CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5279|Reply: 47

[Politik] Ku Li desak MT Umno mesyuarat tergempar, tolak Muhyiddin sebelum sidang Parlimen

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 3-3-2021 04:44 PM


Ku Li desak MT Umno mesyuarat tergempar, tolak Muhyiddin sebelum sidang Parlimen
Oleh MALAYSIA DATELINE
March 2, 2021 8:25 pm


Tengku Razaleigh Hamzah mendesak Majlis Tertinggi Umno mengadakan Mesyuarat Tergempar bagi membuat keputusan agar kesemua ahli-ahlinya memutuskan kerjasama dengan parti Bersatu.

“Majlis Tertinggi mesti mengadakan Mesyuarat Tergempar memutuskan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan parti Bersatu

“Langkah ini perlu dibuat bagi mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian Umno,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu merujuk kepada resolusi yang diputuskan dalam mesyuarat bahagian Umno Januari lalu.

Beliau juga meminta semua pemimpin Umno wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua Kerajaan Perikatan Nasional.

“dan meminta Ahli-ali Parlimen daripada semua parti parti Komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen di panggil bersidang dalam bulan Mach ini (March 2021),” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Tengku Razaliegh mengadakan sidang media dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua pihak menolak kepimpinan Muhyiddin.

Sebelum ini juga, dua MP Umno telah menyatakan mereka tidak lagi menyokong Muhyiddin selaku perdana menteri. Ini menyebabkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hanya disokong 109 ahli Parlimen dan hilang majoriti dalam Dewan Rakyat.

Namun, sebaik sahaja Yang Dipertua Agong menitahkan Parlimen boleh bersidang semasa darurat, Muhyiddin menerima sokongan dua MP dari PKR, menjadikan PN mempunyai majoriti semula.

Hanya melalui tindakan Umno, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin boleh jatuh kerana selama ini Umno yang menongkat kerajaan PN yang ada.

Jika Ku Li berjaya membuatkan Umno menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin bermakna kerajaan Muhyiddin akan jatuh.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 10:33 AM | Show all posts
apa masalah dinosour sorag lagi ni? kami mahukan pemimpin muda!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler kuasa dan kemaruk sangat nak jadi PM ke apa si Ku Li ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:32 PM | Show all posts
time rakyat ente di mane. Baik calonkan Ebit Liew jah. Dasar tamak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun fossil juga
Bila nak berehat tumpu kat akhirat???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts


Umno sah hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu
Malaysiakini
Diterbitkan 22 minit lepas


Umno telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber dalaman Umno mengesahkan bahawa surat pemakluman itu telah dihantar kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada 26 Feb lalu.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

"Ya, surat berkenaan telah dihantar pada 26 Feb lalu, bagi memaklumkan keputusan mesyuarat MT Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

"Ahli Parlimen Umno juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

"Bagaimanapun belum ada jawapan balas terhadap surat berkenaan," katanya kepadaMalaysiakini, hari ini.

Katanya, surat itu dihantar berdasarkan keputusan MT Umno yang bermesyuarat di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Pada 9 Jan lalu, MT Umno dilaporkan sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRU-15.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang sepatutnya diadakan pada 31 Januari lalu.

Menurutnya, cadangan berkenaan adalah antara usul yang diterima MT Umno dalam mesyuarat MT yang diadakan 6 Januari lalu dan ia akan dimasukkan sebagai usul dalam ucapan dasar presiden Umno pada perimpunan agung nanti.

Bagaimanapun Umno terpaksa menangguhkan perhimpunan agung yang dijadualkan pada 31 Janurai lalu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 oleh kerajaan.

Terdahulu bekas Setiausaha Agung Umno dan BN, Annuar Musa meminta penjelasan kepemimpinan Umno sama ada berita menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 adalah benar.

Jelasnya, jika benar Umno berdepan dengan kerugian kerana menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

Annuar turut bertanya sama ada Umno berpendapat kebersamaan Umno dalam kerajaan PN ketika ini hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pukimak sial ni da start nyalak dari gua daa..
Hidop segan mati tak mau anak haram nie.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:41 PM | Show all posts
hidup umno!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 04:44 PM | Show all posts
apalancut replied at 3-3-2021 10:33 AM
apa masalah dinosour sorag lagi ni? kami mahukan pemimpin muda!!!

pemimpin muda pun tak boleh pakai
bila dah begaji banyak esok

sibuk nk mmuaskan genitaliar masing2

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 3-3-2021 05:19 PM
Abahmung replied at 3-3-2021 04:38 PM
Umno sah hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu
Malaysiakini
Diterbitkan 22 minit lepas


Bangangnya umno..nmpak sgt join langkah shairaton dulu sbb gila kuasa nak kan jawatan gomen..

Padan muka bersatu.kena tipu dgn umngok..habis madu sepah dibuang dlm longkang

Perpaduan ummah melayu-isle la sangat..padahal semua  berebut kuasa mengkayakan kerabat masing2 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:03 PM | Show all posts
tripleid replied at 3-3-2021 04:54 PM
Bangangnya umno..nmpak sgt join langkah shairaton dulu sbb gila kuasa nak kan jawatan..

Padan ...

Jadi dalam hal ini, orang tua kutuk tak sedar diri tu make a right decision tak nak kompromi dengan UMNO masa atu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:05 PM | Show all posts
Edited by rajamoney at 3-3-2021 05:06 PM

teruskan umno

peduli la ckp2 cybermacai2 bangang yg ckp pfizer made in israel ittew
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 3-3-2021 05:09 PM

ini bukan Parti Keramat ..
Tapi ini Parti Lakhnat .



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 3-3-2021 05:03 PM
Jadi dalam hal ini, orang tua kutuk tak sedar diri tu make a right decision tak nak kompromi denga ...

Kena tanya @dizekni..dia expert bab2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laa...kerajaan  ada ni mcm.ckup syarat ja oun..tak berfungsi..ekonomi habis nak.mati dah wey.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:36 PM | Show all posts
rajamoney replied at 3-3-2021 04:44 PM
pemimpin muda pun tak boleh pakai
bila dah begaji banyak esok

ni ckp psl sed sedik ka ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 05:48 PM | Show all posts
GigaMom replied at 3-3-2021 04:36 PM
Ni pun fossil juga
Bila nak berehat tumpu kat akhirat???

yg ko bila pulak nak berehat berforum tumpu kt akhirat ??? entah2 umur dia lg pjg dari ko, ko mati dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:01 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 3-3-2021 05:36 PM
ni ckp psl sed sedik ka ni?

sapa2 la yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 3-3-2021 05:48 PM
yg ko bila pulak nak berehat berforum tumpu kt akhirat ??? entah2 umur dia lg pjg dari ko, ko mati ...

Ko pula macam mana??
Bila nak bersara dr forum dan bertaubat???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077729 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list