posts
apa kronologi kemalangan dia ye?
dia pi masuk lorong bas ka macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:46 PM | Show all posts
Normabaru replied at 3-3-2021 05:34 AM
Masa tgk news budak ni keluar hosp berkarat btol rambut sheols.. Acah brits sgt ke dik

nampak mana rambut karat?
bukan beliau bertudung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-3-2021 01:46 PM
nampak mana rambut karat?
bukan beliau bertudung ke?

Dalam news smlm dia just cover tp xproper..nampak la 3batu rambut kaler karat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-3-2021 01:46 PM
nampak mana rambut karat?
bukan beliau bertudung ke?

dalam gambo tu pun dah nampak karats nye chuols




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 02:12 PM | Show all posts
bottombikini replied at 3-3-2021 02:07 PM
dalam gambo tu pun dah nampak karats nye chuols

mata i nampak macam shawl..
rambut beliau rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:17 PM | Show all posts
sukacactus replied at 3-3-2021 07:30 AM
Alhamdulillah!
Happy aku baca
Aku harapkan yg sama utk kwn ank aku

Sepupu sy pun doktor ckp camtu lps eksiden langga kerbau..tp dlm seminggu dh elok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 3-3-2021 02:17 PM
Sepupu sy pun doktor ckp camtu lps eksiden langga kerbau..tp dlm seminggu dh elok..

Oh ya! Alhamdulillah! Harap2 ada good news jg utk kwn ank aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:18 PM | Show all posts
Normabaru replied at 3-3-2021 05:34 AM
Masa tgk news budak ni keluar hosp berkarat btol rambut sheols.. Acah brits sgt ke dik

Bukan dulu gambar dia bertudung? sempat pulak buat rambut masa dlm wad
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079914 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list