CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6596|Reply: 45

[Tempatan] Produk kosmetik bernilai RM350,000 dirampas. Dijual secara online. Nama produk t

  [Copy link]
Post time 3-3-2021 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Produk kosmetik bernilai RM350,000 dirampas
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 03 Mac 2021


Sebahagian daripada 120 kotak produk kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM yang dirampas dalam Ops Fresh oleh CPF JKNS sejak Selasa lalu. Gambar kecil: Sha’ari

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 120 kotak produk kosmetik bernilai RM350,000 yang disyaki tidak bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, rampasan itu hasil serbuan dalam Ops Fresh dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS di beberapa premis di sekitar Lembah Klang sejak Selasa lalu.

Menurutnya, hasil maklumat orang ramai produk terbabit dipercayai dijual secara dalam talian.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM50,000 di bawah akta sama,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang.

Katanya, orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dan notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 0378835400.

“Orang ramai juga digalakkan mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk meragukan untuk membanteras penjualan produk kesihatan dan kosmetik yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

“Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi wam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my,” katanya.

Katanya, aduan juga boleh dibuat di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau melalui talian 0378413200 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 03:05 PM | Show all posts
Membazir letak berita kalau tak btau jenama apa.
So manalah orang nak tahu dan tidak akan membeli jenama tersbut!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Expose the brand
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:10 PM | Show all posts
Apa nama brand tu...klu dh di blur kan gitu manalah org nk tau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik takyah ambil gambar produk yang di rampas tu terus
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:33 PM | Show all posts
uda replied at 3-3-2021 03:05 PM
Membazir letak berita kalau tak btau jenama apa.
So manalah orang nak tahu dan tidak akan membeli  ...

uda beli produk timbang kilo ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 03:34 PM | Show all posts
tak kisah lah brand apa

konfem jenama brand timbang kilo
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:37 PM | Show all posts
rajamoney replied at 3-3-2021 03:33 PM
uda beli produk timbang kilo ke?

Tak pernah. I setia dgn lancome

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 04:20 PM | Show all posts
aku syak mcm produk briliance
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:30 PM | Show all posts
Lagi elok dinyatakan nama dan gambarnya supaya tak lebih ramai yang tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:15 PM | Show all posts
letak brand nanti founder keluar skrip korang beli yang tiruan..
SKII, lancome, clinique, la mer yang bertiang mahal pun takde jumpa tiruan..
yang separa murah bodyshop, kiehls sampai yang murah safi, garnier, simple yang bersepah kat farmasi pun takde sapa nak tiru..
kejadah kau timbang kilo brand entah apa-apa nak ada tiruan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 3-3-2021 03:05 PM
Membazir letak berita kalau tak btau jenama apa.
So manalah orang nak tahu dan tidak akan membeli  ...

Produk shukriak tuu tak pernah kena plk noo pdhl timbang kati gaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:17 PM | Show all posts
bekas kecik kenit tapi harga yaa ampunnn..
besar lagi krim kecantikan safi yg harga rm8 depa bantai rega rm30++..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni founder produk to pon tukar jelaa jenama pastu claim yg kena rampas to fake. Maka termenung jelaa agent2 mengenangkan stok yg dikata kan fake itu yg masih blambak2 sambil2 pk nk cari tanah nk kambuss produk to dlm lobang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
JKNS pun cam Kak Kiah nak kena ber decode bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ada lagi ke orang duk beli produk timbang kilo taun 2021 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 08:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-3-2021 05:15 PM
letak brand nanti founder keluar skrip korang beli yang tiruan..
SKII, lancome, clinique, la mer ya ...

Kiehl's ada gak tiruan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 08:44 PM | Show all posts
Kan sng buat mcm Singapore. Terus bg jenama and gmbr jelas produk.
X payah CSI dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090844 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list