CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8658|Reply: 63

TNB-Mesin penapis air antara punca bil elektrik tinggi

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 3-3-2021 12:20 PM

Mesin penapis air antara punca bil elektrik tinggi - TNB

KUALA LUMPUR: Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh, berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara serta kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutama ketika cuaca panas.

"Ketika cuaca panas seperti sekarang, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik akan digunakan peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya di sini, hari ini.

Ismail Lathifi berkata, contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis, ia akan diisi air yang baharu dan kompresor akan berfungsi menyejukkan air berkenaan.

Beliau berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Sementara itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna supaya menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing, selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius saja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

"Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan ia ditutup awal pagi kira-kira jam 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk dalam rumah," katanya.

Beliau turut menyarankan pengguna melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan menjimatkan.

"Saya dapat aduan mengatakan pengguna tidak menggunakan penyaman udara, tetapi bil elektrik mereka tetap melambung. Mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik," katanya. - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 12:23 PM | Show all posts
OOOoooooo.....ok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 12:23 PM | Show all posts
air di selangor kotor

sbb tu penapis air laku keras sanggup bayar bulan2

mcm kelantan jugak la malu nk hentam kerajaan negeri

pengundi2 ph diam membisu

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:03 PM | Show all posts

Mesin Penapis Air Punca Bil Tinggi Setiap Bulan

Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.


Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk serta alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.


"ada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.


"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya kepada Bernama di sini hari ini.




Foto: Harian Metro




Beliau berkata, contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.


Ismail Lathifi berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.


Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.


"engguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah," katanya.


Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.


"Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:11 PM | Show all posts
ooooo cenggituuuu......
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:16 PM | Show all posts
pada aku dulu aku pakai pemanas air yang 5 liter tu sebelum aku pakai penapis air coway lagi tinggi bil letriknya. Sekarang pakai penapis air coway buka nak kata rendah tapi boleh tengoklah perbezaannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ad beza sblm dgn slps pasang.. korang jgn tertipooo ler beza saplo ringgek.. lebeh kot tp sbb ak pemalas nk masak air,byr sajalah kohkoh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:23 PM | Show all posts
nasib aku rajin masak air.. dalam peti ais penuh btol air sejuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah bil elektrik iols naik melambung. Tp rasanya bukan sebab cuckoo jer, sebab aircond sama kot. Pasang 24degree mmg x rasa apalah. Hehe. Panaih lit lit sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney replied at 3-3-2021 12:23 PM
air di selangor kotor

sbb tu penapis air laku keras sanggup bayar bulan2

Hahahhaah hampesnya. Tergelak aku. Jangan la kutuk mb kitorang.hahah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:40 PM | Show all posts
rayriff replied at 3-3-2021 01:39 PM
Hahahhaah hampesnya. Tergelak aku. Jangan la kutuk mb kitorang.hahah

mb negeri aku jgk riff

kempen aku nk jatuhkn dia tatap diteruskan!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:50 PM | Show all posts
aku pakai coway model lama yg takde air panas/ sejuk..penapis air semata..kadang tergoda juga tgk promo mesin model baru. tapi yg model baru ni tangki tak sebesar mcm yg aku ada skrg, sbb jenis yg jimat space. cantik. tapi sbb selangor selalu takde air berguna juga la air dlm tangki coway tu bila terdesak. jimat letrik lagi. mmg tak tukar la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:52 PM | Show all posts
Mesin penapis off dah 2 bulan sebab leaking...tapi bill bulan lagi banyak berbanding masa penggunaan. Tu pelik jugak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg x teringin lg nk pakai coway dan yg  sewaktu dgnnya.. Masih kuat belum oku dan  blum lg nk jd pemalas
Anak aku ada suruh pasang coway, aku ckp mama tunggu ko keje lps tu ko pasang dan byr semua bil
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:10 PM | Show all posts
aik sebelum ni bil sama ja ..dulu tnb bagi alasan sebab musim panas... ke memang tnb tetiba amik kesempatan naik kan tarif letrik ni??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ac aku 27° je sebab aku xselesa sejuk sgt
Water filter aku pun xde function sejuk panas tu
So bil aku mcm biasa je pun xde naik sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuaca mmg panas skrg.
Bahang sampai ke petang.
Entah berapa bil letrik bulan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:37 PM | Show all posts
Edited by tungkai at 3-3-2021 02:41 PM

Bullshit... rumah aku kat kampung tak pakai Coway, Cuckoo jadah semua tu. And yet bil still naik.

Paling pelik

Nov 2020 (30 hari @ 280 kWh) = RM53.75
Feb 2021 (28 hari @ 261kWh) = RM58.76


November usage banyak tapi charging rendah berbanding Feb, usage rendah tapi charging lagi mahal...???


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:40 PM | Show all posts
alat penjimat elektrik pun satu hal jugak
bukan jimat elektrik pun
terutama kalau dibiar sepanjang masa ON
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita pakat dok minum air sejuk, and malas nak simpan air masak siap2 dlm peti sejuk, patut beli peti ais yg bole kuarkan air sejuk la kan??? Jimat letrik sbb ada satu je compressor and jimat ruang rumah.....

Unless, u mmg perlukan penapis air sbb slalu minum air panas (malas nak jerang) and mmg a bit particular dgn quality air.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.082858 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list