CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1656|Reply: 10

[Dunia] Bilionair Jepun Yusaku Maezawa tawar 8 tempat untuk orang ramai ke bulan

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 3-3-2021 11:53 AM

Bilionair tawar 8 tempat untuk orang ramai ke bulan

TOKYO - Seorang bilionair Jepun, Yusaku Maezawa akan memilih lapan orang awam dari seluruh dunia untuk menyertainya dalam ekspedisi ke bulan yang ditaja olehnya dengan menaiki roket Starship buatan syarikat SpaceX pada tahun 2023, menurut video taikun fesyen itu pada Rabu.

Beliau sebelum ini menjadi lelaki pertama di dunia pada tahun 2018 yang menempah kerusi dengan menaiki roket tersebut yang dibina oleh syarikat milik bilionair dari Afrika Selatan, Elon Musk.

Maezawa tidak mendedahkan jumlah sebenar yang dibayarnya untuk ke bulan pada tahun 2023.

Menurut portal berita CNN, bilionair itu akan membayar kos bagi menaiki penerbangan itu menyebabkan sesiapa yang menyertainya akan terbang secara percuma.

Pada awalnya, beliau merancang untuk mengundang enam hingga lapan artis untuk pergi bersamanya ke bulan.

Namun, pada Rabu, satu video yang disiarkan di akaun Twitter miliknya, mendedahkan beliau membuka permohonan kepada orang ramai dari seluruh dunia untuk dipilih bagi menyertainya melancong ke bulan.

"Saya mengundang anda untuk menyertai saya dalam misi ini (ke bulan). Lapan orang dari seluruh dunia. Saya telah membeli kerusi. Justeru, ia akan menjadi penerbangan peribadi," ujarnya seperti dilaporkan oleh AFP. Misi itu dijangka mengambil masa selama tiga hari ke bulan.

Bilionair itu berkata, kira-kira 10 atau 12 orang akan menaiki roket itu. Menurut portal berita CNN, laman sesawang dearMoon menyatakan, prapendaftaran untuk pemohon menyertai misi itu dibuka sehingga 14 Mac ini.

Pemohon perlu memasukkan nama, negara, alamat emel dan gambar profil manakala proses temu duga terakhir dan pemeriksaan perubatan akan dilakukan pada lewat Mei tahun ini. - Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rang-ramai-ke-bulan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 12:09 PM | Show all posts
kenapa tak ke jupiter je?

dengar cerita graviti jupiter lebih lemah berbanding earth
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:19 PM | Show all posts
mcm mana nak apply?mcm best je
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss votee hantu gigi penjarakkan sosial gi bulan pastu jangan balik teruss kee bumi bolat inihh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya...untungla sesiapa yg terpilih tu...once in a lifetime experience
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy xnak ke bulan,sy nak duit belanja g bulan tu dlm bentuk cash je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Roket tu dah diuji ke boleh pegi balik dgn selamat?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut tak sempat sampai bulan roket dah meletup dulu. Eiiii serammm. Takpelah aku tgk bulan dari bumi je lah sambil nyanyi lagu talking to the moon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapalah individu yang bertuah itu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki siapalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:26 AM | Show all posts
iols nak ikut sekali...
sape tag billionair tu dapat 10k... tc appliess...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069740 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list