CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9722|Reply: 45

Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat, Safiey Ilias Minta Wanita Muslimah Berhati-Hati

[Copy link]
Post time 3-3-2021 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat, Safiey Ilias Minta Wanita Muslimah Berhati-Hati

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Ilias membuat satu pendedahan di mana dia menjelaskan bahawa sulam bedak sebenarnya tidak mesra wuduk untuk wanita muslimah mengerjakan solat.

https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/2021/03/03143343/152238857_150492276892192_4399311950285025986_n-768x768.jpg

Menurutnya lagi, proses sulam bedak itu sama seperti mencacah tatu di badan di mana warnanya akan kekal selama tiga hingga enam bulan.


Tambah Safiey, dia tampil untuk berkongsi mengenai perkara tersebut kerana tidak suka orang ramai dimomokkan dengan cerita penipuan yang mengatakan wanita yang melakukan sulam bedak di wajah boleh menunaikan solat seperti biasa.

  


“Sebenarnya tahu tak sulam tu apa? Saya cakap terus terang ya, proses dia macam buat tatu. Saya tak suka bila ada yang tipu cakap boleh bawa solat. Konon sah solat bila buat sulam kening atau bibir atau segala jenis sulam bedak. Tak..sebabnya dia ada pgimen warna yang dimasukkan sebab itu akan dibius.”

Jelasnya lagi, jika sesuatu bahan itu mesra wuduk, apabila dibilas dengan air pastinya akan hilang, berbeza dengan teknik sulam bedak ini.

  


“Bila nak solat, kita mesti akan bersihkan semua supaya air dapat mengalir ke seluruh anggota badan. kalau warna masih kekal selama tiga hingga enam bulan, itu apa?”

Safiey berkongsikan pesanannya itu menerusi sebuah video yang memaparkan dia sedang melakukan sulam kening di sebuah pusat kecantikan.

Dia dalam pada itu menzahirkan perasaan kasihat apabila ramai wanita muslimah telah ditipu oleh segelintir peniaga dan pengusaha yang mementingkan keuntungan semata-mata.

  


Tegas Safiey, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi mana-mana pengusaha kecantikan namun hanya berkongsi atas dasar tanggungjawab untuk bercerita mengenai hal yang sebenar.

“Tak boleh macam tu..tolong bagitahu pelanggan perkara sebenar apa yang dilakukan. Jangan nak tamak duit..” ujar Safiey lagi.

SUMBER : Instagram Safiey Ilias

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Appo bapok tk siap ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu. Harap ramai la yg listen. "Pakar" dah bagitau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:18 PM | Show all posts
safiey nak nasihat tapi tak mau terima nasihat.. gituu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:27 PM | Show all posts
aku cuma nk tanya je.
bini johan tu sulam bedak ke eh?
muka dia selalu pinkish
nampak herlok
kalau tak makeup pun nampak elok je muka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sapa2 tanya ke?

Ramai pulak yg jahil nak kongsi pendapat pasal agama sejak dua menjak ni ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 09:17 PM | Show all posts
tick replied at 3-3-2021 04:27 PM
aku cuma nk tanya je.
bini johan tu sulam bedak ke eh?
muka dia selalu pinkish

setahu aku bini Dato AC tu sulam bedak, pernah keluar dalam NONA rasanya tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pondan sapi ni bila nak kena tgkp?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa orang komen marah2 pulak ni... oklah tu dia bagitau benda betul. Yg patut dimarah ialah pengusaha kosmetik yang menipu cakap benda tu sah bawak solat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dah haram kan sulam bedak tu..even plastic surgery ubah sana sini tak berkepentingan pun hukum nya haram deknon oittttt...tp mcm biasa laa,benda haram ni laa org lg suka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts

Ibarat penagih bgtau jgn menagih.
Dari satu sudut, bagus penerangan Sapiey ni.

Dia guna kuasa influencer dia dan masih prihatin dgn solat para pengikutnya. Dia nak sulam tu, bagi dia ikut suka dialah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:52 AM | Show all posts
dah ko pun buat benda haram lagi gigih nak menasihat orang...
actually putihkan kulit ke apa semua tu pun mengubah ciptaan tuhan juga...
botox, filler, threadlifting, semua tu termasuk... cumanya di malaysia ni rasa tak mengubah ciptaan sebab tak permanent, hanya sementara je benda2 ni katanyerrr soo lepas la api neraka gittewww.... padahal sama je dik...

sebabtu retis malaysia ni buat sana sini pun tetap tak cantik... nak tc applies dengan syariah maka deorang ingat buat semi permanent treatment macamni semata2 takmau dosa mengubah ciptaan katanyerrr... padahal sama je dosanya dik... baik ko renovate terus je dekat hatyai 10k buat satu muka terus macam tiktokker vietnam tu... sekali buat je... koman2 takde la terjuih sana sini macam safiey ni... jadi macam artis2 thai terus cantiknya...

siapa2 tag retis2 muka terjuih dapat 50k... tc applies...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 01:56 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 4-3-2021 01:37 AM
Mmg dah haram kan sulam bedak tu..even plastic surgery ubah sana sini tak berkepentingan pun hukum n ...

sebabtu iols berpegang pada prinsip.. dari gigih nak suntik dan sulam sana sini... filler hidung sana sini...buat je terus full renovation plastic surgery dekat hatyai tu koman2 jadi macam celeb thai takde la terjuih sana sini...

sebab sama je dosanya... ada ke dosa kira2 percentage melalui kawasan yang di ubah ittew macam tudung, bertudung tapi berjambul... dosa di kira bahagian jambul tu jah... belakang2 yang tertutup tu di maafin agitteww... koh koh koh

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sulam bedak ni apa?
Knp tak blh bwk solat, apa bahan dlm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-3-2021 01:56 AM
sebabtu iols berpegang pada prinsip.. dari gigih nak suntik dan sulam sana sini... filler hidung s ...

Amboihhhh..dosa kira percentage ikut kwsn y diubah?klaka laa deme nih..mcm tu laa kaka,bila tak yakin dgn diri sndiri...tu nak ubah sana sini smpai rupa sama jah semua..xde lgsg nilai ketimuran y dibanggakan selama ini..sepesen jah muka..

Pp nak merah2,hidung nak mancung2, kulit nak putih mayat semua..biar laa dorg,y sakit nti dorg jgk..nti jgn meratib meroyan sudah laa..hahaahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:06 AM | Show all posts
syasyafina replied at 3-3-2021 09:17 PM
setahu aku bini Dato AC tu sulam bedak, pernah keluar dalam NONA rasanya tahun lepas.

ooo yeke... tapi dia ni sulam bedak pun muka mcm tu je kan.... hihihiihi xde beza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok chuolsss..i tny ni...i rasa permanent straighten pun haramkan sb mengubah ciptaan asal...betul tak??
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:45 AM | Show all posts
bg dia, biar dia sesat sorang2...
korang jgn sesat...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:46 AM | Show all posts
Heydidle replied at 4-3-2021 02:34 AM
Sulam bedak ni apa?
Knp tak blh bwk solat, apa bahan dlm tu?

Dia macam masukkan colouring dalam kulit. So muka nampak mcm sentiasa pakai blusher/foundation.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2021 01:28 PM | Show all posts
makin gila dan bodoh plak... rasanya... seram beb tukar ciptaan tuhan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.105099 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list