CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4251|Reply: 28

[Tempatan] 6 laporan polis berhubung potong babi di pasar raya. #3, Potong daging babi di

[Copy link]
Post time 3-3-2021 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 3-3-2021 10:09 AM

6 laporan polis berhubung potong babi di pasar raya

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... babi-di-pasar-raya/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
3 Mac 2021, 5:10 pm


Seorang lelaki melakukan kerja-kerja samak di kawasan yang dikatakan melakukan pemotongan babi di sebuah pasar raya di Banting di sini.

KUALA LANGAT – Sebanyak enam laporan polis diterima berhubung tindakan seorang pekerja memotong daging babi di kawasan pemotongan ayam di sebuah pasar raya di Banting di sini, semalam.

Insiden tersebut mencetuskan panik di kalangan pengguna beragama Islam terhadap tahap kebersihan pasar raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, laporan yang dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) itu diterima pihaknya sejak kelmarin.

“Kesemua laporan itu telah dirujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis setakat ini hanya memantau di premis berkenaan dari sudut keselamatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan telah memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Pihak pengurusan pasar raya terbabit memaklumkan segala peralatan yang digunakan telah digantikan baharu, kawasan pemotongan yang disamak, selain pekerja berkenaan yang telah diberhentikan kerja serta-merta. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 06:08 PM | Show all posts
dah makan babi makan tenggiling kelawar anjing

lepas melantak berak

dah berak tak cebok

tu je la rutin puak2 pengotor ni

bukannya nk jd vegetarian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2021 06:08 PM | Show all posts
Potong daging babi di tempat potong ayam, polis terima 6 laporan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-terima-6-laporan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 4:54 PM

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my


KERJA-KERJA pembersihan dan menyamak kawasan pemotongan ayam dilakukan selepas insiden pekerja sebuah pasar raya memeotong daging babi menimbulkan panik dalam kalangan pengguna Islam.  FOTO ihsan PEMBACA

Banting: Polis menerima enam laporan ke atas sebuah pasar raya di sini susulan kejadian pekerja premis terbabit dikatakan memotong daging babi di tempat memotong daging ayam hingga mencetuskan rasa kurang senang pengguna beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, laporan berkenaan diterima pihaknya sejak Selasa lalu dan dibuat oleh beberapa individu serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Semua laporan berkenaan itu sudah dirujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan siasatan dijalankan oleh mereka.

"Pihak polis setakat ini hanya memantau di premis berkenaan dari sudut keselamatan manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pejabat agama akan buat siasatan di premis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan seorang pekerja di pasar raya berkenaan memotong daging babi di tempat memotong daging ayam di premis terbabit.

Isu berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga pihak pengurusan pasar raya terbabit turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Susulan daripada isu yang viral itu, pihak pengurusan pasar raya memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Pihak pengurusan pasar raya terbabit memaklumkan segala peralatan digunakan sudah digantikan baharu, kawasan pemotongan juga disamak selain pekerja berkenaan sudah diberhentikan kerja serta-merta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada saya, biarlah masyarakat bukan Islam nak potong babi kat mana2 pun. Negara kita kan negara bebas. Tak payahla menggelupur nak sertu bagai.

Melainkan, kalau pasar raya tu dah dapat sijil halal JAKIM,  kalau takde sijil halal,cukup sekadar war2 kan pada fb dan media sosial berkaitan, bahawasanya pasar raya tu potong babi kat tempat potong ayam. Habis cerita. Kalau masyarakat Islam nak beli ayam,beli kat pasar raya yg tak potong babi kat tempat potong ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 09:01 PM | Show all posts
sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama ni, kita semua kena selalu sensitif dengan agama orang lain hatta kita masyarakat majoriti. dulu masa kat uni, during one of my ,inor subject in business, ade 1 kumpulan yang all Malay/muslim ni propose untuk jual supplement. then ade la tanya pasal the capsul ke something similar, dorang tanya it is made from what, they all confident yakin cakap halal as made from bovine source. then ade la kawan yang hindu ni cakap ohh.. then kita tak boleh beli sebab sumbernya bovine. then this group selamba je cakap ala kulit je, bukan daging pun. i was like??? hey kalau orang buat capsul tu dari porcine, kau guna la hujah tu dan makan. terus diam.

and now as I live kat Seberang tambak, my workplace ade rules as we have Halal cert, no beef and pork allowed at our workplace. so semua makan ayam dan ikan je la. tak ade la pulak kita mati kalau tak makan lembu or babi.

be more sensitive to others' needs and concerns.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya dia tak kisah pelanggan Muslim datang ke tak

pemilik tak harap pada duit Melayu hence tak ambil kisah

so mudah je, tak yah pergi sama sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Eewww kotornya tempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih la beli ayam kat pasaraya
Pasar kan hado
Mentang2 pasaraya jual rm5/kg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 11:59 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 3-3-2021 06:21 PM
Pada saya, biarlah masyarakat bukan Islam nak potong babi kat mana2 pun. Negara kita kan negara beba ...

menggelupur apanya...dah namanya pun kawasan pemotongan ayam, potong ayam lah..
nak potong babi, pergi lah kawasan pemotongan babi..
benda mudah pun nak kena ajar ke..


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:22 AM | Show all posts
pasaraya apa wei

bagus pekerja tu potong babi situ
At least kau orang tau la dia dah fedap potong babi sorok2 selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:12 AM | Show all posts
Terima kasih kepada pekerja tu... kalau tak, org tak tak tau selama ni depa jual dan potong babi kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:32 AM | Show all posts
tak ditulis pulak pasaraya mana..tulis laa !!

biar kena boikot oleh orang islam....dorang ni pun harap orang islam jer datang beli....nak harap kaum sendiri, tak dapat beli kereta mahal2, rumah 3,4 biji
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 3-3-2021 06:21 PM
Pada saya, biarlah masyarakat bukan Islam nak potong babi kat mana2 pun. Negara kita kan negara beba ...

Setuju sangat.......sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:55 AM | Show all posts
pasaraya apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:23 PM | Show all posts
takde pulak kempen i want to touch a pig gitu kan. babi pun ada yang comel. yang jadi ahli dap pun ramai
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo apo ni? Kt pasaraya mana? Haih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 04:44 PM | Show all posts
pasaraya ni brg segar dia murah. tokei restoran suke borong sini. sayur segar2. tu die tembelang da pecah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
CLC banting
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 3-3-2021 11:59 PM
menggelupur apanya...dah namanya pun kawasan pemotongan ayam, potong ayam lah..
nak potong babi,  ...

Pendapat saya, memang menggelupur. Sikit2 nak kena sertu, buat lagi, sertu lagi.
Tak penat ke weih.

Dah tak payahla nak sertu bagai. Tempat dia, suka hati dialah nak potong babi kat mana2 pun. Yg patut dibuat ialah, pemberitahuan bahawasanya sekian2 tempat, telah memotong babi kat tempat potong ayam. Habis cerita.

Saya bagi contoh, dulu saya suka betul minum kopi terkenal landasan keretapi. Lepas dapat tau yg ada kandungan babi, sertu lah sebanyak mana pun, takde saya nak jejak lagi ke situ. Saya cukup hairan dgn org2 Islam yg hadap sangat nak ke situ.

Patutnya, dah owner memilih nak tambah ramuan, suka hati dialah, dia owner. Kenapa dia nak kena ikut standard org Islam pulak. Org Islam yg kena cari alternatif lain patutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:37 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 4-3-2021 08:40 PM
Pendapat saya, memang menggelupur. Sikit2 nak kena sertu, buat lagi, sertu lagi.
Tak penat ke wei ...

dah owner sendiri war2kan itu tempat potong ayam..tak kata pun potong babi sekali..ada faham ka..?

lainlah kalau owner sendiri mengaku helo ini tempat semua jenis daging kita potong...
tapi ummah Islam masih lagi datang lepas tu marah owner, itu barunya menggelupur...

Kalau ikutkan, tak perlu pun owner sertu bagai...macam kau kata suka hati dia lah, dia owner..
tapi dia buat juga bukan sebab orang Melayu/Islam hadap sangat kedai dia, tapi dia yang mengharapkan kedatangan pelanggan Melayu/Islam..

Sama macam kedai kopi kau tu..kalau owner nak tambah ramuan non-halal..silakan...
tapi mengakulah pada pelanggan kedainya non-halal..kan mudah macam tu...
kenapa perlu owner "menggelupur" nak sertu cawan sedangkan boleh aja dia war2kan kedainya non-halal...dia kan owner..kita pun tak paksa dia ikut standard kita..banyak lagi kedai kopi lain kita boleh pergi..



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.097920 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list