CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2512|Reply: 18

Spekulasi Terhangat, TMJ Beli Kelab Valencia?

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Adakah kali ini benar-benar Tunku Ismail Sultan Ibrahim beli kelab Valencia?


Itu tanda tanya yang kini berlegar buat peminat bola sepak tanah air apabila pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah memberi bayangan kemungkinan dirinya bakal membeli kelab La Liga di Sepanyol itu.


Menerusi perkongsian di laman Instagramnya pagi semalam, beliau memuat naik pelbagai maklumat mengenai Valencia termasuk ranking semasa kelab itu yang ketika ini menduduki tangga ke-60 terbaik di dunia.


Malah, beliau juga berkongsi nilai sebenar skuad The Bats itu pada harga 408 juta euro atau kira-kira RM1.9 bilion.




Foto: Harian Metro




Menurut Tunku Ismail, beliau memerlukan dua hari untuk berfikir mengenai keputusan untuk mengambil alih kelab terbabit yang ketika ini dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal dari Singapura, Peter Lim.


"Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang Putera Raja. Wang tidak mendorong saya, hanya kegemilangan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya.


"Bukan rahsia bahawa saya meminati bola sepak, saya sangat bersemangat. Saya bukan baru dalam bola sepak, saya berjaya membina sebuah kelab (JDT FC) dari setiap tahun bertanding di zon penyingkiran tetapi kini mendominasi kejuaraan setiap musim.


"Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan musim. Kami adalah kelab yang terbesar di Asia Tenggara dan salah satu yang terbesar di Asia," tulisnya.


Beliau berkata, Valencia yang sudah menjuarai La Liga sebanyak enam kali serta muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah dua kali pada 2000 dan 2001, perlu melakukan perubahan dengan meletakkan individu yang betul dan arif mengenai bola sepak.


"Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mencari cabaran baharu. Saya bukan orang yang akan menukar logo atau tradisi kelab anda. seperti yang saya katakan tadi, saya seorang kerabat raja dan bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk capai kejayaan dan melakar sejarah.


"Apa yang diperlukan oleh Valencia? Mereka memerlukan seseorang yang tahu mengenai bola sepak, dahagakan kejayaan, bersemangat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab. Langkah pertama, kita memerlukan orang bola sepak di kelab, noktah," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 10:03 AM | Show all posts
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team  Malaysia  meningkat maju
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:10 AM | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team  Malaysia  meningkat maju

dia dah lead kan tahun 2017. ~1 tahun letak jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:19 AM | Show all posts
duri_durians replied at 3-3-2021 10:10 AM
dia dah lead kan tahun 2017. ~1 tahun letak jawatan.

nape letak jawatan? sayang betul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:20 AM | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team  Malaysia  meningkat maju

bukan pernah ke zam?
lepas tu dia resign
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:21 AM | Show all posts
beli atletico madrid la

ada joao felix
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 10:27 AM | Show all posts
rajamoney replied at 3-3-2021 10:20 AM
bukan pernah ke zam?
lepas tu dia resign

kenapa dia resign itu yg tak paham rajamoney...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:32 AM | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team  Malaysia  meningkat maju

Abis tu yg masa harimau malaya x menang langsung tu bkn TMJ ke yg pegang FAM? Yg dia bawa masuk The Professor ke apa tu nama Vingada tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 10:34 AM | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:19 AM
nape letak jawatan? sayang betul..

Mana sama cara nak naikkan kelab dgn pasukan kebangsaan bro.....kelab JDT tu mudah jer, ada duit semua bleh borong, key player opponent, wonderkid team lain, player import yg padu2, bayar mix blood mcm COrbin Ong dan Natxo insa bagai tu...

Kat team kebangsaan mana ko bleh beli player luar main, unless cukup syarat utk jadi naturalisasi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:36 AM | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:27 AM
kenapa dia resign itu yg tak paham rajamoney...

Kenapa dia resign? yg tu kena tanya dia, yg aku nmpk dia resign lepas dia berjaya keluarkan entiti lain yg diberi nama MFL dari FAM tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team  Malaysia  meningkat maju

Dah dulu..tak mampu jugak bila skop besar sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Espn ni punnn...letak la gmbr terbaru tmj..tak up to date langsung..penat je tmj pasang badan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:43 AM | Show all posts
Belibis replied at 3-3-2021 10:40 AM
Dah dulu..tak mampu jugak bila skop besar sangat.

Politik pun banyak...lots of deadwood.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:52 AM | Show all posts
wirazam replied at 3-3-2021 10:27 AM
kenapa dia resign itu yg tak paham rajamoney...

apa yg axl bach cerita tu sama la ngn pandangan aku

kecuali pendapat axl bach yg bersifat hentaman kepada tmj tu bkn pandangan aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:57 PM | Show all posts
Valencia selalunya masam, Navel manis
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:24 PM | Show all posts
AmandaRollins replied at 3-3-2021 11:18 AM
Espn ni punnn...letak la gmbr terbaru tmj..tak up to date langsung..penat je tmj pasang badan..

hahahahha... terserlah kegunduan!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 04:36 PM | Show all posts
Sembang babai terbang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah je tu
Ingat Peter Lim nk jual ke...
Highly doubtful..
Valensiak ni bukan kaleng kaleng punya team
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:16 PM | Show all posts
ada duit ker zaman kobid nih?

bisnes paling talak untong zaman kobid nih,
ada lah kelab bola sepak.

baru2 ni champion chinese super league,
Suning Jiangsu FC di bubarkan team mereka oleh owner kelab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.082476 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list